Saturday, September 22, 2012

Money For Nothing


Hudi tak jadi berhenti walaupun satu hari tu memang dah nak blah sangat dah, siap dengan kemas-kemas barang lagi.Dia kata kalau boleh, dia nak kerja jadi tukang masak pulaklah, nak belajar masak, sebab yang pakar masak boleh dapat gaji besar. Dia bosan sebab kerja waiter, tips nya tak menentu, meja dia banyak yang tak ada tipsnya. Kelvin pun marahnya menjadi-jadi, selalu kata, kalau tak suka di situ, berhenti aje lah. Terasa jugak hati aku, sebab memang aku tak suka di situ tuh, kalau tak sebab duit, aku berhenti lama dah.

Sebab dia seorang aje Indo di situ, Hudi lah satu-satunya kawan aku tempat diajak bersembang, aku rasa rindu jugak nak bersembang dengan kawan-kawan aku yang di Boston. Adalah aku talipun diaorang, aku talipun Mus, Yanti, Nani (mak saudara Andy S). Tiap kali talipun, dengar suara diaorang, sedih jer rasanya. "Di sini nggak punya teman, nggak ada lontong, nggak ada koran Indo, nggak ada China-toon (Chinatown), nggak bisa main bulu tangkis. "Nggak ada apanya di sini. Kalo di sono, bisa nonton di bioskop (panggung wayang) sama temen-temen, bisa ngobrol sama temen, bisa ketemu banyak orang Indo sih". Itu ajalah yan aku mengadu dengan diaorang. "Kamu pulang sini ajalah Joe" itu jawapan diaorang. "Di sini kamu bisa pilih temen, kalo kerja restoran, kamu nggak bisa sih, kamu kena terima aja gimana temen kamu, kalo yang baik tu masih mendingan, tapi kalo yang jelek tu, gimana?",kata Yanti.

Dalam aku cerita-cerita dengan Hudi macamana cara nak handle Kelvin supaya dia tak marah sangat, aku terceritalah yang Kelvin kasi gaji aku $400 sebulan, dan kalau dicampur tips, aku boleh dapat dalam $2500 sebulan. Aku kata, bulan depannya aku boleh kecek Kelvin suruh dia naikkan gaji Hudi. Aku kata aku boleh "ugut" dia kata yang aku akan berhenti kalau gaji Hudi tak sama dengan gaji aku. Setakat seratus dollar tu pasti Kelvin akan setuju, provided Hudi kerja betul-betul. Kelvin tanya aku, bila Hudi nak blah, aku kata yang Hudi tak jadi berhenti, dia tak dapat kerja lain. Aku katalah, apa salahnya naikkan gaji Hudi, sure dia akan stay lama disitu. Aku kata yang aku tak seronok jugak, buat kerja sama-sama tapi gaji tak sama. Sebab seratus jer, kalau lebih dari seratus tu, mungkin nada aku cakap pun lain gak aku rasa. Dan aku kata sama Kelvin, lebih baik cari part time waiter untuk bantu kitaorang kalau weekends, cari local punya orang, lebih senang. Kalau nak harapkan kitaorang, susah jugak pasal kitaorang boleh berhenti anytime (bengang jer bila Kelvin dengar aku cakap macam tu tuh, saja jer aku nak kasi dia tahu yang kitaorang ni ada power jugak sebebnarnya) Dan yang pentingnya, aku sama Hudi boleh ambil cuti, tak kan nak kerja 7 days a week, kitaorang bukannya 7-eleven, buka tiap hari kan? :-) Lagipun, kalau banyak sangat duit pun susah jugak, fikiran tak tenang :-).

Kelvin cuba contact kawan lama dia, dia pernah kerja di restoran tu dulunya, Kathy nama perempuan tu. Haaa...dia mai dah nih....:-) Besoknya Kathy datang restoran tu sama live-in boyfriend dia, Wayne. Sembang-sembang jugak dengan aku, tua dah Kathy tu,umur dia 40an, mata dia lawa gila, biru laut. Tapi body nyer, tak maintain langsung. Tetekk nyer labuh sampai ke pusat . Tengok dia, aku teringat video clip Kylie Minogue lagu Can't Get You Out Of My Head. "Tergantung" jer benda tu tuh :-) Dan bila cakap pasal benda-benda nih, I'm dying to share this joke: One sagging boob said to another sagging boob "If we don' get support soon, people will think we are nuts!

