Saturday, September 22, 2012

Right Here Waiting


Kusut habis fikiran aku memikirkan kerenah diaorang tu memasing tapi deep down aku tahu yang aku akan terus bersama keluarga tu in a long run. Dah jadi macam keluarga aku pulak. Aku tahu, kalau terjadi apa-apa ke atas diri aku di sini, hanya Yanti lah yang akan menguruskannya. Sebab Yanti pun dalam kedaaannya yang agak ligat tu, dia ni berhati lembut jugak sebenarnya. Selalu jugak dia bantu orang-orang Indo yang bermasalah, pernah jugak dia bawak beberapa orang yang dia tak kenal, yang dia terjumpa di station bas, yang tengah terpinga-pinga sebab dihalau majikan, untuk tidur di rumah dia.

Lepas tu, jadi kerja aku lah untuk mencarikan diaorang tempat tinggal, untuk kenalkan diaorang dengan ajen-ajen kerja. Cuma masalahnya diaorang ni, kalau dah selamat hidupnya, dah ada tempat tinggal, dah ada kerja, mudah lupa daratan. Ada jugak yang ambil kesempatan lagi. Semuanya nak mintak tolong, semuanya tak nak gunakan duit sendiri (memasing tu ada duit kebanyakannya tapi duit tu perlu dikirim ke Indo).

Masa tu aku tak ada kawan lain, kecuali Mus. Andy S pun dah balik ke Indo pasal permohonan asylum dia ditolak. Yang lainnya ramai jugak yang cabut pasal "capek aku tinggal di Amerika". Fair-weather friends yang lain tu adalah tapi aku jadi macam tak rapat dah, iyalah, kat rumah pun selalu jugak ada tornado nyer, ada badai saljun yer kan? 

Spent the rest of last year biasa, ajelah aku, Raya tak rasa apa-apa, Thanksgiving tak rasa apa-apa, Christmas tak rasa apa-apa. New Year jer aku turun ke New York, pergi Times Square tengok New Year celebration. Waktu memula sampai Amerika dulu tu, memang aku banyak merayap,memang aku banyak ke sana sini, memang aku pulun. Tapi, selepas kejadian ngeri di NYC tu, bila hidup aku dah tonggang langgang, aku langsung tak appreciate, langsung tak fikir dah yang aku di bumi Amerika yang indah, yang menarik. Tak ada tempat, tak ada events yang menariknya bagi aku dah. Tak adalah aku nak ke sana sini. Kalau aku ke NYC pun, kalau aku ke mana pun aku tak ada ambil gambar untuk buat kenang-kenangan. Phase hidup aku yang tak nak aku kenang-kenangkan. What's that nak kenangkan hidup sebagai seorang Bangla? 

Aku ingat, kalau dulu waktu aku student, waktu aku jelajah Europe, satu roll film habis kejap jer. Semuanya gambar aku. Posing sana posing sini. Tapi di Amerika nih, aku tak ada pulak buat bebenda gitu, buat apa aku bergambar di tempat-tempat menarik, macam hipokrit aje, pemandangan aje cantik tapi aku yang dalam gambar tu hidupnya tak cantik. Orang tak tahu, tapi aku tahu. So itu yang aku langsung tak ada gambar tuh. 

Dari seminggu ke seminggu aku tunggu Ara nak bayar hutang college dia, tapi tak ada gaya pun dia nak bayar. Tiap-tiap kali lepas gaji, dia tanya aku, "How much do I owe you Om Joe?" Itu ajalah, setakat nak kasi tunjuk yang dia ada ingat yang dia hutang aku. Options aku dah lama aku tak sentuh, berbulan-bulan, pasal masa tu aku tak ada banyak masa sangat nak get involved, the last 2 transactions yang aku buat, aku ended up "tak pulang modal", both contracts expired worthless. Pundekk betul. Jadi, account aku kat Broker tu jadi dormant aje, sampai bila aku nak biar macam tu jer? Aku kena cari duit nak buat ibu duit untuk Options tuh. 

