Hari kedua aku kerja, hari Jumaat, semakin parah jadinya. Kalau kerja restoran, weekends lah yang paling sibuk. Kalau kerja di fast food atau kerja di restoran yang bergaji tetap, memang tak seronok. Tapi kalau kerja sebagai Waiter, weekends lah yang ditunggu-tunggu.
Aku letih jugak sebenarnya sebab semalamnya dah lah kerja 14 jam, aku balik ke apartment, budak Cina sama dengan that Bulgarian guy masih di situ. And for the second time aku tidur di lantai jugak lagi.
Sejak awal-awal pagi lagi dah berpusu-pusu orang yang datang, aku boleh handle kalau setakat diaorang nak makan makanan yang ada kat meja display. Tapi kalau makanan yang diaorang order khas, yang itu aku tak reti nya. Buang masa jer. Diaorang ni tak fikir agaknya, mengada-ngada gamaknya.nPatutnya tahulah, kalau dah sibuk tu, kalau dah panjang dan ramai orang beratur, order aje lah makanan yang ada depan mata
"Tak payah nak banyak songeh nak tunjukkan yang ko tu terrer pasal makanan Thai dengan mengorder bebenda pelik-pelik. Aku tahu ko tu banyak duit, aku tahu ko tu dah pernah ke Siam, aku tahu ko tu suka makanan Thai. Tak payah nak tunjuk lah. Ko nak menyusahkan kitaorang jer, ko b-odoh, ko tak ada hati perut, ko ingat semua yang kerja di situ, ada share kat restoran tu tuh. Silap tu, kitaorang kuli batak jer. Sampai hati ko menyusahkan orang. Tapi itulah, ko orang senang, kitaorang orang susah. Ko orang di dalam terang, kitaorang dalam kegelapan. Orang di tempat terang mana boleh nampak orang yang di tempat gelap. Tapi kitaorang di tempat gelap, boleh nampak orang di tempat terang"
"Yo, ko Bangla. Ko patut nya sedar lah diri ko tu sikit. Ko kuli, buat lah cara kuli, pikir pun kena pikir cara kuli. Ko jangan cuba nak pikir ikut cara kitaorang pikir. Itu lah silap nyer ko, ko tak sadar diri. Ko angkuh, ko sombong. Aku tak kata ko ego. Tak. Tapi aku kata ko b-angang. Kalau ko nak senang, ko buat usaha lain, sampai bila ko nak buat bebenda gini nih? Kalau ko rasa ko tu bagus sangat, ko buatlah benda-benda yang ko rasa setaraf ngan ko. Dan orang tak akan pikir, ko tak akan pikir pun benda bebukan. Ko tak akan dapat menyelam pemikiran orang, ko akan tak ada masa pon nak pikir apa yang orang akan pikir. Memanglah keadaan ko sekarang, ko akan pikir bebenda yang bebukan, tapi cuba ko pikir balik, ko pernah kan, duduk dalam terang? Ada ko pikir keadaan orang dalam gelap?
Dah lah tuh, cepat sikit, aku nak makan nih!"
-------------------------------
Mamat yang sombong tuh ada tiga empat kali buat aku jadi marah, aku simpan jer, sebab ramai orang. Bini Tony pun sama. Ada sekali tuh, aku dah geram sangat, aku kata kat dia, kalau dia rasa aku tak reti buat kerja, kalau dia rasa perlu cakap kasar dengan aku, cari orang lain ajelah ganti aku. Aku tak suka dilayan macam orang hina sangat. Terus makcik tu buat muka kesian, dia kata, memang cara dia cakap memang gitu, kasar. Dan disebabkan English dia tak bagus, itu yang buat nampak macam dia berkasar. Legalah jugak aku mendengarnya. At least dia tahu yang aku tak berapa suka dilayan begitu.
Dengan Cindy yang kerja di bahagian masakan barat tu ada jugak aku sembang, aku adalah cerita dengan dia sesikit macamana that guy (aku tak tahu apa pertalian kekeluargaan diaorang berdua tapi Cindy tak berapa suka jugak dengan mamat sorang tuh) treats aku. Dia kata mamat tu memang gitu perangainya, tak ada siapa di situ yang suka dengan dia. Semua orang yang pernah kerja di situ, berhenti pun disebabkan mamat sorang tuh.
Aku katalah yang aku mungkin akan berhenti jugak kalau mamat tu berterusan gayanya begitu. Cindy gelak jer kat aku, dia kata aku sepatutnya lawan, beritahu mamat tu yang aku tak suka dilayan cara kasar. "Dont be so chicken lah", kata dia. Laaa, bukannya tak melawan sebab aku takut, tapi aku kadar diri aku yang baru kerja di situ. Lagipun, diaorang semua satu keluarga, aku aje orang luar. Sure tak menang nya lah aku. Cindy suruh aku tenang aje, dia kata, "take it easy".
