Saturday, September 22, 2012

Boys Of Summer


Daripada berat mengusung beg-beg aku turun naik subway untuk ke Chinatown, aku beli ticket bas Greyhound aje untuk ke Boston. Walaupun tambangnya double,compared to kalau aku naik bas Cina. Tak apalah, $20 aje. Aku tidur aje lah di sepanjang perjalanan ke Boston. Dari stesyen bas, aku ambil cab aje untuk ke rumah. Andre yang sebilik dengan aku (yang selalu buat phone-sex dulu tu lah) sebenarnya sudah seminggu di South Carolina, kerja restoran jugak. Tapi, Yanti kata yang Andre ada talipun, kata yang dia akan balik in a few days pasal tak tahan kerja di sana. Sepanjang aku di Florida, duit sewa rumah aku tetap jalan. Duit hutang yanti tuh.


Besoknya aku sembang aje dengan Yanti, kebetulan dia cuti. Dia kerja di satu klinik urut refleksoloji di Chinatown. Bagus dengar cerita dia tuh, actually, dari dulu lagi, ke mana-mana dia kerja, semua cerita yang bagus-bagus jer. Macam aku jugak lah kan? Semua orang suka dengan dia, dia kerjanya hebat. dia pandai itu ini. Will dah tiga bulan tak kerja, itu yang buat Yanti tensyen sikit tuh. Asyik dok main games aje kerjanya. Dan minum. Ara kerja tapi duitnya habis untuk diri sendiri jer, dia ada pakwe orang Puerto Rico yang ada anak dua. 

Yanti ada ajak aku ikut dia pindah ke California sebab dia ada bapa saudara yang jadi businessman yang berjaya di sana. Aku kata aku tak berani nak pergi jauh-jauh, aku tak nak sangat dengar cakap orang, kalau tak jadi, aku yang susah. Gila ko, california nun di seberang sana. 

Dia tanya aku, apa plan aku, samada nak cari kerja kilang atau nak kerja restoran lagi. Aku kata yang aku nak relax aje lah dulu. Tak tahu selama mana. Yer lah kan, duit berkepok masa tuh.

Dalam seseminggu tu, bersantai aje lah aku, pergi library, lepak kat cyber cafe, tengok wayang. Aku pergi jugak secret garden aku dulu tuh, tapi dah tak ada dah muka-muka yang familiar. Aku kirim duit $ ke malaysia, dan aku masukkan $ dalam Options account aku. Bengang jugak sebab dah lama betul tak buat benda-benda Options, sepatutnya duit account tu bertambah dengan hasil untung trading activities, tapi bertambah sebab aku masukkan duit sendiri. Tak apalah, walaupun sikit, tapi ada juga penambahan dalam account aku tuh. Dan duit tu memang aku tak nak sentuh pun. Terdesak macamana pun, sengkek macamana pun, biarlah aku peram duit tu kat situ. Bukannya banyak, ada lima ribu lebih jer. Tak tahu lah bila lagi aku dapat tambah kan duit tu, setakat banyak tu, tak dapat nak dijadikan ibut duit untuk buat Options. 

Weekends aku ke NYC, naik bas Cina aje, saja jalan-jalan sebab NYC kalau musim summer ramai orang, banyak activities. Kadangnya aku tidur di hotel murahan di Chinatown, $15 semalam. Memanglah tempatnya mengerikan, tapi takat untuk melelapkan mata tu tak apa halnya. Pernah jugak aku pergi NYC dengan Mus, dengan Adji, pasal diaorang nak sangat tengok Statue of Liberty. Bagi orang Indo, kalau ke Amerika, 2 tempat yang tak boleh diaorang miss. Patung Liberty dengan Niagara Fall. Diaorang tak kisah sangat pasal Times Square, Empire States Building, Fifth Avenue, Rockerfellar Center, places like that. 

Dah bawak diaorang tengok Statue of Liberty, diaorang nak lepak kat Chinatown aje. Bagi aku, Chinatown lah tempat yang nak dielakkan, kalau boleh. Takat untuk makan kat Malaysian Restaurant, dan tunggu bas balik ke Boston tu ok lah. 

Ada juga aku ikut kawan Mus, kawan Adji, pergi Atlantic City, pergi a few bandar-bandar lain tapi tak seronok sangat pasal pergi sama diaorang naik van, sampai kat satu tempat tuh, lama sangat jalan sana sini. Masuk semua kedai, tapi tak beli apa pun. Aku, kalau masuk kedai, aku nak beli barang, kalau tak nak beli, aku tak masuk. Kesian dengan tokey kedai. Dan kalau termasuk kedai, aku sure akan terbeli something. At least untuk jaga hati tokey. 

