Saturday, September 22, 2012

And Then Some More


Adalah beberapa bulan aku kerja di kilang proses makanan tu, berhenti jugak aku akhirnya, bukanlah aku berhenti dengan berat hati tapi aku macam bengang gitu. Merajuk is such a 'feminine" word, tak sesuai dengan aku yang suka dengar lagu Tougher Than The Rest nyanyian Bruce Springsteen tuh. Tak tahulah, mungkin aku memang gitu, not too afraid to be strong, not too afraid to shed tears. Seronok jugak jadi manusia berfikiran dua alam nih, walaupun lagi seronok kalau aku dapat jadi manusia empat alam. Ok, berhenti merepek. 

JoeK resigned sebenarnya, itu yang buat aku rasa tak seronok kerja lagi dah kat situ, Kelvin, walaupun baik tapi jenis kepoh. Sebab dia tengah nak panjat 
corporate ladder, tu yang terpaksa pijak kepala orang sometimes tuh. Aku ni, kalau orang yang baik ngan aku, aku nak dia terus berbaik-baik ngan aku, macam JoeK tuh. Dia kutuk aku macamana pun aku selamba jer sampai orang lain kat tempat kerja pun tak faham apa yang kitaorang gelakkan. Aku punya kutukan boleh tahan jugaklah. Tapi itulah, aku kenal hati budi dia, walaupun dia tak tahu cerita aku (dan dia pun tak nak tahu) tapi kitaorang betul-betul ngam. Aku langsung tak ambil hati kalau dia kutuk aku, aku kutuk dia pun dia buat tak kisah aje. Orang lain yang terasa dengan kitaorang punya kutukan yang over the top itu. Jadi, bila dia berhenti, mati kutu habis aku, teringat kat dia aje, selalu aku kata dalam hati, kawan yang baik pasti tak lama. Musuh yang selalunya berkerabat. 

Yang gantikan JoeK tu oklah, perempuan, tomboy habis, dia selalu cerita pasal hidup dia, dia ada "bini", dah 7 tahun kahwin. Seronok jugak dapat dengar cerita dari lesbian macam dia tuh, aku ni memang jenis open-minded, aku tak kisah langsung, manusia tu sama aje bagi aku. Cuma aku tak suka dengan Bess ni, dia lebih-lebih sangat cari muka nyer nak tunjukkan sangat kejantanan dia yang tak tulin tuh. Itu yang aku asyik nak mengamuk jer kena buat kerja yang di luar kemampuan aku. "You can do it Joe, you can do it", itu ajelah yang dia selalu kata kalau kitaorang terpaksa menambahkan production. Aku yang bahagian Quality Control/Packing terpaksalah ikut rentak jugak, lantaklah tidak dicheck, lantaklah kalau tangan aku berdarah kena cardboard kotak pembungkus tu, kan ker tomato tu merah, orang tak perasan. Lantaklah aku kalau terbersin sebab sejuk, aku bersin kat kotak yang berisi tomato yang dah di potong tu , lantaklah kalau ada benda-benda yang tus lepas bersin tuh jatuh kat dalam kotak tu sebab aku tak cukup tangan nak bersihkan hidung, mulut aku. Lantaklah kalau aku tengok ada tomoto yang di pack itu tomato dah busuk pasal orang Indo yang tukang slice tomato tu pun ada berfikir macam aku jugak, biarin.... rasain... aku dengan lantak aku, diaorang dengan biarin dan rasain diaorang. Seronok jugak kan kalau kerja dengan orang yang mempunyai fikiran yang sama kan? ;-) Lantaklah semuanya tu, asalkan kitaorang dibayar gaji. Orang tak perasan pun, lagipun takkan senang sangat nak kasi orang tu panjat corporate ladders kan? Kitaorang kat bawah-bawah nih kena kasi biar tangga tu bengkang bengkok sikit,silap-silap diaorang tak dapat naik.

Entah apa sebenarnya yang buat aku berhenti aku pun kurang pasti. Tapi aku memang dah bosan day in day out tengok tomato, canteloupe, melon. Bosan aku. Ditambah dengan ketidakadaan JoeK. Ditambah dengan Bess yang ingat aku ni makan puji sangat. Ditambah dengan gossip sana gossip sini orang Indo yang makin lama semakin ramai kerja di situ. Ditambah dengan aku selalu rasa sakit-sakit pinggang sebab kerja kat tempat tu sejuk betul. 

Hari tu sibuk jugak kerjanya, mesin rosak lagi, Bess sama Mr Moun tak ada yang nak jenguk aku pasal diaorang tahu aku boleh handle, yang disuruh tolong aku tu pulak perempuan Indo yang kerjanya mengalahkan pengantin on his/her wedding night lagi, malu-malu nak masuk bilik konon. Kerjanya ya Rabbi punyalah perlahan tapi aku mulanya diamkan aje, dia pulak suka kerja di bahagian tu pasal enak kerja sama kamu Joe", kata dia.

