Semakin lama semakin aku tak dapat tahan dengan perangai Mira, aku tinggal di apartment tu dah macam tak seronok. Sekali tu Ahsiok ada ajak aku keluar makan kat McDonald, dia tanya aku perhubungan Mira dengan Freddy. Aku tengok dia macam serius aje dan aku sebagai orang yang lurus bendul tak nak lah diaorang gaduh pulak nanti. Gaduh pasal perempuan. Sounds familiar kan? So aku cakaplah yang Freddy dengan Mira dah tak ada apa-apa, Freddy pun dah dapat awek dari Hong Kong Ahsiok jawab, " Aku nggak apa-apa sih, cuma takut kena penyakit aja, memang Mira tu gila kontol".
Freddy ajak aku kerja di utara Boston, kerja kilang teh. Tapi dia tak ikut sama, dia kerja kilang lain. Kilang teh tu perlukan orang untuk selama 2 minggu, lepas tu aku boleh ikut kerja kat tempat Freddy kerja tu. So aku kerjalah di kilang teh tu. Yaaaa kotornya, habuk teh tu buat aku tak tahan, badan aku melekit-lekit jadinya. Tiap kali balik kerja, badan aku jadi cokelat, rambut-rambut sekali. Patutlah tak ada yang sanggup kerja di situ. Masuk kerja sehari, besoknya berhenti. Aku buat biasa ajelah, aku tahankan jugak, aku buat style Malaysia Boleh, gitu. Kalau dah kuli memang gitu, nak buat macam mana. Kadang-kadang aku rasa surprise jugak dengan diri aku sendiri yang aku boleh swallow my pride buat kerja-kerja yang orang tak sanggup buat. Cuma aku yang tak tahannya kalau kat tempat kerja tu ada Malaun, ada Mak Lampir. Kalau working environment bagus, kerja berat bagaimana pun aku akan buat. Bukan semua orang bagus macam aku kan? :-)
Kerja di kilang proses makanan kat tempat Freddy tu bagus jugak, empat hari aje kerja, sepuluh jam sehari.Bererti aku ada 3 hari free. Kerjanya taklah berat
cuma perlu cepat sebab nak pack barang-barang dalam kotak, conveyor belt nya dipasang laju itu yang langsung tak boleh berhenti. Kalau tidak, alamatnya banyaklah yang jatuh ke lantai. Diaorang yang bahagian production tu, orang Vietnam semuanya, biasalah, nak kasi orang mati saja kerjanya. Mentang-mentang diaorang warganegara Amerika, orang yang mendatang ni dibuat macam hamba saja. Sebab diaorang takut kitaorang jadi lagi bagus dari diaorang, kacau periuk nasi diaorang gitu. Dah berpuluh tahun di Amerika pun masih kerja kilang macam kitaorang. Aku kerja dengan Freddy, dia ni memang jenis pemalas sikit jadi aku kena coverlah apa-apa yang patut.
--------------------------
Memang aku dari dulu, kalau ke mana-mana ramai yang ingat aku ni Spanish-speaking punya orang, diaorang ingat aku kalau tak dari Mexico, sure dari South America. Kulit cokelat, rambut hitam, hidung ke depan, mata color lagi (pasal aku pakai colored contacts - pakai clear contacts selalu hilang, susah nak cari kalau dah jatuh tu). Waktu di New York dulu pun, kalau masuk kedai orang Arab, diaorang ingat aku dari Arab, walaupun rambut aku tak keriting. Sama jugak kalau aku ke kedai orang Pakistan atau orang India. Tak adapun yang ingat aku ni Bangla. Let alone Melayu.
Dan sebab aku banyak waktu free, aku enroll kat satu Community College, aku nak belajar Spanish. Sajalah pasal aku rasa macam handicapped gitu tak tahu Spanish, bahasa kedua Amerika. Walaupun di tempat aku tinggal tu banyak orang Kemboja, orang Vietnam, orang Filipina, aku langsung tak tertarik nak belajar bahasa diaorang. Dalam banyak-banyak bahasa yang aku pernah dengar, bahasa Kembojalah bahasa yang paling tak sedap didengar. Krum bai krum bai dok pram. Krum bai krum bai dok pram. Gitulah bunyinya.
