Tak lah susah sangat untuk kitaorang meninggalkan California sebenarnya sebab beberapa bulan jer duduk di El Segundo tu. Masa berjalan pun terasa agak cepat. Tak ada pun barang-barang yang perlu diangkut, lagipun, kitaorang kena singgah di Cleveland, Ohio untuk ambil kereta Will yang ditinggalkan di situ dulu sewaktu mula-mula kitaorang berangkat ke West Coast.
Aku ni kan, pantang ada duit sikit, ada aje hal nya. Yanti tak tahu pun aku ada dapat duit kutu tapi bila dia kata dia tak ada duit untuk bayar sewa van, akulah yang menggatal nak bayar dulu. Aku tahu, dia sebenarnya ada duit tapi dalam keadaan begitu, masing-masing cuba untuk tak boros sangat. Kat East Coast nanti, tentu perlukan duit lagi nak beli itu ini.
Aku sama Mus dah tak berapa suka dah dengan Yanti sebenarnya, memang Mus pun kata yang Yanti sekeluarga, walaupun macam saudara aku, tapi, saudara hanya sebab duit. Aku masa tu dah lose count berapa hutang Yanti kat aku, taklah banyak, tapi bagi aku, banyak jugak. Berapa bulan hasil titik peluh aku membanglakan diri. Duit college Ara pun masih Ara belum bayar kat aku lagi.
So aku decide yang bila sampai ke East Coast nanti, aku tak nak duduk sama keluarga Yanti lagi dah. Walaupun aku akan kerja di restoran, tapi kalau ada cuti ker aper ker, atau aku berhenti, aku akan ke tempat Mus ajelah. Aku nak sewa bilik sama Mus ajelah, senang. Aku orang baik, kena duduk dengan orang baik jugak.
Tak ada apalah masalahnya sepanjang perjalanan ke Cleveland, even dari Cleveland ke New York pun.
On the way ke New York, aku talipun Makcik Jenny, aku suruh dia carikan aku kerja untuk selepas tahun baru sebab aku nak spend a few days di NYC. Nak buat countdown kononnya kat Times Square. Aku nak melepak dekat podium tempat Anderson Cooper CNN buat live lah, Dick clark sama Ryan Seacrest tuh banyak cakap jer.Besoknya, waktu tu masih lagi dalam perjalanan, Makcik Jenny talipun suruh aku ke Hagerstown, Maryland, kerja di fast food orang Cina, di satu food court. Lebih kurang sejam dari Baltimore dan Washington DC. Dah dekat sempadan Pennsylvania dan West Virginia dah pun.
Keberatan jugak aku nak terima mulanya, sebab aku cadang nak kerja buffet restaurant, nak jadi waiter semula, cepat sikit boleh kumpul duit. Tapi sebab ada satu jer kerja waiter masa tu, jauh pulak di South Carolina, aku terpaksalah terima kerja di Maryland tuh.
Yang buat tak seronoknya, Makcik Jenny suruh aku terus ke Maryland, dia kasi aku 3 days untuk sampai ke sana. Bila aku buat perkiraan, rasanya boleh dalam masa 3 hari aku ke sana, aku pun setujulah. Frust jugak terpaksa kena buat adjustment sana sini sikit tuh, iyalah, aku plan nak melepak di NYC, aku nak ke Philadelphia jugak nak pindah barang, nak itu ini.
Snow turun masa kitaorang sampai di NYC, memang aku trauma gila kalau snow-menow nih, dalam hati aku selalu terbayang yang akan ada benda buruk terjadi kat aku, macam winter seasons yang lepas-lepas. Tapi bagus jugak aku jadi takut gitu, at least aku selalu ingat Tuhan, selalu berwaspada, selalu berdoa dalam hati.
Will sekeluarga sama Mus, terus berangkat ke Philadelphia, aku tak ikut diaorang sebab aku nak merayau sana sini sebelum blah ke Maryland. Sibuk NYC masa holidays season, sejuk macamana pun orang tetap ramai.
Lepas tu baru aku ke Philadelphia, kemas-kemas barang, pindahkan barang ke apartment Mus. Then baru ke New york semula, sebelum aku ke Hagerstown.
Ada 2 orang Indo yang kerja kat situ, Bayou (pay attention to this name, aku masih in contact dengan dia sampai sekarang, 2012) sama Billy. Tak ada apa sangatlah kerjanya sebenarnya, tapi bosan yang teramat kerja kat restoran di factory outlet tuh. Macamana pun, aku nak cuba lah teruskan jugak, kalau boleh aku nak pecahkan rekod paling lama pernah aku kerja di restoran, yang waktu aku jadi waiter di Florida dulu tuh. Itu lima bulan setengah. Boleh ker aku bertahan selama itu, kurang-kurangnya? Tengoklah nanti. Ini kerja di restoran yang ke 6 pernah aku buat.