Aku ada pesan dengan Makcik Jenny kalau ada kerja-kerja waiter di buffet restaurant yang dekat-dekat, talipun aku. Dia ada suruh aku ke Alabama, ke Tennessee, tapi aku tak nak, jauh. Sekali tu dia ada tinggalkan pesan pasal ada satu kerja waiter di Long Island, New York. So besoknya aku turun NYC, dah 3 minggu aku melepak, sudah tiba masanya aku kerja semula. Makcik Jenny kata restoran tu perlukan waiter untuk minggu depannya so aku setujulah, terus bayar duit service etc. Tengah lepak kat tempat makcik Jenny tuh, ada one Indon guy tanya aku. Aku kata memang aku duduk di Boston. Dia kata dia baru berhenti kerja restoran, baru turun dari Ohio, dan dia dapat kerja di Hartford, Connecticut. Tapi minggu depan nya jugak. Dia tanya aku kalau dia boleh ikut aku balik ke Boston. Aku kata ok jer. So, malam tu aku naik bas Cina balik ke Boston sama Henri. Aku ajak dia tidur di bilik aku aje, kalau Yanti tak setuju, aku nak bayar aje lah $5 semalam, sure Yanti akan setuju. 

Dalam sembang-sembang tuh, Henri katalah yang dia pernah kerja di restoran di tempat aku akan kerja tuh. Teruk tempatnya, bosnya garang, perempuan pulak tuh. Tak ada gaji, harapkan duit tips aje. Henri nasihatkan aku supaya jangan kerja di situ, tak apalah rugi duit yang aku dah bayar kat Makcik Jenny tuh. Daripada aku makan hati dibuat macam hamba nanti, kalau aku kerja di situ. So aku batalkan niat untuk kerja di situ tuh. 

Dalam beberapa hari tu aku jadi tour guide Henri aje lah. Dia ikut aje ke mana aku bawak dia, baik budak nya, tak banyak songeh. Hari terakhir, kitaorang sama-sama naik bas ke NYC, Henri turun di Hartford, aku terus ke NYC. Aku tak pun singgah di tempat Makcik Jenny pasal sure dia akan marah aku sebab tak terima kerja di Long Island tuh. Aku ke tempat ajen kerja yang lain, PengPeng, Malaysian jugak. Aku katalah yang aku nak ambil kerja apa-apa ajelah kecuali kerja jadi waiter kat a-la-carte restaurant, pasal aku tak ada experience. 

Dia suggest aku kerja di bahagian counter kat satu restoran yang baru buka di bahagian upstates New york, dekat Binghamton. Aku terima ajelah, so aku balik ke Boston malam tu untuk kemas barang. Besoknya pagi-pagi lagi aku turun ke NYC, naik bas Cina yang menghala ke Syracuse, Buffalo and all points north. 6 jam perjalanan, aku sorang jer yang bukan Cina dalam bas tu tuh. 

Kat tempat bas tu berhenti (di gas station) dah ada orang tunggu aku. David, anak tokey restoran tu kata, sepatutnya ada dua orang yang turun di situ, aku and one amoi. Mungkin amoi tu tersesat naik bas lain kot, atau dia decides tak nak kerja di restoran tu tuh. So David bawak lah aku ke restoran tu, di satu mall, 5 batu dari Binghamton. Johnson City nama kampung tuh. Pelik Amerika nih, "kampung" pun dipanggil city. Aku tengok, restoran tu masih direnovate, aku tak percaya yang 2 hari lagi restoran tu akan dibuka.

Lepas makan, lepas tunggu diaorang habis kerja, David bawak aku ke tempat kitaorang akan tinggal. Cantik apartmentnya, condominium mewah, atas bukit, cuma kat dalamnya sampai ke ruang tamu, penuh dengan tilam bantal. 

Besoknya, aku sama satu orang tukang masak Cina, bapak David, jalan kaki jer ke mall tu, dekat jer, tak sampai 5 minit jalan. Diaorang suruh aku buat apa yang patut, bersihkan kotoran-kotoran cat, susun itu ini, pasang alat itu ini. Buang sampah yang berlonggok-longgok, sebijik macam macam orang kerja pungut sampah DBKL. Aku cuba ingat-ingat samada aku pernah mengutuk orang yang kerja buang sampah, orang Majlis Perbandaran ker , Majlis Daerah ker etc. Sure ada nya lah tuh.