Saturday, September 22, 2012

The Tough Gets Going


Waktu summer, aktiviti budak-budak anak gagak, baling telur kat rumah orang. Dulu waku pertama kali, aku tak perasan tapi bila apartment aku selalu sangat kena baling dengan telur, aku pun cuba-cuba jugaklah join. Bengang sangat aku, siang tu, aku tengah sedap-sedap tidur, bertalu-talu tingkap bilik aku kena baling telur. Aku intai, aku nampak ada dua tiga orang budak belasan tahun tengah gelak-gelak. Aku tengok jer arah mana diaorang jalan, lepas tu aku keluar rumah ikut pintu depan. Sajalah nak tau rumah diaorang yang mana satu. Aku ingatkan jer rumah tu, siaplah, malam kang makan scrambled egg lah rumah tuh, telur dadar lagi. 

Takut jugak aku buat jahat gitu tapi aku nekad jugak. Aku keluar malam tu pakai jaket, pakai topi lagi, beli telor sedozen.Sampai jer dekat rumah tu, bila aku yakin tak ada orang, aku baling rumah tu, kejap jer, aku lari, sikit pun tak pandang belakang. Aku belok sana belok sini akhirnya sampai depan rumah Nanie, emak saudara Andy S. Aku tahu dia memang ada nya pasal dia ni buat jualan pastel. Malam tu, aku tak tidurlah, tolong dia buat pastel (karipap), aku yang potong lobak, kopek telur. Sambil tengok tv. Puas hati aku.

--------------------------------------- 

Sebab banyak masa free dan aku pun rasa tenang jer duduk sensorang tuh, aku pun banyak peluang untuk belajar Options. Aku cuba belajar pasal Foreign Exchange pulak, memang lama dah aku cuba jengok-jengok bebenda currencies nih tapi aku tak rasa sesuai sebab "laju", kena selalu monitor pergerakan activities, kena very alert to news. Tapi, aku tak naklah buat buy and sell currencies gitu jer, aku nak buat Options On Currencies.

Lupa lak nak cerita, selama aku di sini tak pernah aku miss pergi that world-famous Traders Expo yang dibuat kat Marriott Hotel New York tuh, di Times Square. Aku rasa dalam ribuan orang yang datang dari seluruh dunia tuh, aku lah orang yang paling miskin yang pergi Expo tu, orang lain tu, semuanya yang ada Portfolio. Aku ada jugak Portfolio, tapi aku punya, flat memanjang. Aku dapat pakai name tag Expo tu pun dah rasa bangga, bukan senng nak pergi Expo tuh, ada yang kena bayar, ada yang perlu register melalui internet. Aku daftar kat internet jer, invitation tu dikirim melalui post. Tag-tag tu masih aku simpan sampai sekarang, so, kalaupun aku gagal buat bebenda ni, at least aku ada cuba, tags tu sebagai bukti :-) Macamana pun, aku dah jumpa Suzie Ormon yang selalu kat tv tuh, aku dah pernah dengar Bernie Schaffer punya seminar, aku dah attend Warren Buffet punya lecture. Separuh dari sampah-sampah kat bilik aku tuh, bebenda yang aku kutip masa pergi Expo tu lah, videos, brochures, phamplets, bebenda gitu. Nak buang rasa sayang, nak baca, nak belajar, rasa macam aku ni ambitious sangat. Ambitious tak bertempat, kerja kuli batak, duduk kat Amerika pun cara gelap, nak makan pun terkais-kais. Tapi tak apalah, at least I have something to look forward to. At least aku rasa aku ni a little different from diaorang tuh. Aku tunggu masa jer nak raise to the occasion.

Lagipun, it's ok to have a dream, to have ambitions. After all, sebab dreams, sebab ambitions tu lah aku terdampar kat Amerika ni kan?

Aku cubalah buat Forex Options, aku buat Deutschmark dengan Yen. Lawak rasanya, tak sampai seminggu aku went flat, call aku sepatutnya put, dan put aku sepatutnya call. Terbalik. Atau, sepatutnya aku buat call untuk DM dan put untuk Yen. Tak apalah, kira duit fees belajar Forex ajelah macam tu. Macamana pun bengang gak aku, dalam masa seminggu jer aku rugi empat ratus lebih, itulah, tak tahu apa-apa, nak cuba. Nasib baik aku dapat cover rugi aku tu dengan gold contract yang aku ada untung sikit. Itupun satu, kalau aku tunggu lelama sikit, besar gak call options aku tu boleh untung, tapi aku rasa takut. What if harga dia turun balik? Might as well liquidate masa ada untung walaupun sesikit? 

