Aku ada ceritakan pada XXXX apa yang pernah terlintas di kepala aku, setelah berhari-hari aku ke sana ke sini tanpa tujuan. Tak ada siapa yang boleh tolong aku.Aku ke masjid pun, tak ada orang yang nak tolong aku. Diaorang makan pun tak ajak aku join sama. So bila aku ke masjid atau tempat-tempat sembahyang yang lain aku dah tak mintak tolong dah, aku tak ceritakan apa masalah aku. Lepas sembahyang, aku curi-curi tidur. Untuk sesepuluh minit.
Akhirnya aku macam give up, aku dah putus harap. Dalam keadaan begitu, untuk memberitahu keluarga aku di Malaysia keadaan aku was the last thing on my mind. Aku perlukan duit there and then. Aku ada terfikir yang apa akan terjadi kat aku kalau sehari dua aku tak makan, mungkin akan ada orang yang terjumpa aku pengsan di mana-mana.
Pernah aku terfikir, kalau aku sengaja buat dilanggar kereta, aku akan dihantar ke hospital, aku akan dapat makan. Ada orang yang akan take care of me. Tapi aku tak nak buat begitu. Aku takut. Lagipun sakit. Kalau tak betul-betul kena langgar, macamana? Kalau setakat patah riok? Kalau cacat? Atau kalau setakat calar balar jer?
Aku bawak mengucap, tapi dalam hati aku ada ingat, betul lah, kalau miskin tu, boleh membawa kepada kemungkaran. Aku tak nak layan suara-suara setan.
Cuma aku fikir, kalau terjadi apa-apa pada aku, biarlah terjadi di masjid. Aku tak nak mati katak. Itu yang bila aku langsung tak ada duit, cuma ada metro card subway jer, aku pergi ke masjid tu tuh. Dan di situ aku terjumpa Hadi.
Masa mula-mula jumpa dia pun, aku macam putus harap jer nak mintak bantuan. Tapi sebab mungkin dia pernah mengalami masalah yang sama seperti apa yang aku alami, walaupun dalam situasi yang berbeza, jadi dia faham. Macam apa yang aku cakap dulu tuh, waktu itu, aku memang macam orang lemas di lautan, dengan sehelai rambut pun aku nak berpaut.
Aku lupa nak tulis, masa tu Hadi pun tak ada duit, setakat untuk belanja harian jer. So, lepas sembahyang, without my knowledge, Hadi pergi jumpa Imam New York Islamic Center tu, orang Arab, dia ceritakan kisah aku. Imam tu panggil aku, dia suruh aku ceritakan apa yang terjadi, aku ceritakan lah. Tapi dia banyak sangat soal aku itu ini, macam tak percaya, dia tengok passport aku. Passport tu cuma ada cop masuk ke Amerika dan cop waktu aku buat Umrah. Itu aje. Dia tak percaya yang aku pernah belajar di UK, aku pernah ke sana sini sebab tak ada cop kat passport tuh. Dia tak percaya bila aku kata passport tu passport yang telah direnewed. Dia nak tengok passport lama aku. Manalah aku ada bawak. Memang, sampai ke situ dia tanya aku.
Aku masa tu dah bengang sangat dah, aku kata yang bukan aku nak mintak tolong, jangan nak sakitkan hati aku dengan tanya benda-benda pelik seolah-olah tak percaya aku. Sampai ada aku kata lebih kurang begini kat Imam tu, aku kata,"memang aku hormat dengan Imam dan orang berugama, tapi kalau begini keadaannya, menyakitkan hati orang yang perlukan bantuan, aku memang tak hormat dah". Hadi usap-usap belakang aku sambil kata, "Tenang aje, tenang". Aku terus blah dari bilik Imam tu, tapi aku rasa puas hati jugak sebab aku rasa aku dapat menyedarkan Imam tu sedikit sebanyak, jangan pandang lekeh sangat dengan orang yang dalam kesusahan.
Hanya sebulan lepas tu, masa aku datang semula jumpa Hadi, sebelum aku berangkat ke Boston untuk kerja kilang tu, Hadi ada beritahu yang Imam tu ada kasi Hadi $25, suruh kasi kat aku, duit pocket dia sendiri. Hadi tak ceritakan kat aku sebab Imam tu suruh Hadi tengok samada cerita aku tuh genuine ke tidak. Mungkin dia ingat aku ni just another conman yang selalu datang masjid mintak bantuan.
------------------------
Apa yang aku fikir balik, selama 2 minggu aku homeless tu, aku masih jugak bernafas, aku masih perlu meneruskan hidup aku, aku kena berusaha. Takkan nak berdoa aje kan? Walau blank macamana pun otak aku, aku kena fikirkan jugak apa yang aku nak suapkan ke mulut aku. Aku kena berusaha ke arah itu. Aku tak boleh just sit there menangis mengenangkan nasib aku. Aku tak boleh just sit there menadah tangan berdoa. Aku harus berusaha, aku harus berdoa. Aku harus berdoa sambil berusaha. Siapa lagi yang boleh bantu aku? Itu Tuhan dah tunjukkan jalan keluar, aku perlu panjangkan idea tuh.
Dan panjanglah idea tu tuh.
