Saturday, September 22, 2012

California Dreamin'


Yanti macam bengang jer bila tahu yang bapak saudara dia tu bukanlah orang yang kaya sangat macam apa yang dia bayangkan. Setakat buat business sesikit gitu jer. Jadi agen kerja untuk orang-orang Spanish. "Tapi nggak apa-apa sih, asalkan kita dikasi kerjaan yang cocok", kata aku. Dekat seminggu jugak kitaorang tak buat apa-apa pun selain dari melepak aje di rumah dan jalan-jalan ke downtown LA. Ok jugak El Segundo, lawa jugak tempatnya, cuma tempat kitaorang tu aje yang tak berapa bagus sangat. 

Aku sama Mus boleh kata tiap-tiap hari pergi ke LA, naik bas. Saja aje lah, nak menyedapkan hati memasing, nak menyedapkan hati Mus yang waktu tu rungsing pasal dia belum pernah tak kerja selama hampir dua minggu. Dia perlu hantar duit balik ke Indo setiap bulan, itu yang buat dia rasa tak sedap hati jer tuh. 

"Kamu jangan rungsing banget, tenang aja, pasti ada kerjaan, masa kita dibiarkan gini aja, kan mereka udah janji mahu carikan kita kerjaan?", aku cuba menyedapkan hati memasing. "Kalo kamu mahu kirim uang bulan ini, guna aja uang aku dulu. Kalo Yanti tahu aku masih punya uang pasti mahu dipinjamin melulu", aku kata lagi. 

Hari Isnin minggu depannya baru lah aku, Mus, Yanti dan Will disuruh ikut sama kerja di sebuah gudang memproses makanan tak berapa jauh dari tempat kitaorang tinggal. Jalan kaki aje. Semua pekerjanya orang Spanish, ada seorang dua aje orang Vietnam. Tak ada apa sangatlah kerjanya, kerja susun, 
angkat barang. Rasanya kalau tak ada kitaorang, kerja tu boleh jalan lancar jugak, macam buat syarat jer kitaorang di situ tuh. 

Dua hari lepas tu baru lah Yanti sama aku disuruh kerja di bahagian kantoran (office), aku disuruh kemaskinikan data-data pekerja di situ. Buat paperworks gitu. Tak mudah Bangla sorang tuh, kerja pegang komputer. Aku tak lah beria-ia sangat, takat buat a few charts, a few lists. Itu pun diaorang dah macam kagum sangat bila tengok hasil paperworks aku. Ish, itu belum aku buat guna Power Point, guna Spreadsheet etc lagi, just a simple graf and chart. Gitu pun dah kata aku terrer. Kadang-kadang seronok jugak bercampur dengan orang yang tak berapa faham pasal bebenda gintu tuh, buat sikit jer benda dah impressed sangat. 

Itulah aku, berani nya cuma impress orang yang tak tahu menahu. Murah sangat harga aku nih sebenarnya.

Kira oklah kerja di tempat tu, kadang-kadang ada jugak aku ke bahagian gudang, kerja sama Mus, kesian dia buat kerja sorang-sorang. Orang Spanish langsung tak nak tolong dia, itu yang buat kerja dia perlahan sikit tuh. Nasib baik Yanti faham, dia suruh aku kerja sama dengan Mus aje lah sebab dia boleh uruskan kerja-kerja di office tu yang bagi kitaorang tak lah seberapa teruk sangat. 

The first few weeks hidup kitaorang di El Segundo tu aman jugak, tak ada apa pun yang menariknya actually. Biasa aje. Kerja 5 hari seminggu, weekends 
kitaorang keluar jalan-jalan. 

Tapi biasalah, hidup aku nih, ada aje yang tak kena nya. Satu hari tuh, Mus disuruh berhenti pasal dia silap susun barang ke dalam lori, barang tu dihantar ke tempat lain. Silap lainnya aku tak berapa tahu, tapi Mus dibuang kerja. Bila dah tak kerja, dan duduk pun free aje di rumah bapak saudara Yanti tuh, mulalah Mus rasa tak seronok. So hujung minggu tu kitaorang ke downtown LA, pergi ke Chinatown. Sure jumpa dengan orang Indo, or at least orang Asia lain. Manalah tahu kalau-kalau ada kerja restoran ker, untuk Mus kerja buat sementara waktu. Ada satu kerja tu, di kedai kepunyaan orang Thai, kerja memunggah barang. Aku suruh Mus sembat aje kerja tuh pasal di situ tak perlu tahu English pun tak apa. Lagipun tak lah jauh sangat kalau Mus nak berulang alik pergi. 

Untuk sementara, oklah kerja tu, tak ada lah berat sangat aku tengok. Akhir bulan tu aku pinjamkan duit kat dia pasal dia nak kirim ke Indo. Dia kerja gajinya setiap 2 minggu jadi itu yang dia terpaksa pinjam tu tuh. Aku dengan Mus tak kisah punya, memang aku percaya dia dan dia pun percaya aku jugak. Cuma aku rasa terkilan sikit sebab aku yang beria-ia ajak dia datang ke California, dia memang tak nak mula-mula dulu tuh. Sebab aku kata, bukan lama, kalau tak seronok, balik ke Boston semula. Memang kalau diikutkan hati, rasa nak balik ke Boston masa tu jugak, tapi memikirkan jauh, lagipun kitaorang baru sebulan di situ, itu yang buat aku dengan Mus tangguhkan dulu. Selagi aku kerja, tak ada masalah, kalau dua-dua tak kerja, itu dah jadi kes berat. 