Dang, kalau aku ada duit alangkah seronoknya. Dan sebab aku semakin aktif belajar buat bebenda Options tu, kat tempat kerja pun aku rasa lain jer. Aku tengok jer diaorang yang cakap besr, yang belagak, yang kerja lelebih macam company tu bapak diaorang punya. Yang suruh aku buat itu ini, yang cakap dengan aku pun macam cakap dengan orang mintak sedekah. Kalau diaorang tau yang aku tahu pasal bebenda Options tuh, kalau diaorang tau yang aku pandai baca tables kat Wall Street Journal, kalau diaorang tau yang aku boleh tabulate stats kat Barron News tuh, sure tabik spring diaorang kat aku. Sure ada yang mintak maaf ngan aku. On bended knees lagi.

Tapi, aku pandai berlakun, sebab aku terpaksa berlakun, sebagai seorang Bangla. Tapi, tak apalah, lantaklah diaorang nak treat aku macamana, this is only temporary. I will have my own spot lah nanti.

Aku ada talipun Mus satu hari tuh, lebih kurang dua bulan lepas dia pindah. Biasa jer lah dia,cuma dia kata dia tak duduk sama Iwan sebab Iwan pindah ke Washington DC, kerja restoran di sana, sama adik dia. Mus katalah yang dia tinggal sama orang Cina-Indo," Aku nggak bisa masaklah Joe, aku malu kerna banyak orang, aku beli aja", dia kata. Aku ajak dia balik semula ke apartment aku sewa tu tapi dia malu agaknya, dia kasilah excuse dia. Dia kata, tinggal sebulan jer lagi aku tinggal di siu sebelum sewa contract habis, nanti kena pindah lagi. Betul jugak alasan dia tuh. Dia kutuk Iwan pasal janji memacam, aku dengar jer, tak sampai hati aku nak memulang paku buah keras. Walaupun masa tu hati aku memberontak nak kata "Itulah, aku udah bilang sama kamu, kamu nggak dengarin, sekarang apa udah jadi?" Kalau nak smash masa tu memang sedap, bola tanggung :-) Tapi Mus kawan aku, kawan baik aku, biasanya aku tak akan sindir atau kutuk kawan baik, kalau keputusan yang dia buat tu keputusan dia sendiri. Sebab aku pun buat mistakes jugak, last thing yang aku nak dengar kalau aku cerita kat orang pasal mistakes aku, ayat itu lah..."Ha, kan ker aku dah cakap....?" 

Tapi, benda-benda tu tak akan jadi dengan aku pasal kalau aku buat something, aku tak cerita dengan orang, tak ada pun orang yang aku nak ceritakan with, so, tak ada masalah lah kalau macam tuh. Kalau bebenda dalam blog nih, cerita yang dah lepas, yang dah berlaku, tak ada peluang orang nak kutuk aku :-) Except for yang tanya aku, betul ker cerita kau nih ? Or something to that effect. Ha, yang itu aku rasa bengang jugak tuh, YOU don't know how hard for me nak tulis bebenda yang aku tulis nih, ada a few entries yang took me a few days nak tulis, ada entries yang bila aku baca balik, even baca tajuk jer, air mata aku keluar, ada entries yang aku tak sanggup tulis tapi sebab aku dah mulakan blog ni, aku kena teruskan jugaklah. This is my freaking life story lah, kalau tak percaya, awatnya hang mai dok baca ? Hang tak dak kerja lain ka? Takkan hang tak tau, mulut aku ni lancang jugak, mulut dotdot.

