Serba salah betul aku dibuatnya, nak beritahu Catherine ker tidak? Susah gak jadi orang fofular ni kan? Bangla lagi . Cakap pun dah mula lain, yer lah kan, can't blame me masa tuh. It's hard to be humble when you are that hot.
Tapi gitulah, akhirnya aku berhenti kerja jugak. Unexpectedly. Di waktu orang memerlukan aku. Tak tahulah kalau aku yang perasan lebih-lebih but that's the truth. Selepas Angie cerita yang James nak aku kerja di situ secara tetap, aku dah macam mainan yang dipasang bateri baru, ligat aje kerjanya. Suruhlah aku buat apa pun, aku buat. Benda yang orang tak suruh pun aku buat jugak. Sampai pelik Catherine dengan perempuan yang 3 orang lagi tuh. "Kok rajin bangat kamu Joe, ini pasti gara-gara James", diaorang gelakkan aku. Makin diaorang cakap macam tu, semakin aku rasa kesian kat diaorang kalau aku "berpaling tadah", aku masa tu tengah fikir pros and cons, tengah fikir bukan untuk diri aku, tapi jugak untuk diaorang. Aku fikir jugak, kalau aku kerja tetap di situ, aku mungkin boleh pujuk James biar dia ambil Catherine and friends gantikan another group of workers orang Kemboja tuh. Aku boleh lah "seduce" James ker, aku kasi dia raba aku ker. After all dulu Yoko selalu raba aku sama David kan? ..
Di sebelah petang tu James punya assistant suruh aku handle bahagian shipping sebab aku tau pegang komputer, lagipun aku taklah buta sangat pasal Amerika, aku tau States yang kat Utara, Timur,Barat, Selatan jadi aku senang nak groupkan all orders ikut zone memasing. Sorang-soranglah aku kerja di bilik komputer tuh, boleh guna internet lagi. Cerah masa depan aku nih, fikir aku gitu.Tinggallah Catherine berempat yang kerja di bahagian kitaorang tuh.
Petang tu masa dalam perjalanan balik, Catherine kata yang besoknya ada orang baru yang datang jemput kitaorang kerja. Aku tanya apa pasal, dia kata James suruh dia berhenti sebab James kata Catherine keras kepala, tak nak dengar cakap orang. Rupanya, masa aku kerja di bilik computer tu tadi nya, James ada suruh Catherine buat something tapi Catherine buat macam faham tak faham jer.
"Kamu berhenti, aku berhenti juga sih", selamba jer aku cakap gitu. Sebab dulu dah janji kalau satu orang kena buang, yang lain akan berhenti jugak. Kawan Catherine yang 3 orang tu senyap jer, diaorang tak kata apa pun. Catherine kata kat aku supaya jangan berhenti, nanti sure orang ingat dia yang influence aku, dia yang suruh atau ajak aku turut berhenti. Sure nama dia buruk nanti. Aku tetap cakap, "Tapi kan kita udah janji? Kok kamu gini sih,
nggak percaya aku. Gara-gara teman aku bisa bikin apa-apa aja".
Bila aku dah tau yang aku tak kerja besoknya, aku berinternetlah sampai pagi, sampai waktu Mus bangun untuk pergi kerja. Catherine datang cari aku pagi tuh, "Ayuh Joe, Boss (agen kerja) mau ketemu kamu kerna tadi James telepon tanya kenapa kamu nggak masuk kerja. Dia kira aku yang suruh kamu berhenti kerja".
"Udahlah, aku udah berhenti, bukan kamu yang suruh, memang aku berhenti sendiri. Aku udah berhenti, nggak mahu lagilah aku kerja, lagi ngapain kita perlu ketemu Boss?", aku ngantuk, jawab gitu lah. "Ayuh, cepatan Joe, Boss mahu ketemu kamu kerna James ingin bicara sama kamu",kata Catherine. Selamba jer aku pergi pakai t-shirt, sempat sikat rambut jer. Pakai sandal lagi. Aku cakap simple aje, aku berhenti kerja sebab memang aku nak berhenti, tak ada pun Catherine influence aku. Buat macamana pun aku kalau dah berhenti tu, aku dah tak akan balik lagi dah. Lantaklah diaorang nak offer apa-apa.
Boss tu ajak aku ke pejabat James tapi aku tak nak, aku kata I don't see any reasons why we have to go there. Bengang jugak aku jadinya. So, confirm lah aku berhenti. On the way balik, Catherine kata yang kawan dia yang 3 orang tu tak setiakawan macam aku sebab diaorang masih lagi masuk kerja. Mana janji nak sama-sama berhenti? "Itulah orang Indo, nggak setiakawan, dulu benar-benar janji, tapi sekarang?", Catherine macam kesal gitu. Aku macam tak percaya yang diaorang tu walaupun dah lama kenal Catherine, boleh buat macam tu, ingatkan periuk nasi memasing jer.