Tapi sebab aku dah macam tak boleh handle dah dengan kerja aku, lagi pulak perempuan tu macam menyemak aje kat situ, aku panggil on Mexican guy suruh gantikan dia. Mr Moun ada kata, kalau aku nak tukar orang siapa yang aku rasa sesuai kerja bantu aku, anytime aje. So aku panggillah that amigo, 
kerja dia pun cepat jugak. Bila everything jadi smooth again, Kelvin datang, dia tanya aku, apa pasal tukar orang? Aku explain lah yang masa tu sibuk,tukar sementara aje. Dia cakap pun kasar jugak, dia kata cuma dia aje yang ada power kat situ nak suruh siapa-siapa yang kerja di bahagian mana. Orang lain tak ada power. Aku kata waktu tu sibuk, itu yang aku buat keputusan macam tu tuh. Dia kata dia tak peduli, sibuk ker tidak, dia tak peduli.

"Fine, I don't care either", aku kata macam tu, terus aku buka uniform, aku blah tinggalkan barang yang berlambak di depan aku. On the way keluar dari cold room yang banyak sangat pintu rahsia tuh, aku cakap dengan orang-orang Indo situ yang aku berhenti, diaorang pun semua berhenti kerja jugak, semua nak ikut aku. Adalah dua tiga makcik yang macam takut-takut tapi sebab majority (ada dalam sepuluh orang) keluar ikut aku, diaorang pun samalah. Aku kata jangan buat macam tu, kesianlah kat aku nanti pasti nama aku jadi buruk, aku tak nak nanti diaorang kutuk aku pasal selama ini diaorang suka dengan kerja aku, tiba-tiba aku dikutuk habis pasal orang lain terikut-ikut. "Nggak enaklah nggak ada kamu Joe, aku pun mau berenti lah kalo gitu, biar mereka rasain, mereka kira kita orang Indo ni hina bangat. Banyak kerjaan lain kita bisa cari", kata Yani yang macam leader of that pack. 

Bila Mr Moun dengan Bess sedar pasal commotion tu, dan Bess tengok aku, aku kasi signal kat dia kata aku berhenti, aku kata, 'That's it Bess, have fun". Dihempasnya dua tiga packs tomato yang kat tangan dia. Biasalah Bess, kalau ada apa hal sikit, dihempas jer benda kat tangan dia, brutal gitu. Kat lunch room, aku kata dengan orang-orang Indo tu yang aku tak seronoklah kalau diaorang turut sama berhenti, aku nih single tak ada apa aku nak fikir, diaorang ada family yang perlu dikirim duit setiap bulan, fikir habis-habisan, nanti susah nak cari kerja tempat lain, aku kata macam tu. Aku rasa aku ada tokoh jadi Presiden Indonesia :-) , kalau tak Presiden pun, jadi Pak Lurah (TokPenghulu). 

Bila Mr Moun datang, barulah diaorang balik semula kerja, aku minta maaf sama Mr Moun, aku kata aku tetap mahu berhenti, tapi orang Indo semua tu akan tetap kerja. Aku ambil lunch box aku dan terus keluar, aku akan tunggu Mr Moun selesai kerja, aku tunggu di luar. Aku keluar, lepak kat bawah pokok kat tempat Mr Moun park van dia, puaslah nak tunggu 5 jam baru diaorang keluar. Aku lepak ajelah, kebetulan dalam lunch box aku tu memang aku ada taruk buku pasal Option yang aku pinjam kat library, so aku baca lah buku tuh sambil baring bawah pokok, sambil hisap rokok. Baca dua tiga pages, aku berangan, aku menung, apasal aku macam tu tuh? Aku selalu buat benda gitu, dah elok-elok kerja, berhenti mendadak. Orang suka kat aku, aku buat hal pulak. Tapi itulah, aku dah bosan, lagipun aku nak tunjukkan yang aku ni bukannya lekeh sangat, mana-mana aku pergi aku akan buat my level best, kalau orang tak appreciate tu, terserah diaoranglah. Adalah dua orang makcik Vietnamese yang datang cari aku kat situ, pujuk akulah kononnya suruh masuk balik kerja sebab diaorang perlukan aku. Aku buat dak jer. Aku terfikir jugak, rasa macam bapok lak, merajuk tak tentu hal. Tapi aku bukan merajuklah, aku dah bosan kerja situ dan bila ada kesempatan, aku berhenti. Dan kalau aku berhenti, aku nak lah orang lain pun susah jugak, itulah, apasal tak jaga aku bebaik kan? Dah aku berhenti. Typical Melayu tak cara aku? :-) Dicategorykan sebagai merajuk lah tu kan? Taklah. 