--------------------------------------------
Yanti sekeluarga pindah ke kawasan ramai orang Indo tu akhirnya, a few blocks dari tempat aku, yg used to be her massage center. Aku tak tolong apa-apa pun. Dan apartment tempat aku duduk tu akan dikosongkan jugak bila habis contract setahun, aku kata sama Yanti yang aku akan cari bilik sewa lain. Dia kata, duduk sama dia ajelah pasal dia tak ada duit untuk bayar hutang aku, jadi tiap bulan aku tak perlu bayar sewa, dipotong duit hutang aje. Aku, walaupun baik dengan keluarga tu, walaupun dengan anak-anak dia dah rapat, rasa tak seronok jugak pasal sure tak bebas punya, aku tak akan dapat nak berinternet 24/7. Tapi bila aku fikir balik, dan bila aku ke rumah Anang (bapak saudara Yanti yang dulunya pernah tinggal sama Yanti, tapi pindah rumah sebab "nggak betah" (tak tahan) tinggal sama mereka"), Anang kata lebih baik aku tinggal di rumah Yanti. Kalau tidak, aku akan rugi banyak sebab selain daripada hutang tu jadi hutang lapuk, aku terpaksa bayar sewa yang lain. Tapi dia sindir jugak aku, dia kata, "Kamu aja yang bisa tinggal sama mereka, orang lain pasti nggak betah sih". Dia ceritalah kisah-kisah masa lalu, kisah waktu di Indo, dia kata, "Kamu lihat aja nanti, Yanti tu jelek orangnya, sedari kecil lagi". Aku tak adalah percaya sangat, itu cerita lama, lagipun aku sama Yanti biasa aje, memang baik, macam adik dengan kakak. Apa-apa masalah dia, dia cerita sama aku, sebab nak cerita sama Will, dia tak faham, lagipun kebanyakan masalah tu puncanya dari Will. 

Aku setujulah untuk tinggal di rumah Yanti, so seminggu sebelum habis contract apartment aku tuh, aku bawak barang sikit-sikit. Malaslah aku suruh Will tolong angkut barang guna kereta dia, kalau diaorang faham, patutunya diaorang yang offer. Lagipun, masa diaorang pindah, aku tak tolong apa-apa pun. Fair lah tu. Landlord aku, Mr Kine ada kata yang dia boleh kurangkan sewa kalau aku masih nak duduk di situ, tapi aku kata aku tak mampu bayar sebab aku satu orang aje, dulunya 3 orang (aku, Mus, Yanti). 

Jadi pindahlah aku weekend tu, letih nak mampus sebab dahlah terpaksa angkut barang, aku terpaksa bersihkan apartment Mr Kine tu, kalau tidak, duit security deposit akan dipotong, kalau ada apa-apa yang rosak. Sental sana sental sini, berus sana berus sini, bila aku confident semuanya dah bersih, baru aku talipun Mr Kine suruh datang. Paip kat cistern tu rosak, perlu diganti, so Mr Kine potong $20, yang lainnya ok, dia puji aku sebab dia kata apartment tu macam waktu mula-mula dia sewakan dulu, bersih dan tak ada calitnya walau sedikit pun. Dia tak tahu yang kat basement tu berlambak barang kotor, dia tak perasan yang carpet kat bedroom tu bertompok-tompok kesan kopi, kesan sos, dia tak sedar yang tingkap bilik aku penuh dengan kesan telur. Untung bukan Mrs Kine yang datang buat inspection. Kalau tidak, sure tak pas nyer. So dia kasilah duit deposit aku tu, $730, setelah dipotong $20.

Yanti kerja hari tu, Will pun sama. Ada Ita sama Ara aja di rumah masa aku pindah tu, Ara tidur di bilik belakang, bilik yang aku dikhaskan untuk aku tuh, walaupun barang-barang dia belum dikeluarkan lagi. Dia letih baru balik kerja, so dia tertidur. Aku pun mengantuk dan letih sebab semalaman tak tidur membersihkan apartment Mr Kine tu, so aku lepak nak cuba lelapkan mata, kat bilik Ita. Takkan aku nak tidur di bilik aku tuh, Ara (umur 15) tengah tidur, tak elok jer rasanya sebab walaupun dah rasa macam keluarga, tapi diaorang bukan keluarga, anak dara dah Ara tuh.

