Sebenarnya memang aku ada plan untuk cerita "what was in my head, what was on my mind, what was I thinking, family-wise.Tapi belum ada masa yang sesuai. No, sebenarnya aku tak tahu macamana nak ceritakan apa yang aku fikir. Sebab aku tak nak dibuai perasaan, biarlah aku pendamkan perasan aku, aku tak nak macam menagih simpati orang pulak nanti kalau aku cerita.
Tapi kalau aku tak ceritakan apa-apa tentang perasaan aku, even sedikit, pasti orang akan kata aku ni zalim, hati batu, pasti ada yang buat andaian sendiri. Aku ada selitkan sikit-sikit dalam blog entries yang lepas-lepas tapi mungkin tak ada yang perasan. Aku tak kisah langsung ada yang nak perasan atau tidak, we don't even know each other to begin with.
Aku tak pandai menulis sebenarnya,apa yang aku tulis ni hanyalah events penting yang berlaku dalam hidup aku, that makes me, me. Kat blog ni aku tulis and post, tulis and post , tak ada aku simpan thoughts dulu then baru tulis. Aku ingat semua yang berlaku pada diri aku dan melalui pengalaman aku dan pemerhatian aku, agak senang jugaklah bagi aku untuk menulis apa yang tersirat dalam hati aku.
Tapi aku tulis blog ni pun untuk aku sendiri, untuk aku cari pengajaran, untuk aku buat panduan. And at the same untuk aku menilai diri aku sendiri.
Aku tahu yang blog ni ada orang baca dan it's my responsibilty to make them understand. Tapi itulah kan,macam apa yang aku kata tadi, aku tulis ni macam on the spot gitu, aku bukan penulis. And most importantly, ini bukan buku cerita.
Aku tahu, lambat laun pasti akan ada missing links. Ataupun, kalaulah cerita aku ni menarik sangat (?) sure ada yang akan tanya things like, habis, sekarang ko buat apa? Ko tak takut ker? Balik M'sia jer lah kalau susah-susah di Amerika. Ko tak talipun keluarga ko ker? Questions like that.
Soalan-soalan yang aku pernah tanya diri aku sendiri.
I only have one word pada sesiapa yang email aku tanya benda-benda macam tu. Sabar. Aku akan ceritakan semuanya nanti, aku sendiri pun tak tahu how far I can push myself, aku pun tak tau sejauh mana terbangnya Bangla bangau sekor nih. InsyaAllah aku akan tulis semuanyai tu nanti.
As for now, aku cerita sesikit sini nih....
Sebenarnya, masa tu, I cut ties with all things Malaysian. Dalam kedaan aku begitu, buat apa aku menebalkan muka aku minta tolong, minta simpati dari orang-orang di Malaysia, atau Malaysians di sini. Biarlah aku dengan masalah aku sendiri, aku cuba selesaikan dengan cara aku sendiri.
Aku cuba untuk tak mengingatkan apa-apa tentang Malaysia. Kejam ker aku sampai lupa keluarga, lupa adik beradik, lupa saudara, lupa kawan?.
Tak.
Aku tak cerita pun kat blog aku nih, aku tak sentuh pun pasal benda-benda tu. Tapi sebenarnya, sebagai human being, sebagai seorang anak yang agak menjadi dulunya, aku ada ingat benda-benda tu. Silap aku aje, aku tak tulis benda-benda tu kat blog ni. Belum ada masa sesuai lagi, kot.
Aku tak cerita pun yang aku selalu keluar airmata mengingatkan keluarga aku. Aku tak cerita pun yang aku tak tahan dengan kehidupan aku yang terpaksa buat kerja-kerja kuli. Aku tak cerita pun yang aku selalu fikir, macamana kalau keluarga aku tahu betapa susahnya aku. Aku tak cerita pun, macamana aku cuba untuk tidak mengingatkan benda-benda tu, kalau aku teringat keluarga, aku cepat-cepat "tukar tajuk" sebab aku tak sanggup fikir yang keluarga aku akan susah hati kalau tahu cerita aku.
Aku tak cerita pun yang disebabkan aku selalu tak melayan otak aku dari fikir pasal keluarga aku, aku selalu bermimpi buruk, mimpi sedih.
Aku tak cerita pun yang aku selalu terbangun waktu malam, pasal aku menangis dalam mimpi. Aku tak cerita pun yang aku pernah mimpi aku bunuh my whole family. Aku tak cerita pun yang aku even sekarang pun masih selalu mimpi yang sedih-sedih. Sampai aku terisak-isak menangis. Aku tak cerita pun yang wet dreams aku lain dari wet dreams orang lain.Wet dreams aku datangnya dari nightmares, bukannya dari mimpi sedap.
