Saturday, September 22, 2012

There's Something About Mira


Kadang-kadang greenhouse tempat aku kerja tu perlukan pekerja tambahan untuk weekends, jadi Tom suruh kitaorang cari sesiapa yang nak kerja. Aku suruh Hari T yang cari sebab dia kenal ramai orang. So kadang-kadang tu sampai 15 orang sekali kerja, biasanya perempuan. sebab bab-bab menanam bunga perempuan yang minat. Kitaorang tetaplah kerja memindahkan bunga, ambil order etc. 

Dalam ramai-ramai tu ada satu awek ni, Mira namanya, orang keturunan Jawa, seksinya mintak ampun. Rambutnya diwarnakan berbagai, manja tingkah lakunya. Peramah. Dia selalulah talipun aku pasal dia kalau boleh nak kerja di situ jugak, seronok. Kawan serumah aku, Freddy, orang Jakarta (keturunan Cina) syok sama Mira ni, tapi dia tak ada peluang nak mengorat. So satu hari tu aku ajaklah dua-duanya kerja. Diaorang pun tak lekanglah, kerja berdua aje. 
Lama kelamaan jadi macam orang bercinta pulak. Freddy selalu tak balik ke rumah sebab tidur di rumah Mira. 

Adalah 3 bulan kitaorang kerja di greenhouse tu sebab winter dah nak habis. Hari terakhir kerja, diaorang ajak pergi makan minum di Hooters, aku tak pergi pun sebab diaorang plan nak mabuk-mabuk. Aku kata sama Ferry yang aku kurang sihat, tak dapat join diaorang. Memang untung aku tak pergi sebab malam tu bila Ferry balik, dia termuntah-muntah sebab mabuk, semuanya mabuk. 

Mr Moun janji akan talipun lagi aku kalau ada kerja sebab dia kata aku rajin, ke mana-mana aku kerja ramai orang suka dengan aku. Tom pun kata tahun depannya dia nak Mr Moun bawak aku sama group aku tu kerja di situ lagi.Aku iyakan ajelah.Sementara menunggu kerja baru, aku rihat-rihat ajelah. Kadang-kadang keluar sama Hari T dengan Andy S, diaorang ni dah jadi member kamcing aku. Dua-duanya orang Jakarta, dua-duanya lulusan universiti di Jakarta, dua-duanya sebaya dengan aku. Jadi memang sesuailah aku berkawan dengan diaorang. Andy S dah setahun di Amerika, Hari T baru beberapa bulan. Sebab orang Jakarta, diaorang cakap dengan aku guna gua, lu, gua lu gitu. Kitaorang bertiga kadang-kadang pergi main badminton di gereja. Di dewan di gereja. Kadang-kadang sampai malam. Seronok habis aku dapat main badminton, kegemaran aku. Walaupun aku bukan orang yang minat sukan sewaktu kecil-kecil dulu, tapi badminton dengan ping pong aku boleh tahan jugaklah. 

Tak lama dalam dua tiga hari kemudian Mr Moun talipun suruh cari sesiapa yang nak kerja memetik blueberry, dia suruh cari seramai yang boleh, 50 orang ker, 100 ker. Dia ada suruh orang-orang Indo yang lain yang tolong carikan sebab aku kata aku tak kenal ramai orang. Aku sama geng-geng aku pun daftarlah ikut nak kerja, dengar ceritanya boleh dapat sampai seratus dollar sehari. Itu yang masing-masing nak sangat cuba tu. Senang ajelah nak cari orang Indo seramai itu, dengan janji boleh dapat seratus lebih kan?

Besoknya semua tunggu di satu selekoh tempat Mr Moun suruh kitaorang tunggu, memang ramai, sampai 2 buah bas sekolah. Nak tergelak aku dapat naik bas sekolah kuning tu, siapa sangka kan? Jauh jugak ladang blueberry tu, dekat sejam perjalanan. Luas betul kawasannya, adalah 5 buah bas pekerja hari tu semuanya. Orang-orang Indo disuruh kerja sama dengan orang-orang Kemboja yang memang dah selalu kerja di situ setiap musim memetik blueberry. Orang Spanish kerja di kawasan ladang yang lain. Kitaorang semua memanglah belum pernah tengok buah bluberry kan? Apa lagi, masing-masing cuba rasa. Tak sedap langsung, kecil aje buahnya. Pokoknya setinggi kitaorang, rimbun-rimbun lagi. Setiap orang disuruh mengerjakan satu line pokok, petik buah-buah yang dah masak, masukkan dalam bakul yang digantung di pinggang. Bila dah penuh, bakul tu di bawak ke lori untuk diperiksa. Satu bakul penuh dibayar $3-50. 