"Go sleep in your room, or you have to pay rent" kata Ita. Terkejut aku bila Ita (umur 10 tahun) kata gitu. Terus aku bingkas bangun, aku masuk bilik aku tuh,
Ara tengah membongkang tidur, ya. buruk nya anak dara tu tidur, macam orang lepas kena rogol jer :-)

Aku panggil Ita, aku kata, "You listen girl, your mum owes me money, ok?", aku kata gitu, jari telunjuk aku sampai nak terkena hidung dia. Pucat jer aku tengok dia. "You know she owes me money, right?", aku tanya lagi. "Yeah", dia jawab perlahan jer, mungkin dia sedar dia tadinya kurang ajar dengan aku. Aku cakaplah yang mak dia tak mampu nak bayar hutang aku, so aku duduk di situ, dipotong duit hutang. Can't blame me masa tu, letih, ngantuk, dia kurang ajar pulak. Lepas tu, aku slammed the door, aku keluar.

Nekad aku nak cari bilik lain, tak sanggup aku duduk situ, tak sampai pun sepuluh minit dah jadi macam tu. Tapi aku fikir jugak, eleh, dengan budak umur sepuluh tahun pun nak merajuk? Bukan merajuk, dan tak kisahlah umur dia berapa ker, tapi dia memang kurang ajar. Lupa agaknya selama ini selalu mintak duit sama aku, nak itu, nak ini. Aku terus ke rumah Anang, kebetulan bini dia pun ada. Aku ceritalah sama diaorang. "Ita tu memang kurang ajar anaknya, aku pindah dulu gara-gara itu", kata dia. Anang suruh aku tenang, dia kata kalau aku pindah, aku akan rugi banyak. Bercelaru jugak fikiran aku, nak pindah ke tidak nih? Sambil tu aku tanya jugaklah sesiapa yang aku kenal, kalau-kalau ada bilik untuk disewakan. Tak ada yang sesuai.

Malam baru aku balik ke rumah. Ita macam takut-takut jer nak tegur aku, aku pulak yang rasa kesian kat dia, iyalah, budak kecik. Tapi bila aku tegur dia, baru dia jadi berani, dan malam tu dia lepak bilik aku jer, guna laptop aku tuh untuk berinternet. Aku nih, budak kecil pun tak boleh handle.

 --------------------------------
Yanti beria-ia tanya aku pasal duit security deposit apartment aku sewa dulu tuh. Dia tanya aku, bila Mr Kine nak bayar? Aku kata aku tak tahu, tunggu Mrs Kine buat inspection, pasti duit tu tak dapat balik sebab banyak benda yang rosak yang harus diaorang ganti. Aku tipu kan? Mr Kine dah bayar kat aku duit tu kan? Sebab apa aku tipu Yanti? Sebab itu duit aku, aku yang bayar masa memula dulu tuh. Memanglah sewa apartment tu guna nama Will, tapi duit tu duit aku. Diaorang nak duit tu, diaorang memang terdesak masa tu, banyak bills yang tertunggak, komputer rosak, kereta rosak. Beberapa kali diaorang talipun Mr Kine, tinggalkan pesan. Mr Kine talipun balik, nasib baik diaorang tak ada di rumah, kalau tidak terbukak rahsia. Akhirnya aku pergi public phone, aku talipun Mr Kine, dia jawab sebab dia tau aku. Aku terpaksalah terangkan sama Mr Kine yang aku gunakan nama dia, dan aku nak favor from him. Kalau Will talipun lagi, just beritahu Will yang apartment tu banyak rosak dan duit security deposit tu akan diguna untuk buat repair apartment tu. Dan aku kata pada Mr Kine, it's ok kalau dia nak pura-pura kutuk aku sebab merosakkan apartment dia. Mr Kine setuju jer pasal dia tak kenal pun Will sebenarnya,yang tiap bulan bayar sewa tu aku, bukan Will. Ataupun Yanti.

Akhirnya kisah tu senyap macam tu jer, diaorang percaya yang duit tu dipotong oleh Mr Kine untuk buat repair apartment. Selamat duit aku.

----------------------------------------------

Lama kelamaan aku dapat adjust hidup sebumbung dengan keluarga Yanti tu, adalah bebenda kecil yang aku tak fikirkan sangat. Aku lebih banyak mengalah dengan Ita dan Ara, Yanti perasan yang anak dia dua orang tu dah agak kebaratan perangainya. Will masih tak berubah perangainya, minum beer bebotol setiap hari, main game sampai pagi dan kerja cuma beberapa jam sehari.