Bila dah semakin lama hidup aku yang aku rasa very mundane tuh (adalah dalam 4, lima bulan) aku mula terfikir untuk cari kerja di restoran balik. Rugi aje rasanya kerja di kilang, kerja di warehouse, kalau kerja di restoran, boleh simpan duit pasal tempat tinggal, makan minum, semuanya free. Cuma kerjanya berat, dan waktu kerja panjang, dan kena deal dengan boss Cina yang kebanyakannya garang-garang. Aku rasa dah tiba masanya aku bertukar angin, bawak diri ke tempt lain untuk sementara, bosan aku tinggal di rumah tu, di Boston. Kalau ada apa-apa hal nanti, aku akan balik semula ke Boston. Apa susah? 

So, berangkatlah aku ke NYC. Terus aku ke tempat Makcik Jenny, mulanya aku nak ambil kerja either di bahagian dapur, apa-apalah, dishwasher ker, kitchen helper ker. Atau kerja di fast food ker. Makcik Jenny suruh aku jadi waiter tapi aku tak nak, aku kata aku tak ada experience. Sebenarnya, aku tak ada niat nak kerja waiter tu, tak sanggup aku nak deal dengan tetamu Mat Salleh yang sure fikir yang aku ni "another low-paid immigrant working his asss off". Lebih baik kerja di bahagian kitchen, tak akan deal dengan Mat Salleh, biarlah kerjanya berat pun. Dalam keadaan begitu, aku masih bermentality kolot.    Kemudian Makcik Jenny tanya aku kalau aku nak kerja jadi waiter di satu buffet restaurant di utara Florida, dekat sempadan Florida-Georgia. Dia kata kerja di buffet restaurant tak macam jadi waiter di restaurant biasa sebab tetamu ambil makanan sendiri, waiters hanya serve drinks aje. 

Entah macamana aku boleh setuju aku pun tak tahu, mungkin sebab nama Florida tu kot itu yang buat aku rasa macam nak cuba aje.

 ----------------R E W I N D --------------- 

Sorry, aku terlupa nak cerita nih: Waktu tu aku bengang jugak pasal laptop aku hancur, laptop tu Ita nak bawak masuk bilik dia, tah macamana, terjatuh, dari tingkat atas, berdentum jatuh melalui anak tangga, berkecai. Rupanya selama aku kerja, dia akan masuk bilik aku, and ambil laptop tu bawak masuk bilik dia. So, aku bengang lah, itu one of the reasons yang aku bawak diri ke Florida tuh. 

 ---------------------------

Bila tokey restaurant tu setuju, dan aku pun setuju, bila dah bayar duit servis, bila Makcik Jenny dah terangkan dengan aku ke mana nak pergi bila dah sampai di bandaraya Jacksonville, Florida aku terus ke kedai, cari baju putih, beli seluar hitam, beli bowtie, belilah apa-apa yang patut. Nasib baik tokey restaurant tu, Calvin Tso nama dier, kasi aku dalam masa 3 hari untuk aku tiba di restaurant tuh. 

Jauh perjalanannya, dari Boston ker tempat tu dalam 1200 batu. Mulanya aku cadang nak ke Florida tu dari NYC aje tanpa perlu akan balik semula ke Boston 
nun atas sana tuh. Tapi sebab aku perlu ambil barang, aku pun nak mintak duit aku dari Ara, jadi terpaksalah aku balik dulu ke Boston. Tambang $20 jer kalau naik bas Cina, kalau naik Greyhound, $40. Masa dalam bas aku dok fikir jer, jauh aku nak pergi nih, lagipun aku tak pernah kerja jadi waiter, macamana nanti kalau aku tak serasi dengan kerja? Macamana kalau Boss nyer garang? Macamana kalau kerjanya berat? Macamana nak bawak dulang makanan? Boleh ker aku tatang tray macam waiter kat restaurant? Ada ker orang nak kasi aku tips? Soalan dan pertanyaan gitu bermain di kepala aku.