Walaupun kalau aku pandai cakap Vietnam atau bahasa Kemboja prospect aku akan jadi lebih cerah pasal senang nak cari kerja, semua ajen-ajen kerja di sini, kalau tak Cambodian, sure Vietnamese punya. Yang orang Indo tu, sub-agent saja. Ajen Cambodian atau Vietnamese sub sama orang Indo sebab senang nak cari orang Indo untuk kerja, bayar $5 sejam pun dah puas hati. Macam orang Spanish. Orang Kemboja dengan Vietnamese ni malas jugak, asyik nak minum, asyik berjudi. Orang Indo ramai jugak yang berjudi tapi biasanya weekends saja. Weekdays diaorang biasanya kerja, kalau boleh diaorang nak kerja di tempat yang boleh buat double shift. Aku kerja 8 jam dahlah, tak sanggup nak kerja lama-lama, I have a life :-)
Memang nasib aku memang kurang baik agaknya, dah seronok kerja di kilang tu, ada saja benda yang tak kenanya yang buat aku berhenti scara mendadak. Suatu hari, mesin di bahagian production tu rosak, jadi conveyor belt tu macam meragam sikit. Banyaklah kotak-kotak spaghetti dan pasta tu yang tak dapat dipack. Bila mesin tu dah elok balik, bertimbun-timbunlah barang yang perlu dipack. Adalah dua tiga orang yang datang bantu aku,pakai taruk aje kotak-kotak tu merata-rata. Sampai penuh dilantai, sampai aku tak ada space nak jalan, sedangkan mesin tu tetap diteruskan, barang lain semakin banyak yang perlu dipack. Bila aku pegang box yang dah penuh dengan pasta yng siap dipack,aku toleh kiri kanan nak cari tempat aku boleh taruk box tu. Supervisor yang ada kat sebelah mesin tu tengok aku, diambilnya 2 kotak (kiri kanan) terus dibalingnya ke aku, terkena muka aku. Dia kata, "Don't just stand there!". Balingan dia tu agak kuat, glasses (aku tak pakai contacts hari tu) aku jatuh. Terkejut betul aku, marah pun sama at the same time. Mula aku rasa nak pergi tumbuk aje Supervisor tu, tapi aku takut jadi panjang cerita, aku fikir nak terus blah aje tapi masih pagi, aku kena tunggu sampai pukul 5 baru diaorang habis kerja. Lagipun barang bertimbun, jadi aku teruskan jugaklah.
Aku pandang aje Supervisor tu, aku cerita sama Freddy, dia kata apasal aku tak hentam aje siol tu tadi. Aku buat keputusan nak berhenti, aku cakap pada Line Leader aku, kebetulan agen kerja aku ada masa tu dan dia pun ternampak Supervisor tu baling kotak-kotak tu kat aku. Dia kata pada aku, suruh lupa kan aje, sambil dia usap-usap belakang aku. Aku kata aku dah tak nak kerja situ lagi. Mula dari saat itu, bila Supervisor tu lalu lalang depan aku, atau kalau dia kerja di bahagian mesin depan aku, aku pandang dia semacam aje. Pandang macam yang orang selalu buat tu lah, kalau dah bengang kat seseorang, kita pandang dia semacam jer kan? Waktu lunch break, aku sengaja lalu depan bilik dia, aku pandang jer. Masa nak keluar tu, aku pandang dia sambil buka pintu, dia pandang aku. Kemudian aku keluar, aku masuk balik, saja nak buat dia gelabah, aku tenung dia lama-lama, kemudian baru aku keluar. Jahat aku kan, aku nak buat biar dia rasa salah, biar dia rasa takut dengan bayang-bayang aku.
Freddy suruh aku report kat Management, boleh di fire Supervisor tu, tapi aku kata tak payahlah, kita orang gelap, nanti panjang pulak ceritanya. Sebelum balik, Supervisor tu datang dekat aku, aku buat tak pandang jer bila dia dah dekat dengan aku. Dia kata, "I see you are still angry". "Of course I am, you treat me like dirt, I'm not a dog", aku kasi dia sakit hati sebab aku tahu besoknya aku tak nak datang kerja dah.
"I don't know why I did what I did", dia jawab balik. "One day you'll be treated like a dog too", aku kata lagi, sambil tu aku terus aje kerja.
"This is my last day, I'm not coming tomorrow", aku kata lagi. "Well, good luck then", dia kata, kemudian aku terus buat pura-pura tolong Freddy. Aku tak tahu, tapi dia tak pun mintak maaf, mungkin dia ada kata sorry waktu sebelumnya tapi kan aku tengah marah masa tu, tak dengar apa-apa.
Balik rumah, aku tidur ajelah, sampai Mira dengan Ahsiok balik. Waktu tu Freddy talipun (dia tahu pukul berapa Mira ada di rumah), aku yang jawab, dia nak cakap dengan Mira, nak harass Mira, itu yang dia selalu buat. Aku kasi talipun tu sama Mira, dia put the phone down, Freddy talipun lagi, aku nak angkat, Mira kata,"Kok gimana kamu sih? Jangan dijawab telepon tu!".Aku kan masa tu tengah ada bengangnya sebab kejadian kat kilang tu tadi, marahlah.
Aku terus tinggikan suara, aku kata," Udah, ini gara-gara kamu, aku udah nggak mahu campur urusan kamu lagi. Kamu gini orangnya sih. Aku nggak senang sama kamu". Aku terus keluar, aku slammed the door, terus masuk bilik aku.
Ahsiok datang bilik aku, dia pegang baju aku, dia tolak aku ke dinding. Dia kata," Awas kamu, kamu kira kamu siapa?". Terkejut gila aku. Dia lepaskan aku, aku diam ajelah pasal aku takut jugak :-) Memang trauma aku. Aku ke ruang tamu, Akang ada di situ, Ahsiok turut ikut aku, Mira, award-winning actress aka lonteh tu terus datang melutut depan aku,sambil menangis dia kata,"Maafkan aku, ampun, apa yang kamu mahu aku bikin, aku cium kaki kamu, maaf aku, jangan begini....blah blah blah...". Aku fikir, apa ke jadahnya silonteh ni berlakun beria sangat nih? Baru aku teringat yang dia buat over-acting tu supaya Ahsiok tahu yang betapa baiknya dia, betapa humble nya dia.
Aku cakap pada dia yang aku nak keluar dari apartment, just give me a few days untuk cari bilik sewa. Aku terus keluar,aku pergi rumah Sarina.