---------------------------------------- 

Kathy mula kerja sebagai part-time waitress hari Jumaat tu, dinner time. Tak lah lama, dari pukul 5 petang sampai 9 malam. Lawak jugak orangnya, menggelabahnya sampai berpeluh-peluh. Walaupun dia pernah kerja di situ dulunya, dan walaupun dia kerja jadi waitress di restoran lain jugak, tapi tak ada gaya pun macam orang dah kerja lama. Bawak air pun 2 gelas jer, tangan kiri dan tangan kanan. Aku masa tu dah boleh bawak 5 gelas, tak pakai tray, 3 kat tangan kiri, dua lagi disepit antara dua tangan. Kalau boleh disepit kat ketiak, mungkin sepuluh bijik gelas boleh aku bawak.

Kathy ni memang typical, dia akan tunggu sampai orang kasi tips, buat muka tak malu jer. Aku, kalau tetamu tu gaya nak kasi tips, tetamu gaya macam dah nak blah, aku akan cepat-cepat buat benda-benda lain, pura-pura sibuk. Diaorang nak kasi tips ker, tak nak kasi ker, aku tak peduli. Terima ajelah. Itulah aku nih, orang yang berkemaluan besar. Lagi satu, Kathy, kalau orang kasi tips, dia siap bilang duit tu berapa keping, baru dia masukkan dalam pocket apron dia. Ker memang gitu cara jadi waiter? Tak tahu aku sebenarnya. Selalu sangat dia kena tegur dengan Kelvin pasal dia tak ada langsung tokoh jadi waitress. Jalan tegak jer, muka serious. Cuma bab tanya dan sembang dengan tetamu aje dia bagus sebab ramai yang dia kenal, dia guna ayat-ayat yang bagus, macam ayat-ayat dalam tv. Kelvin tak nak ambil Kathy sebenarnya tapi dia tak ada pilihan, lagipun dia dah kenal Kathy lama, dan Kathy pun agak desperate. Bagus jugak ambil Kathy kerja sebab chances yang dia akan kerja lama kat situ memang besar. So kedua-dua diaorang tu macam tak ada pulihan lain dah, walaupun Kelvin selalu kutuk Kathy dan Kathy selalu buat lawak pasal Kelvin. Buat lawak sama aku pulak. Memanglah menjadi-jadi. 

Kathy mulanya tak percaya yang ada orang tak kasi tips, memanglah agak bias, Mat Salleh semuanya kasi tips dengan dia sebab dia American, local. Dengan kitaorang, adalah yang racist nya. Ada yang double-standard nya. Itu yang ada tak kasi tips tu. Dan tiap kali bila meja aku tak ada tips, bila aku bersihkan pinggan kotor, dan bila aku lalu dekat Kathy, aku akan nyanyilah Dire Straits punya lagu: Money for nothing, work for free. Money for nothing, work for free.Gelak jer lah dia, tapi kalau dah banyak sangat tables yang tak ada tips, atau table yang diduduki tetamu-yang-nampak-macam-baik-nampak-macam-nak-kasi-tips-tapi-tak-kasi-pun, dia heran jugak. "Oh my freaking Lord", itulah dia punya trade-mark. Apa-apa aje,"Oh my freaking Lord" 

Kadang-kadang aku kenakan dia jugak, sebab tetamu banyak yang aku kenal, mana yang kasi tips, mana yang tak kasi, aku katalah, that's $5 there, and another $10 there. Puaslah dia sampai terbongkok-bongkok melayan orang. Diaorang kasi satu dollar jer. Bila aku tengok dia nak bersih meja, dengan harapan ada tips yang banyak tapi cuma ada sedollar, aku gelakkan kan aje, aku kata, "Wow, Richie Rich!" Bengang jer dia. Kathy tak lah baik sama Hudi sebab dia tak faham Hudi cakap dan Hudi pun tak faham dia , so dengan aku lah dia sembang pun, dia suruh aku bodek Kelvin, kalau boleh dia nak kerja full-time, atau not just weekends, tapi weekdays jugak. Memang masa tu Kelvin dah ada trust in me, aku pun dah berani nak kasi aku punya pendapat and suggestions macamana supaya day-to-day punya operation berjalan lancar, banyak room of improvement yang perlu divacuum. Biasanya suggestions aku bernas dan Kelvin setuju, walaupun di mata Hudi, aku macam "cari muka". Little did he know masa tu aku dah ada muka pun, aku tak perlu bermuka-muka. 

Kelvin setuju Kathy kerja on Mondays supaya aku dapat ambil day off pasal aku dah kerja non-stop selama sebulan lebih, dan Tuesdays Hudi boleh off. Aku setuju sangat tapi Hudi lain pulak, dia jeles dengan Kathy, dia kata lebih baik kalau aku dengan dia aje yang kerja, dapat banyak jugak tipsnya, kalau 3 orang, tak berbaloi kerja 12 jam sehari. Lagipun, Kathy hanya kerja waktu sibuk jer, waktu boleh buat duit, tak fair lah macam tu.