Saturday, September 22, 2012

Everything But The Girl


Hari Sabtu tu grand opening restoran tuh, ada 2 tukang masak baru, 3 amoi (bebudak lagi aku tengok) yang kerja kaunter, dan Christine, adik David. Mr Chong, ayah David, sibuk suruh aku buat poster itu ini, tampal sana sini. Pasal dalam ramai-ramai tu, aku jer yang tulisannya lawa. Yang lain tuh, semuanya dulu tuh ada niat nak jadi doktor (read: Tulisan tak cantik)

Mr Chong buat promosi makan free, untuk lunch aje. Sampai pukul 3 petang. Seluruh yang kerja dah shopping kat Oakdale Mall tu datang makan kat Ming Wok Restaurant. Sebab makan free, service tak bagus pun orang tak peduli, setakat sendukkan diaorang nasi, mee, lauk, sayur, dah. 

Malam tu baru lah relax sikit, bosan serve orang makan, aku buatlah kerja-kerja lain, bersihkan meja, sapu sana sini. Esoknya ada promosi lagi, sekali lagi kitaorang jadi lipas kudung. Satu orang amoi tu berhenti kerja malam tu. Disuruh berhenti sebenarnya, pasal dia tak tahu nak serve makanan. Dia tak tahu nama masakan tu in English. 

Yang aku pulak, aku tak tahu nama masakan tu in Chinese, kalau masakan dah habis, perlu diberitahu tukang masak, suruh diaorang masak lagi. Diaorang sepatah haram bahasa Inggeris pun tak tahu. Itu yang aku terpaksa tulis dan hafal lebihkurang 12 nama jenis masakan tu tuh. 

Itu aje lah kerja aku setiap hari. Pagi, aku keluar jalan sorang-sorang ke mall tu pasal aku breakfast kat either McDonald atau Friendly's. Bosan aku nak tunggu dapat breakfast kat restoran tempat kerja, dahlah pukul 11 lebih baru disuruh makan, masakannya pun benda yang sama. Aku nak lah enjoy breakfast aku, sambil duduk, sambil baca paper. Macam orang lain jugak. Kalau setakat makan dalam mangkuk, sambil berdiri tuh, tak payah lah. 

Breakfast kat McDonald tu rasa seronok jugak, aku boleh baca paper, aku boleh sembang-sembang dengan manager di situ, Ray nama dia, kelakar orangnya. Bila makan di situ, aku rasa aku macam Mat Salleh lain jugak, aku tak rasa macam hina sangat gitu. Kebanyakan yang datang waktu pagi tu, orang tua-tua, kat mall tu memang gitu, kalau pagi-pagi ramai sangat orang tua-tua yang buat exercise, jalan sekeliling mall tu beberapa rounds, lepas tu lepak kat places like McDonald, Subway, Dunkin' Donut. 

Memanglah bosan kerja aku walaupun aku boleh buat benda-benda lain selain dari serve makanan. Aku boleh bersih-bersihkan meja, cuci sana sini. Tapi kalau ada David, atau ayah dia, lebih-lebih lagi kalau ada mak dia, itu yang bosannya. Ada ajelah yang tak kena nya. Aku pun satu jugak, mentang-mentang aku mula kerja sebelum restoran tu dibuka, aku nak orang buat baik dengan aku, jangan marah-marah. Sebab aku, sesibuk macamana pun, tak ada aku marah sana sini. Jerit sana sini, macam diaorang tu. 

Bab yang membosankan, bila diaorang suruh berdiri kat luar restoran, kasi sample makanan kat shoppers.Kat orang yang lalu lalang. Itu kerja amoi-amoi, diaorang suka sangat tercegat kat luar kasi sample makanan kat orang. Tapi bila turn aku, aku buatlah pura-pura sibuk melayan orang, amoi-amoi tu happy jer bila aku suruh diaorang teruskan kerja kasi sample tu. 


Dan bab yang paling memalukan, membosankan dan menjatuhkan darjat aku bila David suruh aku distribute flyers, kertas-kertas iklan tu. What a bitch! 

Kitaorang disuruh bergilir-gilir distribute flyers tu kat shoppers yang lalu lalang. Berdirilah di tengah-tengah shopping complex tu, kat tempat yang rasanya agak strategik. Tak sanggup aku, amoi-amoi tu yang tak ada kemaluan pun, macam nak menangis jer bila aku tengok, bila disuruh buat benda-benda gitu. Inikan pulak aku yang memang terkenal dengan kemaluannya yang besar. Yang mukanya penuh dengan kemaluan. Dan otak aku berfikir mencari jalan supaya taklah jatuh kemaluan aku yang besar dan banyak tuh.

Bila David suruh aku, aku katalah, instead of berdiri tercegat kat one spot, lebih baik kalau aku keliling mall tu, kasi orang flyers tuh. Kalau kat one spot, kadang-kadang orang buat-buat tak nampak, ada yang cuba elak. Tapi kalau aku pusing dan jalan sana sini, jumpa orang, kasi flyers, nampak orang lalu kasi flyers, itu lebih effektif. 

"That's a good idea", kata David. 

Good idea untuk memb-odohkan ko lah, bangang! 

Aku ambik 2 reams flyers tuh, buat gaya-gaya nak kasi orang.Bila dah agak jauh dari restoran tu, aku terus ke tempat lain. Aku keluar dari mall tu. Aku pergi lepak kat bus-stop. Aku hisap rokok, memang aku bawak bekalan rokok. All-prepared gitu. Aku duduk-duduk ajelah di situ dekat sesejam. Akhirnya flyers tu aku masukkan dalam trash bins aje. Bukan dalam satu trash bin aje, kesian pulak kat pemungut sampah yang aku kenal tu, kang berat jadinya bin tu. Lagipun takut dia terperasan, iyalah, dia kenal kitaorang, nanti kalau dia tengok banyak flyers dalam bin tu, buatnya dia datang ke restoran sambil bawak balik flyers tu, apa aku nak buat? 