Aku, kalau weekdays, balik kerja terus di bilik aje, tengok tv ker, bila dah tengah malam baru aku bukak internet. Weekends, biasanya aku keluar sampai malam, tak bebas duduk di rumah aje. Malam baru aku masak, biasanya aku masak untuk aku makan dua tiga hari, tapi dalam tak pandai aku tuh, Ita sama Ara selalu jugak puji masakan aku. Tak sempat besoknya dah habis dibaham budak dua beradik tuh. Yanti terus kerja 7 hari seminggu, langsung tak ada cutinya. Aku suggest dengan dia supaya cari satu orang penyewa, boleh duduk sebilik dengan aku tuh, dapatlah jugak cover untuk bayar bills. Dah lah aku tak perlu bayar sewa. Dia setuju, dia suruh aku yang cari sebab dia hendakkan kawan aku yang tinggal di situ, kalau orang yang tak kenal tu agak susah sikit
sebab dia ada anak dara 2 orang. Anak dara yang tengah menjadi, yang tengah gatal. 

Aku talipun Mus, puas aku pujuk ajak dia duduk sama aku tapi dia tak nak, dia kata, dia tak sesuai hidup sama keluarga tu. At last aku terjumpa seorang Indo yang aku taklah berapa kenal sangat, tapi pernah kerja sesama aku dulu, Andre namanya. Alim orangnya. Gayanya lah. Andre talipun Yanti tapi sebab mahal sewa yang Yanti nak, tak jadi lah. Dua tiga minggu lepas tu, bila takada jugak orang nak menyewa, dia talipun Andre, so setujulah Andre tinggal di situ, sebilik sama aku.

Pelik orangnya, menalipun memanjang, awek-awek Indo yang jadi orang gaji di Hong Kong. Adalah 4 lima orang. Walaupun sebilik dengn dia, tak adalah aku bercakap dengan dia sangat sebab dia sentiasa on the phone. Tapi yang lawaknya kan, dia ni selalu buat phone sexx dengan awek-awek tu, terutamanya tengah malam-malam. Serious. Sampai aku tak boleh tidur, kengkadang tu sebab aku gelak dalam selimut, kengkadang tu stim sendiri jer dengar :-) Iyalah, dengar awek on the other line tu mengerang. Volume suara tu agak dikuatkan, itu yang aku boleh dengar tuh, dia ingat aku tidur nyenyak sebab letih kerja, sedangkan aku di bawah selimut, keraskan badan, takut dia suspect apa-apa. Tapi dia pun dalam selimut jugak, aku tak tengok pun aku tahu bunyi apa yang dia buat tuh. Yang aku tak sangka nya, awek pun buat bebenda gitu tuh, kalau lelaki aku tak lah rasa macam janggal sangat, tapi, awek. OOOhhhhhhhhhh..... arrrgghhhhhhhhh, arggggghhhh....ish, malu lah aku nak cerita, macam tengok shooting porn jer rasanya :-)

Kengkadang tu kat bilik air, memanglah kat bilik air tempat orang selalu buat kan? :-) tapi Andre ni lain sikit. Di situlah dia menyanyi kat talipun merayu-rayu, berkucup-kucupan, berjilat-jilatan, ber.....berbagai-bagaian, berpancut-pancutan :-) Satu hari tu, Ara sama Ita ada di bilik aku tuh, chatting online. Tiba-tiba Ara kata, "Om, your room smells semen! And I was like, "What?" Bila dia terperasan yang dia tersalah cakap/ terbuka rahsia barulah dia cuba berdalih. "Naw, I was just kidding", kata dia. Terlambat. I was not born yesterday. Aku tahu, ini mesti ada sesuatu nih.......

 -------------------------------- 

Note: Aku tulis ni bukanlah niat nak mengaibkan orang, bukan nak kasi malu orang. Tak langsung. Aku cerita bebenda yang terjadi di sekeliling aku. Lagipun, ngkorang tak kenal pun nama-nama yang aku cerita ni kan? So, tak adalah aku memalukan orang sebenarnya. 