Tapi sebab aku dah buat keputusan, aku fikir aku nak cuba jugaklah. Susah-susah nanti, aku berhenti, kalau pun tak dipecat. Yanti semua terkejut bila dengar yang aku nak ke Florida, jauh tu, dari hujung atas Amerika nak turun nun ke bawah sana di Florida. Lantaklah, kata aku. Kadang rasa macam tak percaya pulak yang aku jadi berani nak ke tempat yang aku tak tahu keadaannya. Aku mintak duit dari Ara tapi dia kata belum dapat gaji, dia tak ada duit. Tak apalah, aku ada seratus dua kat bank, itu ajalah harapan aku. Nak dijadikan cerita, bank dah tutup masa aku sampai tuh, jadi tak dapatlah aku nak keluarkan duit. Aku ke Check-Cashing punya tempat untuk cuba cash kn cek aku sendiri tapi diaorang tak layan personal check, lagipun aku tak ada proper IDs, diaorang nak 2 IDs, satu tu Driver's Licence. Ah,masalah jugak nih. Aku ada tak sampai $300, itupun nak beli ticket yang harganya $135-00, aku perlu sediakan duit untuk buat tambang balik ke Boston. Just in case. Kasut hitam pun belum beli, Macamana nih?. Aku ke Greyhound, book ticket untuk malam tu,perjalanan selama sehari lebih, banyak pulak tempat kena berhenti, banyak kali kena transfer bus. Haru. Lepas tu aku ke kedai pakaian second-hand, dengan duit yang ada beberapa sen tu,aku sembat sepasang kasut kulit. Harganya $2-50. Betul, harganya $2-50. Aku fikir, lantaklah, kasut nak taruk kat kaki jer, kasut murah pun tak apalah. Orang tak pandang nyer lah, sedagkan aku orang tak pandang, inikan pulak kasut, lagi orang tak pandang. Yang pandang tu, sure yang nak mengutuk. Argh, pedulikan. 

Lagipun, aku fikir jugak, tak apalah beli kasut paling murah dalam sejarah, aku ada kasut harga seratus lebih kat rumah tu, warna cokelat. Saja aku nak buat biar aku feel a bit better. Lepas tu aku singgah kejap di Kinko's, aku cuba surf pasal bandar aku nak pergi tu, aku ambil alamat a few places, alamat library, bus station, shopping complexes, masjid etc. Kat bandar tu 63% penduduknya orang hitam. Laaa....sure tak dapat tips nyer nih :-( Aku check jugak, berapa jauh bandar tu ke Orlando, ke Miami Beach, manalah tau kalau aku nak ke sana. 

Tak banyak barang aku bawak, satu beg aje, pakaian, magazines dan buku sesikit, selebihnya aku rapikan, aku beritahu Yanti yang aku akan balik anytime aje, aku tak tahu selama mana aku akan di Florida. Dalam fikiran aku bimbang aje, pasal tak cukup duit, aku buat muka tak malu, tanya Yanti kalau dia ada duit, aku nak pinjam, dia dah dapat gaji sehari sebelumnya. Dia kata dia tak ada duit, dia geleng kepala, dia kata, "Kamu ni..." Tak faham aku, tapi rasa macam perli aku jer. Dia kata dia ada $20 jer sebab petang tu dia ke Walmart. Itulah diaorang nih, dapat gaji jer, terus shopping kat WalMart, kelas sangat, tak nak beli barang kat Dollar Store. Sebab tu tak pernah ada duit, ada aje benda yang nak dibelinya. Aku ambil ajelah duit $20 yang dia kasi tuh, aku rasa terkilan jugak sebab dia kata dia tak ada duit lain dah. Tapi aku fikir, hutang dia dengan aku ada selama 3 tahun worth of sewa bilik kat situ tuh, peduli apa aku. Aku nak pergi jauh, kalau apa-apa hal siapa nak tolong aku? Aku kenalah buat persediaan. Dalam perjalanan nanti, sure aku nak makan, duit tu lah yang aku ada. 

Dari Boston ke New York, tak berhenti pun, 4 jam. Di NYC tu baru transfer bus, kemudian berhenti di Mt Laurel, New Jersey .Kat Baltimore, Maryland, berhenti kejap. Sempatlah aku beli soda kat vending machine. Aku tak dapat tidur lena pasal nak tidur pun takut-takut, nanti ke tempat lain pulak perginya. Bus tu bukan pergi ke Florida aje, di setiap stesyen, kena transfer ke bus lain.Di Washington DC agak lama sikit berhentinya, sempat aku makan fries lagi, hisap rokok. Dah tengahari dah. Seterusnya ke Ashland, Virginia, lawa pemandangan kat luar, aku takat tengok gegitu jer lah, my mind was somewhere else, mata pun dah pedih, muka pun dah berminyak pasal tak tidur.Berhenti pulak di Gold Rock, North Carolina.