Kitaorang kerjalah, petik punya petik, kan buah tu kecil, bakul tak penuh-penuh jugak. Kitaorang tengok, orang-orang Kemboja, bakul tak berapa penuh lagi dah ganti bakul baru. Aku langsung tak henti kerja masa break, aku terus kerja sebab dah 3 jam kerja sebakul pun tak dapat.Lebih baik kerja kilang, kurang-kurangnya 3 jam dah boleh dapat $18, ini, 3 jam belum dapat apa-apa. Bila dah agak penuh, baru bakul tu kitaorang bawak ke lori, yang handle bahagian tu, orang Spanish. 

Semua hasil kitaorang direject sebab dia kata tak penuh, buah yang muda pun dipetik. Macam-macamlah. Benganglah masing-masing sebab nak sepenuh macamana lagi ,memang penuh. Yang orang Kemboja tu langsung tak dikomplen. Jadi semua orang-orang Indo sepakat tak nak kerja, nak suruh hantar balik aje. Mr Moun kata, tak boleh, kalau nak balik, balik sendiri. Terpaksalah diaorang kerja balik, tapi setakat nak habiskan waktu ajelah. Rupanya, orang Spanish tu macam takut dengan orang Kemboja pasal diaorang dah lama kerja di situ, itu yang buah yang dipetik walaupun sikit aje dah diterima. Tapi sebab dia tau yang orang Indonesia semuanya baru-baru, itu yang dia berani buat macam tu.

Seharian kerja petik buah, aku dapatlah 5 bakul, belum pernah aku kerja setekun itu, hasilnya 5 bakul aje. Yang lain (orang Indo) tak lebih dari 3 bakul, 
Hari T dapat 2, Andy S dapat 3. Orang Kemboja yang paling banyak, sorang tu dapat 15 bakul. Masing-masing tanyalah Mr Moun, mana janjinya dapat seratus lebih tu? Mr Moun kata, buah belum begitu masak, kalau semua masak, senang dipetik, boleh dapat banyak. Masing-masing dah tak nak datang kerja lagi dah besoknya. Sebab aku kesian sama Mr Moun, lagipun dia beria betul suruh aku kerja, aku pun kerja lagilah di situ sementara tunggu kalau ada kerja yang lain.

Akhirnya tinggal aku sorang jer orang Indo, yang lainnya semua orang Kemboja dengan Spanish. Adalah seminggu aku kerja di situ, peningkatan adalah, tapi tak pernah lebih dari 10 bakul sehari.  Hari T sama Andy S ajak aku kerja di kilang buat sausage, tak jauh dari kawasan kitaorang tinggal. Ya ampun, sejuk gila kerja kat kilang tu, itupun dah pakai jaket dengan seragam kerja putihnya sekali. Menggigil-gigil aku sepanjang waktu kerja, ada 8 orang Indo, 4 lelaki 4 perempuan. Aku disuruh kerja bahagian packing, Hari T sama Andy S bahagian buat sausage. Semua tak suka kerja di situ pasal orangnya sombong, garang dan tak sopan. Yang perempuan pun sama, masing-masing dah tua, tapi bab mencarutnya nombor satu. Semuanya jenis yang tak ada education. Tapi nak buat macamana, teruskan jugak kerja sementara tunggu dan cari kerja lain yang lebih bagus. 

Suatu hari Mira sama kawan dia ajak Freddy keluar makan, Freddy ajak aku sekali. Aku ikut ajelah, diaorang itulah, berpeluk-peluk, bersuap-suap. Meluat aku, tapi aku baik dengan Freddy. Si Mira ajak Freddy pindah rumah baru, diaorang ajak aku. Macam-macamlah pujuk aku, kata aku di rumah Cik Ina tak boleh nak berinternet, tak pernah masak, lagipun kat situ terlalu ramai. Macam-macamlah. Kalau pindah nanti Mira nak isikan rumah tu paling ramai pun 6 orang, sebilik berdua. Dan ada line talipun masing-masing. Mana tak tergoda aku dibuatnya. Yanto pun kata lebih baik aku pindah ke tempat yang lagi bagus.Mira pulak, aku tengok macam bagus jugak orangnya, kecuali bab manja-manja tu. Dia kata dia ada computer, duit pun banyak, ada itu ada ini. Ini sure sekepala dengan aku ni, kata aku dalam hati bila Mira kata dia suka internet.