-------------------------------- 

Makin lama semakin aku bosan dengan Andre, berlebih-lebihan kepelikannya, Ara sama Ita selalu mengadu dengan Yanti yang Andre tu a little too strange. Yanti selalu kata, "Gimana ni Joe teman kamu ni? Suruh dia pindah ajalah". "Aku tak tahu sih, kelihatannya baik aja tapi kok anih ya?" aku jawab gitu jer. Aku selalu marah sama Ara dengan Ita kalau diaorang masuk bilik aku masa aku tak ada di rumah, diaorang nak guna laptop aku sebenarnya. Aku marah tu bukan apa, aku takut diaorang terjumpa bebenda yang tak seharusnya diaorang tengok. Or so I thought. Iyalah, semakin lama aku tengok semakin banyak porn VCDs, Andre punya collections. Magazines yang teruk-teruk, yet informative :-) pun banyak jugak. Kengkadang tu lama jugak aku terralit tengok bebenda gitu tuh. Frust jugak kengkadang tuh sebab tak dapat tengok bebanyak, magazines tu macam banyak gam jer, kat manalah ada gam tumpah tuh :-) Kalau aku surf, Andre selalu jugak mintak nak tengok gambar artis bogel Indonesia, tak kuasalah aku, aku dah lama dah berkecimpung dengan internet, tak nak lah aku nak buat macam memula kenal internet dulu, asyik nak tengok porn jer kerjanya :-) 

----------------------------------

Aku berhenti kerja di tempat sama orang Cambodians tu bila productions jadi betul-betul slow, Yanti pun berhenti kerja di tempat dia tuh dua tiga hari kemudian, biasalah, ada masalah dalaman. Ada yang cemburu pasal dia ni kerjanya rajin, jadi, orang lain tu macam cemburu gitu. Dalam seminggu macam tu kitaorang tak kerja, cari sana cari sini tapi semuanya tak berhasil. Kebetulan hujung minggu tu Yanti terjumpa ajen yang tempat aku kerja pasang alat-alat kunci dan stickers dulu tuh. Dia tengah desperately cari orang sebab company tu hedakkan ramai pekerja. Yanti daftarkan nama aku jugak, nama Adji pun sama, dia tak tahu ataupun dia lupa yang aku pernah kerja di situ tuh, yang aku kerja sama Catherine, kemudian Catherine dipecat, hari aku disuruh James untuk jadi pekerja tetap di company dulu tuh. Ajen tu suka sebab aku masuk kerja tu balik, aku biasa jer. Hampir 50 orang kerja masa tuh, majority nyer orang Indo, aku kenal beberapa orang kawan aku yang turut sama kerja di situ tuh.

Masa nak beratur sebelum kerja, ajen tu panggil aku, dia kata James nak jumpa. Aku gelak jer lah, aku kata aku dah nak mula kerja dah. Tak lama lepas tu, aku tengok James datang, dengan assistant dia tu. "Hey Joe, nice to have you back", dia kata gitu, aku hulur tangan nak bersalam. Masa tu aku tak boleh katalah rasa bangga nya, ramai pulak orang yang tengok masa tu. Sembanglah kejap dengan James, dia kata kalau aku terima offer dia dulu tu, sure gaji aku dah tinggi dah. Aku sengeh jer lah. Dia tanya, ke mana aku pergi selama ini, aku jawab, "Everywhere". "Tell me more about it", dia kata. Tapi sebab masing-masing dah mula kerja, aku mintak diri dululah, dia suruh aku "stick around a bit longer this time". Aku angguk jer. 

Lawak jer kerja situ tuh, disusun meja bebanyak, setiap meja ditaruk 2 orang, kemudian dilambakkan barang-barang yang perlu diassemble. Ada target, dalam sejam harus siapkan a few sacks. Kalau tak sampai target dua kali berturut-turut, disuruh berhenti, tunggu driver hantar balik. Berpeluh jantanlah memasing, rasa macam game show Sendaloka Bersama Singer pulak jadinya. Lari sana lari ini, assemble, dah siap, dikira, buat yang lain.

Aku panik jugak sebab kalau aku tak dapat capai target, aku akan disuruh berhenti. Di mana aku nak sorok kemaluan aku daripada James kan? Itu yang aku pulun habis-habis tu, awek yang jadi partner kerja aku tu pun ok jugak, walaupun dia nak sembang jer kerjanya. Pelik sangat dia pertama kali jumpa orang Malaysia di Amerika.
-