Rasa lain jer bila dah masuk ke Southern states, peaceful, tak crowded, pemandangan indah. Tenang. Rumah banyak yang sebiji-sebiji, dan aku tengok banyak gereja, selang beberapa rumah, sure ada gereja. Southerners memang kuat ugama. Masa transfer bas di Fayettville, North Carolina, baru rasa lega sikit sebab aku dah lebih one third perjalanan ke destinasi. Rasa excited pun ada jugak, bukan semua orang berani macam aku :-) Bukan semua orang sanggup buat macam aku. Tapi, aku buat tu sebab aku terpaksa. Aku jadi berani tu sebab aku penakut sebenarnya.

State seterusnya South Carolina, berhenti di dua cities, Manning and Ridgeland, tak pernah dengar pun nama nih. Lepas tu masuk Georgia. Brunswick, Georgia. Lama jugak aku terpaksa tungu bus ke bandar tu, sebab aku dah tak naik Greyhound lagi dah, kena transfer bus syarikat lain, local punya syarikat. Ada dekat 2 jam aku melepak di bus station tu, nak tunggu bas yang direct dari NYC. Aku jadi rasa happy pulak sebab cuaca pun nyaman, taklah sejuk macam kat Boston sana tuh. 

Bas ke Jacksonville pun tiba, tak ramai kat dalam bas tu, dalam 7, lapan orang jer. Aku tengok ada satu tu muka pucat jer, gayanya macam orang Indo, could be Mexican atau yang dari South America. Next stop pertama setelah 3 jam lebih dalam bas tuh, aku turun. Yang lelaki tu pun turun jugak. Sampai jugak aku akhirnya, setelah melalui beberapa States. Berapa States hah? Kejap, aku kira... Massachusets, Connecticut, New York, New Jersey, Pennsylvania, Delaware, Maryland, Virginia, North Carolina, South Carolina, Georgia, Florida, 11 States aku lalui. Aku terus ke public phone , nak talipun restaurant tu suruh sesiapa jemput aku, memang gitu yang disuruh Kelvin Tso dalam talipun itu hari, sampai aje, talipun and he will send someone to pick me up.

Sementara tunggu orang jemput, aku lepak ajelah, aku tengok lelaki tadi tu datang dekat aku, dia tanya aku, boleh tak guna restroom kat situ. Aku kata aku tak tahu, kan ker aku baru sampai? Dia tak perasan aku satu bas sama dia agaknya. Sebab English dia boleh difahami, aku pun tanyalah dia, kerja kat mana, dah lama ke di Florida? Dia kata dia kerja restoran, restoran Cina, baru nak mula. Curious sebab muka dia muka Spanish, kerja restoran Cina pulak tu, aku tanya dia; "Where are you from?" 

Dia kata,"Indonesia". Aku tepuk bahu dia, aku kata, "Sialann lu,aku kira lu orang Spanish". "Kok kamu orang Indo?", dia tanya, senyum jer. "Nggak, Malaysia, tapi udah 2 tahun lebih bercampur sama orang Indo", aku jawab. "Pantasan bisa bahasa Indo sih", dia jawab.

So kitaorang sembanglah, rupanya Ba'in pun nak ke restoran tu jugak, dia turun dari New York. Aku katalah yang aku tak tahu yang Kelvin nak 2 orang waiters, Ba'in kata mungkin Kelvin ingat salah seorang dari kitaorang tak datang, itu pasal dia cari dua orang. Aku pun mula rasa tak sedap jer, iyalah, kalau Kelvin nak satu orang, sure akan diambil Ba'in sebab Ba'in dah 3 tahun jadi waiter, dah masak selok belok kerja. 

Tak lama tu ada satu kereta berhenti kat station tu, memang boleh agak dia datang nak jemput kitorang sebab dia Cina, tua dah orang nyer, tengok kitaorang atas bawah atas bawah. Tak cakap apa pun dengan dia pasal dia tak reti English. Kitaorang di bawak ke restoran tu, aku nak masuk jer, ada satu orang Cina tu kata, "Apa Khabar my friends?" Rupanya dialah Kelvin Tso, co-owner restoran tu, family-run restaurant sebenarnya. Waktu tu lebihkurang pukul 3 lebih, memang tak ada tetamu makan kalau waktu-waktu gitu, kalau ada pun setakat seorang bedua. Kelvin panggil kitaorang berdua, dia kasi satu kertas, suruh baca. Notes tentang kerja-kerja apa yang kitaorang kena buat, first thing first, rules and regulations nyer lah, bebenda macam gitu. Siap dengan cara macamana nak cakap dengan customers lagi. Kemudian dia terangkan lah apa-apa yang patut, "baik" gaya orangnya, aku boleh tahu yang dia ni memang means business, memang darah daging, memang periuk nasi dia kerja restoran nih. 