Catherine janji yang dia akan carikan aku kerja, dia memang senang nak cari kerja sebab dia dah macam orang kanan ajen Cina Talu tuh. Tapi untuk sementara, aku terpakslah cari kerja lain dulu, takkan aku tak berusaha on my part kan? Aku contact Adji (ingat lagi tak dia ni siapa? Tak? Alah, orang Indo yang aku ajak kerja dengan aku dulu tuh, kerja kat greenhouse yang waktu malam tuh. Tak apalah kalau tak ingat, aku pun malas lah cari entry kat bawah tu yang aku ada mention nama Adji nih) sebab dia pun tak kerja masa tu.
Dia ajak aku kerja di kilang buat pasta sebab sub-agent orang Indo tu ada tawarkan dia kerja di situ.Tempatnya pun tak berapa jauh, kerja pun 8 jam aje. Aku sama Adji pun ikutlah kerja di kilang pasta tu. Ada lah 12 orang semuanya, 4 orang aje lelaki, yang selebihnya perempuan. Semuanya cantik-cantik, orang Indo pribumi. Comel-comel semuanya diaorang tu, jenis yang cantik semulajadi sampaikan aku ada tercakap kat yang paling cantik sekali. Aku kata,"Waduh, cakep (cantik) sekali kamu, nggak sering aku ketemu orang secantik kamu". Tersipu-sipulah dia. Tapi itulah, rupa aje cantik, masing-masing walaupun sudah ada suami di Indo, tapi di sini ada jugak pasang suami lain.
Ada sorang tu, dalam cantik-cantik tu, muka dia lawak sangat, tiap kali aku tengok dia aku teringat Norlia apa tah, pelawak tu. Sebijik macam muka dia. Buat lawaknya gila babi lak tu. Sampai aku dengan Adji tak kering gusi dengar lawak dia. Biasalah kan, diaorang tanya aku dah ada bini ke belum, dah ada pacar ke belum, aku biasalah dengan jawapan standard aku. "Nggak ada orang mahu saya", aku jawab gitu. "Masa? Orang seganteng kamu masa nggak punya pacar.Kok kamu terlalu memilih. Kan di sini banyak orang Indo?", dia tanya aku.
"Nggak mahulah saya cari orang Indo di sini, mereka semuanya mata duitan", aku jawab balik. "Nggak semuanya begitu, dong", ada ajalah yang defend. "Kok kamu kan mata kelabu, kerna itu nggak bisa melihat?", dia tanya aku. Memanglah, aku pakai colored kontek lens, kan?
Bosan betul kerja di kilang pasta tu, tak sesuai langsung dengan aku yang suka buat kerja-kerja yang bayak bergerak. Kerjanya masukkan pasta yang dah di pek ke dalam mesin untuk di wrap. 8 jam kerja tu rasa macam 8 tahun dibuatnya. Aku cakap dengan Adji yang aku kena cari kerja lainlah, dia pun sama, tak suka kerja di situ. Tak challenging langsung. Masuk hari ketiga kerja di situ, satu mesin proses pasta tu rosak so besoknya tak disuruh masuk kerja,
mula balik minggu depannya. Kira oklah, aku bukan suka sangat kerja di situ, kalau tak masuk kerja bolehlah jalan-jalan.
Cadangnya nak surf sampai pagi, tapi lebih kurang pukul 11 malam, Catherine talipun suruh aku kerja sama dia besok harinya. Aku kata kenapa cari aku, sebab aku dah kerja, cuma kebetulan besoknya tak masuk. Dia kata, kalau dia talipun aku, sure aku boleh tolong punya. Amboi, gitu pulak. Sebab kesian dengan dia, aku setujulah untuk kerja sama dia keesokan harinya. Jauh jugak tempat kerja tu, sejam lebih dari kota Boston, tapi seronok jugak sebab naik kereta, macam nak pergi holiday jer.
Kerja di gudang Clorox, punyalah besar tempat tu, kat Amerika ni semua benda besar-besar. Kerjanya oklah, pack, susun, re-pack, re-susun botol-botol products Clorox. Pekerja di situ pun semuanya yang jenis educated, yang jenis hormat orang, tambah lagi kalau rajin. Memang dah banyak kilang aku kerja, dah berbagai ragam manusia yang aku jumpa, tapi kat kilang Clorox tu memang tak boleh lawanlah bagusnya management diaorang. Dan buat pertama kalinya aku tak merasa sebagai kuli, aku rasa macam pekerja biasa aje, walaupun aku buat kerja-kerja kuli. Sebab tak adalah sumpah seranah, tak ada cakap yang tak beralas, kalau ada sesiapa yang nak suruh kitaorang buat itu ini, diaorang akan tunggu sampai kitaorang selesai dulu kerja kitaorang baru diaorang tanya.
Catherine suruh aku terus kerja di situ tapi aku kata tak boleh sebab aku baru jer beberapa hari kerja di pasta, tak sedap rasanya kalau aku tinggalkan macam tu aje. Takkan nak biarkan Adji kerja sendirian sama perempuan-perempuan tu. Sebab Catherine beria sangat pujuk aku, aku kata aku boleh terus kerja di situ, tapi dengan satu syarat.