Bukan aku nak mengutuk kata yang pemungut sampah b-odoh orangnya. Bukan. Tapi lurus, lurus yang dah nak sampai ke tahap b-odoh. So, aku masukkan flyers tu dalam setiap bins yang ada kat luar mall tu, sikit-sikit. Sama rata. 

Memang aku orang yang adil dan saksama.

Bila dah selesai tugas aku, aku balik semula ke restoran. Ramai orang, dalam sejam aje dah habis 2 reams flyers, kata aku. Yang amoi-amoi tuh, nak habiskan satu ream pun sejam lebih. The next few days pun aku buat gitu jugaklah, walaupun one of the amois tu macam suspects something jer. Dia tanya aku, apa pasal aku tak nampak macam tak suka buat benda tu sedangkan aku kata aku memang benci sangat kalau disuruh distribute flyers gitu tuh. Terus aku buat-buat muka sedih. Lupa jugak kadang-kadang tu yang hidup aku ni penuh dengan lakunan memanjang.

Dari kasi flyers to shoppers, David suruh aku ke setiap kedai/store/establishment di mall tu, tinggalkan flyers kat diaorang. Ha, itulah, nak tunjuk pandai, dah kena buat bebenda yang lagi advance. Every single kedai dekat mall tu kena pergi masuk, dia ajak aku pergi sama dia. Dia selamba jer, iyalah, business bapak dia. Kalau aku jadi dia pun, aku tak akan malu punya lah.

Otak aku pun jalan jugaklah macamana nak elak dari terpaksa buat bebenda gitu tuh. So, aku suruh dia ke kedai-kedai yang di sebelah kiri, aku akan handle semua kedai-kedai yang di sebelah kanan. Dia setuju. Aku teruslah buat pura-pura masuk JCPenny, tapi aku buat pura-pura nak beli barang. Dari satu department ke department lain aku pergi, "tak jumpa" pun barang yang aku nak beli. Bila dah rasa agak lama kat situ, aku terus keluar dari mall tuh. Cari dumpster, aku buang flyers tu semuanya.

They should have known better yang aku bukannya seorang employee yang bagus.

Dalam minggu tu aja ada 5 orang yang saling bertukar ganti kerja di situ. Dua orang tukang masak disuruh berhenti, diganti dengan orang Monggolia. Saudara Genghis Khan agaknya, kerja tukang masak, janggut panjang sedepa. Selamba jer, sambil masak, dia urut-urut janggut, lepas tu dicabut. Amoi-amoi di bahagian counter pun orang-orang baru. Aku pun sentiasa bersedia juga kalau disuruh berhenti, sebab aku tak tahu reason sebenar apa pasal selalu sangat diganti orang baru. 

Aku dikasi off sekali seminggu, hari Selasa. Kalau off, pagi-pagi lagi aku dahkeluar, aku ambil teksi pergi ke Binghamton. Tak jauh, tambang $5-00 jer.Binghamton memang bandar mati, banyak bangunan-bangunan kosong, yang buat terkenal, sebab ada University. Itu aja. Yang lainnya, tak ada apa pun. 

Biasanya aku akan ke library aje, lepak di situ sampai tengahari. Bila lapar, aku pergi makan kat satu Indian restaurant tak jauh dari situ. Lepas tu balik semula ke library. Dah lewat petang baru aku balik semula ke mall tuh, belilah apa-apa yang patut, biasanya aku beli a few VCDs pasal kat rumah tak ada line talipun, masa free aku habiskan dengan tengok films dan baca papers aje. 

Bila dah malam, sebelum restaurant tu tutup, aku tolonglah jugak diaorang bersihkan ap-apa yang patut. Siapa lagi yang nak mop lantai kalau bukan aku? 

Bila ada satu orang Columbia kerja jadi pembantu tukang masak di situ, baru lah aku ada kawan. At least ada someone yang boleh aku ajak bersembang with. Walaupun dia susah nak faham aku dan aku jarang sangat dapat tangkap apa yang dia maksudkan. Nasib baik aku tahu a little Spanish, so aku selitkan a few Spanish words untuk kasi dia faham. 

So pagi-pagi aku keluar dengan Amigo tu lah, breakfast sama dia. Dan biasanya lepas breakfast aku akan merayap-rayap kejap, beli paper dan pergi 
sembang-sembang dengan a few people yang dah jadi kawan aku. 2 orang Turkish guys yang jual toys kat satu kiosk kat tengah mall tuh, Ray, manager kat McDonald, dan dengan a few hairstylists yang kat depan restoran tu. 

Kat mall tu banyak pulak hair salons dan seperti biasalah kan, kat salon sure ramai (lelaki) yang kerja situ yang jenis lembut. Dan di restoran tempat aku kerja tu lah jadi tempat diaorang berkumpul, baik pagi, siang atau bila restoran dah nak tutup.

Open betul cara hidup diaorang, langsung tak kisah apa orang sekeliling kata. Nasib baiklah aku ni bukan jenis macam katak bawah tempurung, kalau tidak sure akan tergelak memanjang tengok gelagat diaorang. Dalam ramai-ramai yang jadi ahli kumpulan tuh, aku tengok, Ray sama dengan one Manager kat GAP aje yang kerasnya, yang lain tuh, semua yang jenis lembut. Yang jalan terkedek-kedek macam itik.