Banyaklah yang dia cerita, even bab-bab yang dia di China dulu, macamana keluarga dia datang ke Amerika, macamana dia mula buka restoran. Orangnya masih muda jugak, aku rasa tua beberapa tahun jer dari aku tapi sebab dia ni kerjanya kuat, banyak fikir, kelihatan dah agak berumur. Dia kata yang dia akan tolong kitaorang kalau kitaorang tolong dia, dia tak nak yang ada bawak masalah, dia selama ini pun memang banyak trained Indonesians, tapi diaorang semuanya dah kerja di tempat lain. Akupun banyaklah tanya dia, saja jer, nak kasi hints yang English aku bukan macam English orang Indo. Kelvin punya English pun takat cukup makan jer, Ba'in pun kira oklah, boleh gak tanya sesikit, dia dulu ni kerja kapal cruise. 

Kelvin pun katalah yang kalau aku nak belajar, dia akan tunjukkan aku right from the very beginning, bila aku kata yang aku have no experience whatsoever. "That's good", kata dia. I think you will learn fast, your English is good, and by the way you talk, your expression, I can tell that you are educated", kata dia lagi. Lah, lelebih sangat ker aku berlakun? Ker memang itu semulajadi? Aku rasa semulajadi sebab often kalau aku serious, orang betul-betul ingat aku serious gila, kalau aku senyap, orang ingat aku marah. Too bad aku ni bukan pelakun filem. 


Entah apalah lagi yang Kelvin cerita sampai aku tercakap, "Well, I'm beginning to like this place". Dia pun apa lagi,makin banyaklah ceritanya, dan aku pun tercakap...."This is too good to be true". Ba'in senyum jer. Kitaorag disuruh makan apa yang kitaoang nak, tak berselera lah aku makan bebenda situ tuh, memang kebanyakannya tak boleh dimakan pun. Takat makan nasi goreng dengan string beans (kacang panjang diaorang tak rasa macam kacang panjang di Malaysia lah), ambik salad sesikit, itu aje. 

Sebelum dia hantar kitaorang ke rumah tempat kitaorang akan tinggal. Ada satu waiter tu tanya, "Kalian orang Indo? Ngak apa-apa sih, nanti malam kita ngobrol". Tak jauh rumah tu dari restoran, jalan kaki tak sampai 5 minit, kat situ jugak, rumah sebuah-sebuah, belakang Bank Of America, ada Pizza Hut kat depan tuh, seberang jalan sana nye ada shopping mall, ada JCPenny nampak gayanya, ada KFC, adalah memacam jugak. Kira oklah tu kata aku dalam hati. Kelvin suruh kitaorang berehat, mula kerja besoknya. Baik jugak dia nih, biasanya kalau nak kerja restoran, sampai aje, terus disuruh kerja, ini, disuruh lepak pulak tu. Ada peri kemanusiaan dia ni nih. 

Besar jugak rumh tu, ada 4 bilik, aku sama Ba'in sebilik, so kitaorang mulalah kemas-kemas barang yang berselerakan, sure nyer waiters yang lama yang tinggalkan semuanya tuh. Banyak magazines, pinggan mangkuk kotor, toiletteries, memacamlah. Tengah aku nak susun bantal, aku tengok ada satu kertas, ada tulisan Indo. Aku baca; "Kamu anak baru sini ya? Awas kamu, pasti nggak bekalan kerasan. Juragannya gila, cerewet bagai monyet. Udah banyak orang Indo yang kerja di sini, semuanya nggak betah, paling lama sebulan dua".

Aku tunjuk sama Ba'in kertas tuh, dia pandang aku, aku pandang dia. Kitaorang gelak. Kemudian aku tengok sekeliling, aku tengok kat dinding bilik tu boleh tahan lah graffiti nyer, memacam. Juragan anjing. Juragan monyyet. Juragan gila kontol. Kelvin sial , kontol lu. Hidup Indo! Juragan makan tips! Eddy was here. Memacamlah. 

"Ciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiibaiiiiiiiiiiiiiiiiiii",kata aku dalam hati.