Aku tak cerita pun yang aku tak nak fikir semua tu sebab itu akan melemahkan semangat aku untuk bangun kembali dalam keadaan yang langsung tak punya apa-apa. Even hope. Aku tak cerita pun yang aku selalu teringat mak aku. Aku tak cerita pun niat aku yang kalau Allah izinkan aku jumpa mak aku, aku nak cium kaki mak aku, sebab aku tahu, pasti mak aku akan meraung-raung bila dengar cerita yang anaknya hidup menderita. [B]Aku tak cerita pun[/B] yang aku selalu fikir mak aku doakan aku supaya aku selamat, dan hanya itulah yang memberi aku sedikit semangat.
Aku tak cerita pun itu semua.
(Fast forward nih, aku tulis harinih 18/9/2012: First time jumpa mak aku masa aku balik Malaysia dulu, aku cium telapak kaki mak aku. Sekarang pun kalau balik kampung, aku tetap akan buat the same thing, cium kaki mak aku)
-------------------------------------------------
Betul jugaklah apa yang aku fikir, ada terfikir dalam otak aku kadang-kadang tu, aku pasti ada yang akan tertanya-tanya tentang keluarga aku.Memang aku nak cerita semua tu cuma aku tak tahu bagaimana. Actually benda tu yang paling menyedihkan aku, kalau aku ingatkan even a small thing about my family, airmata aku akan berjujuran. Itu sebabnya aku selalu tukar tajuk tu, baru aje nak teringat family, aku terus tukar ke benda-benda lain.
For almost 2 years aku buat begitu, kalau aku tak buat begitu aku sure aku tak boleh even bangkit walau sedikit pun. Thanks to the internet aku dapat berhubung dengan keluarga aku. Aku akan ceritakan tu semua nanti dalam entry "[B]O Brother Where Are Thou?[/B]" .Aku ni biasalah kan, tulis title jer dulu, isinya tah ke mana-mana.
Aku, Dulu Dan Sekarang.
Dah 2 tahun lebih aku di Amerika, dah nak masuk 3 pun. Aku dah kenal diri aku sesikit, aku dah boleh terima hakikat yang arus kehidupan aku memang begini. Dari kecil lagi aku nak merantau sana sini, so it's only fair kalau aku diuji dengan benda-benda gini kan? Kalau ini balasan Tuhan pun aku terima ajelah.
Balasan Tuhan, ujian Tuhan, aku tak tahu yang mana satu tapi aku rasa aku more to "balasan Tuhan". Tapi itu aku tak tahu, Tuhan aje yang tahu.
Aku teringat masa aku berjumpa kawan satu apartment Hadi sewaktu aku pergi makan kat restoran yang ada bilik sembahyang di basementnya tuh, satu hari masa aku turun New York pasal nak jumpa Hadi yang waktu tu dah nak balik Indo untuk sementara. Kawan Hadi tu tanya aku, apa rencana (rancangan aku) , tak ada hajat ker nak balik Malaysia? Aku kata, aku tak ada niat pun nak balik untuk waktu terdekat, tak ada duit, memang aku boleh kumpul sesikit untuk beli ticket tapi setakat itu ajelah kan. Kat Malaysia nanti nak buat apa? Taknaklah aku menyusahkan orang, aku tak pernah menyusahkan orang. Puas pulak nanti ada yang terpaksa mendukung bangla biawak hidup. Menyusahkan diri sendiri memang selalu, menyusahkan orang langsung tak terlintas di kepala aku.
Dia kata, sabar ajelah, ini dugaan Tuhan. Aku katalah yang aku tak anggap itu semua sebagai dugaan, aku rasa itu balasan Tuhan. "Sampai kapan Tuhan mahu duga aku? Pasti ini balasanNya, masa (tak kan) aku mahu diduga terus-terusan", aku kata macam tu. Dia gelak habis.
Kalau dulu aku tak boleh terima hakikat yang aku terpaksa tinggal secara haram di Amerika, tapi sekarang aku boleh terima hakikat tu. Berjuta orang yang macam aku di Amerika ni, diaorang lagi susah, lagi hebat. Macam aku cakap dulu tu, kalau diaorang ada blog, tak ada siapa yang akan baca mine pasal mine's nothing compared to diaorang punya.
Kalau dulu aku tak sanggup untuk buat kerja-kerja kuli, kerja-kerja yang terpaksa menggunakan kederat pasal aku tak biasa, aku western educated punya orang, jatuhlah standard aku buat benda-benda gitu. Aku biasanya pegang pen, guna komputer, guna calculator. Tapi sekarang aku cool aje, suruhlah buat apa-apa pun, aku buat jauh lebih baik dari orang lain.
Kalau dulu aku waktu di Malaysia, aku tak ada masalah sangat. Kalau ada pun setakat "tengahari kang nak makan apa? Nak makan kat restoran mana?" Kadang-kadang tu sampai ke tahap aku ada masalah, sebab aku tak ada masalah, tak ada apa nak fikir". Tapi sekarang aku hidup dalam masalah sampaikan aku tak nak fikir, sebab aku ada berbagai masalah.