Itulah aku, dengan perempuanlah aku berani bersuara. Dengan bini Tony. Dengan Cindy. Tak malu ker aku nih, nak confide pun kena cari perempuan?.
Malam tu, masa aku nak makan, yang hanyalah dalam sesepuluh minit, aku dapat sembang sekejap dengan AhSo orang Malaysia yang kerja di restoran di sebelah tu. Dia boleh tahan lah cakap Melayu nyer. Tapi macam biasalah, macam Chinese (Malaysians) yang lain, secretive sangat, bila aku tanya status dia tinggal di Amerika, dia kata dia tak nak jawab. Tapi aku tahu, dia pun macam aku jugak, tinggal secara haram di Amerika, walaupun datangnya secara halal.
Lenguh seluruh anggota badan aku waktu balik jalan kaki ke apartment, macamana pun aku lepak jugaklah depan Hard Rock Cafe, walaupun waktu dah dekat 3 pagi. Macam NYC jugak jadinya Baltimore tuh kalau weekends, sampai pagi dipenuhi orang. Aku fikir, alangkah seronoknya kalau boleh lepak gitu memanjang, waithout having to work long hours macam apa yang aku kena buat. Terus tidur aje lah aku bila sampai di apartment, mamat dua orang tuh masih ada di situ, tiap hari janji nak keluar cari bilik sewa yang baru tapi tak dapat-dapat. Aku ada beritahu Tony sebenarnya pasal mamat dua orang tu masih di situ, tapi Tony sibuk nak uruskan restoran dia yang lagi satu, so dia tak ada masa. Dia pulak suruh aku halau mamat berdua tu tuh. Takkan aku seteruk itu nak halau orang.
Sabtu, rasa malas yang amat sangat nak bangun pergi kerja. Waktu jalan ke restoran tu aku dah boleh agak yang sibuk nya akan lebih hebat dari semalamnya. Memang betul pun, bertali arus orang yang datang makan. Bukanlah makanan di restoran tu sedap sangat, tapi aku tengok, di semua tempat, dipenuhi orang. Berbaris sampai dua tiga lines. Tak kuasa aku nak memikirkan sangat pasal bebenda lain, dalam otak aku fikir, aku tak akan dapat lama kerja di situ tuh, what with mamat sorang tu yang selalu jer marah aku. Depan orang ramai. Ditengking-tengking nya aku.
The same thing jugaklah hari Ahad, tenaga aku dah agak kurang pasal tak cukup tidur, bengang lagi, sibuk pulak tu. Itu yang bila si mamat tu tepis tangan aku berkali-kali sebab aku ada kasi sample makanan kat one guy yang mintak nak taste daging tu sebelum dia decide apa yang nak diorder, aku jadi marah lah.
This is it, kata aku dalam hati. Aku kena blah dari sini nih. Aku tak boleh tunggu lama-lama, teruk nanti aku makan hati. Aku jeling jer mamat tuh, aku pandang dia, pandang marah. Aku dah tak peduli dah orang yang berbaris nak makan. Lantaklah.Terkejut agaknya mamat tu tengok aku pandang dia semacam jer. Terus dia buat-buat sibuk melayan orang. Aku ke dapur, aku kata kat Tony yang kebetulan ada di restoran tu waktu itu, yang aku nak berhenti pasal aku tak suka kerja di situ. Dia tanya aku kenapa, aku katalah yang mamat sorang tu punya hal. Dia kata, jangan dipedulikan mamat tu, Tony suruh aku ke bahagian counter di tempat Cindy kerja, tolong dia di situ sebab dia sedang sibuk. Aku kata, aku tak boleh nak kerja lama-lama kat situ.
Aku dah buat keputusan nak berhenti, aku tetap akan berhenti. Dia suruh aku bawak bertenang, aku gelak jer lah. Aku kata, memang aku tenang, keputusan yang aku buat tu bukannya sebab aku marah, tapi aku tahu, sooner or later aku akan berhenti punyalah. Aku memang tak suka mamat sorang tuh, dan kalau aku terus kerja di restoran tu, aku akan rasa tak sedap hati sebab dia akan tahu yang aku tak suka dia.