Gaji taklah banyak mana, tak sebanyak kalau aku jadi waiter. Itu yang aku dok fikir tu, aku kerja 6 hari seminggu, 12 jam sehari, kalau aku jadi waiter, dalam waktu kerja sebegitu, aku boleh dapat banyak jugak. Tapi, bila difikir balik, takut jugak aku nak ke tempat lain, manalah tahu kalau-kalau Boss nya tak bagus, tempat kerjanya jauh, kerjanya berat, member sekerja tak baik. Benda-benda gitu kena fikir tuh.
Kat sini, Boss nya 3 orang, selalu tukar ganti. Richard, adik dia Hector, dan bapak dia Pak Tua. Richard baik nak mampos, tapi dia sama Hector sekarang dah di Texas, bukak restoran di sana. Dia datang sini sekali sekala jer. Yang handle restaurant tu sekarang, bapak dia, Pak Tua. Itu yang parahnya. Biasalah kan, orang generasi lama, orang dari mainland China lagi. Semua kerja yang orang buat, ada aje yang tak betulnya. Dan dia nak kitaorang
gunakan sepenuh masa untuk restoran itu tuh. Berkorban jiwa raga, demi restoran tu.
Yang buat kecohnya, dia tak reti English, kalau ada apa-apa hal, kecoh yang lebih sebab masalah communication. Kalau dia marah, dia moncong, geleng-geleng kepala, so kitaorang try to explain in English. Mengabiskan beras jer, sebab dia tak faham. Lepas tu, dia potpet-potpet lah kat dua orang tukang masak orang Cina tu jugak. Lagi satu, dia nak semua benda tu dibuat ikut cara dia, banyaklah benda-benda yang bagi kitaorang bengangnya. Memang susah nak deal dengan orang zaman-zaman Tok Antan ni nih,erewet, kepoh, banyak cekadak.
Selama aku kerja di sini nih, ada 2 orang yang berhenti, mula-mula to Billy, kawan aku yang dulu pernah kerja sama aku di satu warehouse di Connecticut. Aku sempat kerja sama dengan Billy sebulan jer, dia kena buang kerja. Lepas tu masuk satu orang budak baru, orang Indo. Agung namanya. Orangnya pelik dan pelit (kedekut), tak nak langsung gunakan duit walau sedikit pun, nak makan pun mintak kat orang. Tak sampai 3 minggu, Agung berhenti.
Ada pulak orang baru, orang Tibet yang asalnya dari Bangalore, India. Baru jugak datang Amerika nih, baru beberapa bulan. Kampung sangat orangnya, nak guna wachine machine tak reti, tak pernah pun dia guna wachine machine seumur hidup dia. Aku adalah ajar dia macamana nak guna dryer, washing machine tu hari tu tuh. Puas aku nak mengexplain kat dia how the machine works. Tapi, dua hari lepas tuh, dia nak basuh baju, aku tengok, sebelum dia masukkan baju dalam machine tuh, dia basahkan dulu semua pakaian dia, dia rendam dulu. Aku diam kan aje, tak ada masa aku nak layan dia lah, balik rumah aku nak terus nak berinternet.
Memanglah tak ada siapa yang kerja di bahagian counter tu yang suka dengan Pak Tua nih, kecuali tukang masak yang 2 orang tu, diaorang kerja di bahagian dapur. Yang di bahagian depan, aku, Bayou, sama budak Tibet tuh. Kerjanya ok aje kalau kitaorang bertiga yang handle, tapi kalau waktu sibuk, weekends terutamanya,Pak Tua ni selalu datang nak tolong, kononnya.
Tapi, sebab dia tak reti English, sebab dia kepoh tak menentu, sebab dia kalut, benda yang simple jadi payah, benda yang kitaorang boleh handle, jadi kelam kabut dibuatnya. Kalau ada customers ramai, dia pun turut sama nak melayan, bila customer tanya itu ini, dia dah tak reti nak jawab, dia pandang ajelah. Bila ada yang komplen, dia buat tak tahu jer. Memang dia tak tahu pun.
Kadang tu dia berdiri jer belakang kitaorang, perhatikan kitaorang, ada ajelah yang tak betulnya, cara pegang pinggan salah, terlalu banyak makanan yang dikasi, lambat. Macam-macamlah. Kitaorang, kalau ada orang pandang, lagilah tak sedap buat kerja, rasa tak aman jer.
Bayou ada cakap dengan aku, selama dia kerja di sini, dah berpuluh orang yang tukar masuk kerja, semuanya sebab tak suka dengan Pak Tua nih. Cerewetnya yang lebih-lebih sangat. Satu jer yang buat aku kadang tu nak tergelak. Lepas dia marah dan lepas dia tahu yang kitaorang jadi bengang sebab dia marah, dia akan cuba buat baik balik, dia cuba nak bergurau, dia cuba buat kitaorang gelak, ketawa. Dia urut-urut belakang kitaorang, dia buat-buat pegang wallet kat seluar kitaorang sambil kata, "too much money, too much money".