Kalau dulu aku waktu di Malaysia, pakai branded items, jam Pierre Balmain, baju Pierre Balmain, slacks Pierre Balmain, imported shoes, socks, underware nama orang, pakai cologne mahal mengalahkan pondan lagi. Tapi sekarang aku pakai t-shirt Fruit Of The Looms aje, $5 dapat 3 helai, 3 colors lagi. Baju, jeans, masih pakai barang branded though, tapi yang branded perbuatan Mexico lah kan :-)
Kalau dulu aku banyak duit, tapi sekarang aku tak ada duit.
Kalau dulu aku punya wallet penuh dengan credit cards, tapi sekarang aku punya wallet nipis aje, aku ada satu kad aje, kad library.
Kalau dulu aku ada banyak kunci, kunci rumah, kunci gate, kunci bilik, kunci mail box, kunci locker, kunci itu kunci ini. Tapi sekarang aku ada satu kunci aje, kunci rumah, itupun tak ada key-chain.
Kalau dulu aku bawak Honda Civic, tapi sekarang aku guna public transport aje. Itu memang padan dengan muka aku sebab kat Malaysia dulu aku malu nak naik bas.
Kalau dulu aku tak pernah makan mee segera, tapi sekarang aku macam orang Indo yang lain, kalau sekali beli mee segera,beli sekotak. Walaupun aku makan dua tiga aje, selebihnya dimakan anak-anak Yanti. (Hints: pay attention to this name Yanti, janda yang lari dari suami dia di Indo, yang kawin sama Will yang masuk Islam tu. Banyak ceritanya.....)
Kalau dulu aku langsung tak kisah dengan orang Indo yang kerja secara haram di Malaysia, tapi sekarang aku respect diaorang. Walaupun kadang-kadang tu aku menyampah dengan cara diaorang, tapi apa boleh buat.
Kalau dulu aku pelik sangat apa pasal orag yang dah tua-tua ikut sama kerja sedangkan diaorang kat Indo sana ada rumah besar, ada business, ada berbagainya. Bukannya buat kerja sangat, semuanya suruh orang. Tapi sekarang aku selalu tolong diaorang, tak kiralah Mak Lampir ke, siapa ke, sebab aku rasa macam tolong mak bapak aku aje. Kalau aku tengok diaorang, aku selalu bayangkan mak dengan bapak aku, jadi aku buat kerja cepat-cepat, tolong diaorang sebab aku tak sanggup tengok "mak bapak" aku jadi kuli. Dan kalau aku jadi anak diaorang aku tak akan benarkan diaorang ke Amerika buat kerja-kerja kuli gitu. Tapi itulah kan, aku tak tahu kisah hidup diaorang so aku buat andaian sendiri.
Kalau dulu aku selalu tertanya-tanya macamana hidup aku waktu tua nanti, tapi sekarang aku masih tertanya-tanya jugak lagi. Sebab aku belum tua sangat lagi.
Kalau dulu aku knew nothing about Options, pasal investing makting nih, tapi sekarang aku tunggu nak strike it big aje.
Kalau dulu aku suka berangan-angan, tapi sekarang aku masih lagi angan-angan, so statement kat atas tu abaikan ajelah.
Kalau dulu aku tak boleh duduk sama orang-orang Indo pasal cara hidup diaorang terlalu bebas, terlalu mengerikan bagi aku yang walaupun sudah ke sana sini tapi masih maintain kekampungannya, masih berpegang dengan ugama, masih ingat adab sopan. Tapi sekarang aku dah boleh tidur sebantal dengan orang Indo, tidur seranjang (macam kotor jer bunyinyer kan) sama sesiapa aje, orang pribumi ker, orang Cina ker, batak ker. Sesiapa aje. Dan aku tetap maintain kekampungan aku, masih berpegang dengan ugama, masih ingat adab sopan. Tapi kekampungan aku, ugama aku, adab sopan aku, I have to admit, sudah agak tercalit.
Kalau dulu aku tak ada tempat nak ceritakan kisah aku ni sebab kalau aku cerita sama orang-orang Indo yang rapat dengan aku, dengan Mus, dengan David, sama Haryanto, diaorang tak faham. Dikutuknya aku, kata aku bodoh. Diaorang tak akan faham, sebab bagi diaorang, datang tinggal di Amerika kerja secara haram tu biasalah. Tapi sekarang aku ada blog, aku ada tempat nak ceritakan kisah aku. Dan aku tahu ada readers yang baca cerita ini, yang baca dari awal, yang baca semuanya. Aku respect diaorang nih, aku rasa close to them sebab they know me more than my parents do.