Dalam masa beberapa bulan selepas itu, aku masih tak ada duit, hanya setakat untuk makan pakai aje, nak bayar sewa bilik. First, aku kerja cuci pinggan, masa aku lari ke New York selepas kena pukul dengan budak-budak Spanish tu, aku langsung tak ada duit. Bila aku di Boston, selama beberapa bulan kerja tu, dapatlah aku kumpul duit sesikit. Dan aku pun berusaha untuk dapatkan duit bayaran kursus aku dekat IFF dulu tuh. Lama prosesnya, itupun aku kena selalu contact diaorang.
Kemudian, bila aku berhenti kerja, aku dah kenal Yanti. Aku rasa aku perlu tolong dia sebab dia janda anak dua yang baru jugak tiba di Amerika. Aku tak tahu cerita dia yang sebenar, apa yang aku tahu, dia ada anak dua orang, lari dari suami di Indonesia, dan dia perlu kerja. Itu saja. Bila dah settlekan pasal perkahwinan dia dengan Will, aku rasa tanggung jawab aku masih belum selesai. Mula dari situ, diaorang selalu pinjam duit, walaupun sedikit, tapi lama-lama duit aku jadi sedikit.
Di tempat aku duduk, di kawasan yang ramai orang Indo tu, aku dapat kenal ramai orang. Kebanyakannya dah lama di Amerika, semua diaorang duduk cara haram. Stay untuk tinggal di Amerika dah mati, tak ada work permit, ada yang passport dah mati, ada yang langsung tak ada passport, ada yang guna 2 passports. Macam-macam gaya lah untuk hidup. Dan aku taklah takut sangat bila tempoh stay aku dah nak mati, waktu itu.
Diaorang ni tempat aku cari idea macamana untuk meneruskan hidup aku di Amerika, cara diaorang. Tak apa kalau stay sudah mati, tak apa kalau passport dah expire, asal jangan buat criminal aje, asal jangan terlalu ke sana ke sini, ke tempat-tempat yang tak baik. Jangan terlalu menonjolkan diri. Apalah yang nak ditonjolkan sangat, sebenarnya. Setakat kerja, kumpul duit dan hidup seadanya. Kalau dah banyak duit nanti, baru diaorang balik ke Indonesia. For good.
Bagus jugak idea tu tuh, dan aku tak jugak rasa sendirian pasal kebanyakan diaorang Indo tu, semuanya kaya raya waktu di Indo dulu. Kalau tak, diaorang tak dapat nak datang ke Amerika nih. Orang Indo yang miskin-miskin, takat dapat datang ke Malaysia jer, yang di Amerika ni, jenis yang Indo kaya, ada kerja bagus, ada rumah besar, ada harta benda. Dulunya lah. Sekarang ni, selepas gawat dulu tuh, susah nak cari kerja lagi dah, lagipun nilai matawang turun, dengan datang Amerika dan bersusah payah for a few years, memanglah berbaloi kalau diaorang balik Indo nanti.
Kesemua yang aku kenal, nasihatkan aku suruh tinggal aje di Amerika, buat macam apa yang diaorang buat. Walaupun tak ada seorang pun yang tahu cerita aku, tapi diaorang anggap aku macam diaorang jugak, datang ke Amerika untuk cari kerja. Walaupun kitaorang kerja kilang aje, tapi kebanyakannya diaorang tuh, orang yang waktu di Indo dulu, kerja yang bagus-bagus. Ada yang Doktor, ramai yang bussinessmen, macam-macamlah.
Sedikit sebanyak, ego aku dapat aku kikis. Kalau diaorang boleh buat semua benda kerja-kerja kuli, aku pun boleh jugak. Peduli apa, mana ada orang kenal aku. Lagipun, itu ajelah caranya untuk mendapatkan duit, aku bukannya ada legal papers yang membolehkan aku cari kerja yang sesuai dengan kelayakan dan pendidikan aku. Dan bila aku dengar cerita-cerita sedih diaorang macamana susah senangnya hidup di Amerika, aku jadi bersemangat, aku jadi berkobar-kobar gitu. Kalau diaorang sanggup bersusah payah, aku pun harus juga bersusah payah.
Sebenarnya, kesusahan aku, kisah hidup aku tu, it's nothing compared to dengan cerita-cerita diaorang. Diaorang jauh lebih susah, jauh lebih menderita dari aku. Aku, susah yang tiba-tiba, yang tak dijangka, diaorang susah yang memang diaorang dah jangka, susah yang diaorang memang sedia maklumi.
Macamana pun, aku jadi kan itu sebagai pendorong aku, aku harus lupa kan hasrat untuk balik, buat seketika. Aku harus bekerja, cari duit, kalau balik nanti, aku tak nak balik dengan tangan kosong. Aku pun bukanlah koman sangat kan? :-) Kalau orang yang selama ini aku rasa macam koman jer, boleh hidup, sure aku pun boleh. Dan dengan berbekalkan semangat Malaysia Boleh tuh, aku teruskan hidup aku sebagai seorang Bangla Di Amerika.
Gotta take a little time
A little time to think things over
I better read between the lines
In case I need it when I'm older
This mountain I must climb
Feels like a world upon my shoulders
Through the clouds I see love shine
It keeps me warm as life grows colder
In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've traveled too far
To change this lonely life