Aku kata, suruhlah buat apa pun aku akan buat, tapi aku nak jugak ada peace of mind nyer. Kalau kerja sama dengan mamat tuh, aku tak senang duduk dibuatnya, ada saja yang tak kena nyer. Ditepis-tepis nyer aku.Tony tetap berdegil suruh aku ke tempat Cindy, dia kata, dia tahu yang aku dah cuba sedaya upaya aku, dia suka aku, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk aku berhenti. Kesian aku kat Tony, aku kata, ok lah, aku akan kerja sekejap sementara orang ramai. Tapi aku akan tetap berhenti. So aku bantulah Cindy mana yang patut. Aku kata kat dia yang aku akan berhenti, petang tu jugak. Dia suruh aku bertahan aje, dia kata jangan dipedulikan mamat tuh, dia beritahu biny Tony pasal niat aku nak berhenti. Bini Tony senyap jer, dia pandang jer kat aku.
Mamat tu buat-buat tak pandang aku. Aku terus rasa tak aman aje kerja kat situ dah. Bila tak sibuk, aku terus keluar. Sempat aku kata kat Cindy yang aku akan pergi. "When?", Cindy tanya aku. "Now", aku jawab. Aku keluar dari restoran tuh, aku terus jalan balik ke apartment. Rasa nak join orang ramai yang tengah bersuka ria kat depan museum, kat depan Hard Rock Cafe, tapi aku terpaksa balik untuk kemas barang.
Selepas mengemas barang yang tak sebanyak mana tuh pasal barang aku tak dikeluarkan dari beg pun, aku cari teksi. Terus suruh hantar aku ke Greyhound Station. Masa tu aku lapar yang teramat, mesin jual snacks kat restoran tu rosak pulak. Dah lah station tu kat ceruk bandar, aku nak keluar cari benda makan pun, aku ada bawak 2 beg. Minum air kat toilet jer lah jadinya.
Dekat 3 jam baru lah ada bas ke NYC. Aku tidur jer dalam perjalanan sebab kepala aku pening yang tersangat-sangat. Aku tak fikir pun pasal gaji aku kerja selama 4 hari di restoran Tony tuh. Biarlah, halalkan ajelah, aku rugi pun rugi lah, asalkan aku dah tak kerja di situ lagi.
Sampai di New York dah pukul 5,sempat aku talipun Makcik Jenny kata yang aku dah tak kerja di situ lagi. Dia marah aku pasal tak ambil gaji aku dulu sebelum berhenti. "Dua latus ampat puluh woi, sapa mahu kasi?". Betul jugak kata Makcik Jenny tuh, tak apa lah, tapi aku tak lah rasa rugi sangat sebab aku cuma kerja 4 hari aje di situ.
Terus aku ambil bas ke Boston, bas Cina, agak kurang dah sakit kepala aku, aku sempat makan di satu Malaysian restoran masa di NYC, makan nasi sayur kangkung belacan.
Sampai Boston dah tengah malam, Yanti belum tidur pasal diaorang tengah kemas barang. "Kok muka kamu pucat, kenapa sih?", dia terkejut tengok aku lemah jer seret beg aku naik tangga ke bilik.
"Aku sakitlah", aku tipu dia, buat muka sedih, buat macam tak ada tenaga gitu. Rupanya Yanti sekeluarga tengah bersiap untuk ke Cleveland, Ohio, pasal sepupu dia nak kawin. Lepas tu diaorang nak ke California, ke rumah bapak saudara dia yang ada business di sana.
"Ayuh Joe, kita ke sana aja, coba nasib di sana. Rame-rame lebih enak", kata dia bila dia tahu yang aku memang tak nak ikut pun dia merentas Amerika.
"Aku takut lah Yanti, kamu lihat, aku udah ke sana sini, nggak ke mananya, masih lagi seperti dulu", aku kata balik.
"Kok kamu, aku yang nggak punya uang masih berani, kamu yang punya uang nggak berani, gimana sih? Kita coba aja, kalo nggak betah, kita pulang ke sini, lagipun, aku nggak mahu lama di sana, sekadar 4 lima bulan aja. Ayuh, tenangkan fikiran kamu di sono", panjang hujahnya.
Tak tahu macamana, aku setuju nak ikut keluarga diaorang ke Cleveland, Ohio. Tapi dengan syarat, kalau Mus nak pergi, aku ikut. Kalau Mus tak nak pergi, then aku tak jadi.
So besoknya aku ke rumah Mus, puas jugak memujuk Mus untuk ikut kitaorang pergi ke California (via Cleveland). Dia setuju akhirnya, entah apa ayat aku pakai pun aku lupa, sebab Mus ni selalu percaya cakap aku, tambah-tambah kalau aku serius. Adalah beberapa hari waktu kitaorang bersiap-siap, rumah tu akan ditinggalkan kosong untuk sementara, cancelkan semua subscriptions, bayar itu, bayar ini. Aku selamba aje, tak ada apa pun yang perlu diuruskan, takat sediakan duit jer. Just
incase.
Hari Khamis tu berangkatlah aku, Mus, Yanti sekeluarga ke Cleveland. Will yang drive. Destinasi terakhir, El Segundo, California.