Tak lama lepas tu aku tengok tergedik-gedik Kelvin datang kat aku, mulanya aku nak berdiri, rasa tak respect oranglah kalau aku baring gitu kan? Tapi aku taklah bangun, nampak sangat macam orang mengalah, aku duduk bersandar jer bila dia datang dekat aku. Dia tanya aku, apa pasal? Aku buat tak faham, aku tanya apa pasal apa? Dia kata, apa aku nak buat, aku kata aku belum ada plan. Aku kata, "Don't worry about me, I know how to take care of myself". Dia kata company tu suka dengan aku punya kerja, semua orang suka aku, so, masuk semulalah. Aku selamba jer kata no, aku terus baca buku, gasaklah kata aku dalam hati, nampak gaya sombong pun sombonglah, dan aku cuba refrain myself from saying sorry. "Ok then, good luck", kata Kelvin, terus dia blah dari situ. Aku sempat kata thanks. Masa nak balik, Mr Moun beria lah suruh aku lupakan aje, suruh aku masuk kerja balik, aku tetap dengan pendirian aku nak berhenti. Sepanjang perjalanan tu muram ajelah kat dalam van tu, biasanya riuh rendah diaorang sembang, tapi petang tu tak. Tak sampai hati aku nak kembalikan name tag aku dengan Mr moun, jadi aku kasi sama Hans orang Indo tu, aku suruh dia kasi sama Mr Moun besok harinya. 

Besoknya aku bangun pagi seperti biasa, aku intai dari tingkap apartment, Mr Moun ada tunggu untuk jemput aku pergi kerja. After like 10 minutes or so, dia blah gitu aje. Memang aku tak ada niat pun nak pergi kerja. Cuma aku rasa a little guilty pasal kesian dengan Mr Moun yang terpaksa cari 2 orang baru untuk gantikan aku. Tapi itulah, dia pun silap jugak, aku ni memang jenis yangtak cakap banyak, jenis yang simpan dalam hati, apa yang disuruh, aku akan buat.Tapi leterlaluan pulak, mula-mula memang aku boleh terima tapi kalau dah lama-lama tu aku rasa macam diaorang ambil advantage pulak. Time aku ajar diaorang lah pulakkan? :-) Itulah masalahnya aku dari dulu lagi, aku mudah sangat bosan. Atau memang aku ni manja? Atau aku ni hendakkan attention? Semuanya kot? Tapi aku taklah menyalahkan diri aku jugak. (Memang aku ni jenis tak mahu kalah, ada aje alasan aku, ada aje cekadak aku) Memang apa yang aku buat tu bukannya profession aku jadi aku cepat bosan. Even kalau orang suka dengan aku atau kerja aku, tapi kalau aku dah bosan tu, aku blah gitu aje. Aku akan cari sebab aje supaya aku berhenti, tapi kalau aku nak berhenti tu aku pastikan timingnya bagus, masa diaorang betul-betul memerlukan aku - supaya aku dapat kepuasan hati, supaya aku tahu yang aku ni have some impact kat situ. I know it's cheap tapi I'm used to cheap stuff like that :-) 

Bila aku dah tak kerja, aku buatlah aktiviti-aktiviti biasa. Aku pergi library sampai petang, aku ni tamak jugak orangnya. Kalau aku nak tahu pasal something, aku nak tahu semuanya, waktu itu jugak, aku akan kerobek sana sini. Banyak buku-buku yang bukan saja pasal Options, tapi jugak pasal Futures yang aku baca, berpuluh websites aku pergi, pokoknya kalau ada aje perkataan Options, Futures, Forex, aku akan baca. Aku rasa aku dah tahu banyak, pasal Options especially cuma aku masih tak confident untuk buat apa-apa transactions masa tu, aku fikir lebih baik aku kumpul duit dulu sesikit baru aku mula trade semula. Kalau rugi, biar rugi semua, kalau untung, cepatlah jugak. Bosan dah aku setakat buat satu dua transactions, biasanya satu untung satu lost, sorong papan tarik papan gitu. Tapi tak apalah aku masih dalam learning proses. Macamana pun, it's bloody frustrating not having money to make money.

Dah bosan di library aku pergi lepak-lepak baca buku sambil mengopi sambil berangan sambil tengok orang di Starbucks. Lepas tu pergi tengok wayang, biasanya aku pergi tengok independant films. Aku tak rasa odd kalau ke panggung-panggung gitu pasal kebanyakan yang menonton di situ pun yang macam aku jugak, sorang-sorang atau mereka yang ada something going on kat kepala diaorang, macam artists, authors, people like that. Tak tahu aku how to put that into words, nak kata klass tu tak jugak tapi actually yang tengok filem-filem kat The Ritz pun orang yang quite somebody. People like me, for example.

Malamnya, kat apartment, either tengok tv (kalau ada reality shows) atau surf the net. Waktu itu I knew nothing about blog memblog ni, tapi deep in my heart aku memang nak tulis kisah hidup aku, berketul-ketul, berbuku-buku dah aku simpan dalam otak aku, aku kena ceritakan semuanya. Cuma aku ni malas nak belajar html. Sikit-sikit aku tahulah tapi tak rugged lah kalau takat tau sesikit gitu, sebab daripada tau sesikit, lebih baik tak tahu langsung. Sebab kalau aku nak ada website I want mine to be among the best. Well, no surprise there, kan? :-)