"Peratiin, Pak Tua mau jilat pantat lu, Joe", Bayou selalu kata gitu. Kitaorang terpaksa buat-buat gelak jugak, kesian kat orang tua. Orang tua yang tak kadar diri.
Restoran tu, macam restoran Cina yang lain-lain jugak, kalau tak ada orang Asia yang lain macam kitaorang, sure bengkrap punyalah. Mana ada Mat Salleh yang sanggup buat kerja macam kitaorang. Diaorang ni macam menangguk di air keruh, sebab diaorang tahu yang kitaorang ni tak ada apa, tak ada pilihan lain, duduk pun cara haram, itu yang diaorang gunakan betu-betul tuh.
Kat mall tu, banyak jugak kedai makan yang lain, Auntie Anne's, Subway, DQ, Villa Pizza, Great Potato Stak House, Flamers etc, tapi kitaorang tengok pekerjanya relax jer. Boleh ke sana sini lagi, makan minum sambil jalan-jalan pusing mall tu. Bersembang sana sini. Diaorang kerjanya paling lama pun 8 jam jer sehari. Ramai yang buat part time kerja 4 jam jer sehari. Tak macam kitaorang yang kerjanya 12 jam sehari, 6 hari seminggu. Dan kena sentiasa ada berdiri di depan counter makanan tuh, even masa tak ada orang, even masa snow turun.
Aku tengok, ramai Mat dan Minah Sallehs yang kerja di kedai makan lain relax aje, glamer jer diaorang, happy jer diaorang. Kadang-kadang tu rasa malu dengan diaorang yang kerja di restoran lain tuh, diaorang selalu ingatkan kitaorang ni tak ada kerja, asyik dok berdiri di depan counter makanan. Selalu diaorang kata, "do some works, don't just stand there!". Diaorang tak tahu yang berdiri di depan tu pun is part of our job. Nak ke tandas pun terpaksa curi-curi, bila rasa betul-betul nak kencing jer, bila kaki dah tak boleh nak silang sana sini menahan kencing.
Itu ajelah kerja kitaorang, melayan orang makan, 12 jam sehari, 6 hari seminggu. Walaupun kitaorang kerja di bahagian depan, tapi kerja-kerja di bahagian belakang pun ada disuruh buat, bersihkan periuk belanga, kuali etc. Sapu, mop lantai dapur pun kitaorang kena ambil turn buat, sepatutnya, macam di restoran Cina yang lain, orang yang kerja bahagian dapur lah yang kena bersihkan semua nya tu. Itu yang buat tukang masak 2 orang tu naik tocang sangat tuh.
Kitaorang ikut aje lah, setakat boleh buat, setakat boleh tahan sabar, senyapkan aje lah. Taklah seberat mana pun kerjanya, jadi kitaorang tak adalah bengang sangat. Dah terbiasa mungkin.
Aku ada tanya Bayou, macamana dia boleh bertahan sampai 3 tahun kerja di situ. Dia katalah yang dia sebelum ini memang dah berberapa kali nak balik Indo aje, tapi tiap kali ditangguh, jadi, dari 6 bulan ke 6 bulan dia tunggu, itu yang jadi sampai 3 tahun tu. Dia akan balik jugak tahun ini nanti, tak tahu bulan berapa, bulan 9 kot, balik for good.
Bayou banyak cerita kat aku susah payah dia selama di Amerika, pernah tidur di Greyhound stations jer sebab tak ada duit, pernah kerja kilang, banyak kali kerja restoran. Dia even pernah kerja menangkap ikan di Alaska. Kagum aku dengan dia ni nih, dia kata kalau dia ceritakan kisah dia, pasti keluar airmata. Aku rasa macam nak suruh dia tulis blog jer.
Macamana pun, Bayou ni dah kira berjayalah, selama 3 tahun dia kerja di sini, dia dah banyak kirim duit ke Indo, dah beli dua biji rumah, berekar-ekar tanah sawah. Dia dah ada anak dua, ada business kayu di Surabaya. Dia kata umur dia 27 tahun tapi aku tak percaya sangat pasal gaya dia matured, lagipun, dia ada terlepas cakap yang umur kat passport dia tu, bukannya betul.
Biasalah, orang Indo, diaorang senang jer nak tukar identity, nak ubah itu ubah ini. Most of my friends, semuanya ada 2 passports, dua-duanya valid, dua-duanya bukan palsu.
Bayou, macam aku jugak, kitaorang cuma ada internet untuk menglipur lara. Apa yang ada kat kepala kitaorang setiap masa hanyalah internet. That's the only thing that keeps us kind of alive. "Hidup kita ni bagai burung dalam sangkar", selalu Bayou kata gitu kat aku. "Sangkar emas", aku jawab balik. We just laugh it off, biasanya.
Wahai kau burung dalam sangkar
Sungguh nasib mu malang benar
Tak seorang pun ambil tahu
Duka dan lara di hati mu
Batin menangis hati patah
Riwayat tertulis penuh dengan
Titisan airmata....