My life has no purpose, no direction, no aim, no meaning, and yet I'm happy. I can't figure it out. What am I doing right? 

Tak lama jugak Mus kerja di Chinatown tuh, tak sampai 2 minggu. Dia ajak kitaorang pindah ke kawasan yang ada ramai orang Indo, tak berapa jauh dari situ. Aku tak nak mulanya, Yanti pun sama. Tapi bila aku, Yanti dan Will dah tak ada kerja lagi di tempat proses makanan tuh, kitaorang terpaksa buat keputusan untuk keluar dari rumah bapak saudara Yanti. 

Dia selamba jer suruh kitaorang bertenang, suruh kitaorang sabar. Dia tak fikir agaknya yang kat situ, kitaorang kena bayar sewa, kitaorang nak makan. Kalau setakat kerja dengan dia yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada tuh, payah jugaklah. Duit aku semakin lama semakin susut, yang masuknya sikit jer, yang keluarnya banyak. 


Bila kitaorang pindah ke kawasan yang aku tengok ada ramai orang Indo (kebanyakannya orang Jakarta), barulah aku rasa lega sikit. Tapi diaorang tu lain sikit dari orang Indo di Boston. Orang Indo di situ, kebanyakannya kerja di kedai laundry, supermarket dan tempat-tempat jual makanan. Tak ramai yang kerja kilang. 

Macamana pun, kitaorang berempat, aku, Mus, Yanti, Will, kitaorang diajak kerja di satu gudang memproses makanan jugak, tapi makanan segera. Oklah kerjanya cuma kitaorang dipisah-pisah, aku di bahagian lain, diaorang di bahagian lain. Bila dah confirmed yang kerja di situ agak sesuai dengan kitaorang, terpaksalah kitaorang cari apartment sewa sebab rumah bapak saudara Yanti tu agak jauh dari tempat kerja. Lagipun, kitaorang kalau pindah di kawasan ramai orang Indo tu, tak ada masalah untuk pergi kerja, akan dijemput. Free lagi, agen tu akan datang hantar dan jemput kerja setiap hari. 

Tak lah susah untuk mencari rumah sewa, sebab kitaorang taklah banyak songeh. Asalkan ada bilik, bilik air nya ok, ada telephone line, sudah dikira bagus. Cuma masalahnya, ada 3 bilik jer, satu untuk Will sama Yanti, satu untuk anak diaorang, Ita sama Ara, dan satu lagi bilik yang kecil, yang tak muat untuk 2 orang. Terpaksalah cari bilik lain untuk Mus, dan nasib baik jugak ada one Indo guy tu tengah cari roomie kat apartment dia, so Mus menyewa di situ aje lah. Biasalah kan, aku yang terpaksa keluarkan duit dulu untuk bayar beli itu beli ini walaupun aku seboleh-bolehnya cuba untuk tidak habiskan duit yang semakin hari 
semakin berkurang tuh. 

Tak sampai seminggu Will kerja dah nak berhenti pasal dia kata dia tak sesuai kerja dengan orang Asia. Banyaklah songehnya. Dia duduk di rumah aje lah lepas tu, tengok tv, main games, minum beer. Kesian aku kat Yanti yang terpaksa buat dua kerja, pagi kerja sama aku, malamnya kerja di kilang lain. Ara pun disuruh kerja double shift jugak. 

Dan mula dari saat itu, aku tengok Yanti tensed betul, terutamanya awal bulan. Banyak bills yang kena dibayar. Aku pun geram jugak menengoknya, sebab dalam keadaan macam tu pun, diaorang nak duduk mewah, nak pakai cable, nak subscribe magazines itu ini, nak beli bebenda tak berfaedah. Bila dia dah tak tahan sangat dah, dia berhenti kerja, biar kebulur semuanya, kata Yanti. Bila dia dah cool balik, baru dia cari kerja lain. Senang jer Yanti nak dapat kerja, dia pandai merayu, talipun sana sini, buat cerita sedih sesikit, adalah offer kerja yang datang. So, kerjalah Yanti di kilang memproses jamur (cendawan), kerjanya 12 jam sehari so dia tak ada masa langsung untuk mengemas rumah. Iyalah, perjalanan pergi balik kerja dah dekat 3 jam. Habis tunggang langgang lah rumah tu aku tengok, mulanya aku tolong jugak bersih sana sini, tapi lama-lama tu bosan jugak aku. Mana ada Melayu jadi orang gaji orang Indo kan? Orang Indo yang jadi orang gaji Melayu tu adalah. 

Aku biarkan aje lah bersepah larah, aku tak gunakan sangat dapur sebab takut diaorang kata aku yang malas. So aku beli makanan kat kedai ajelah, even nasi putih pun aku beli. Itu yang hari-hari asyik makan sayur nangka, sayur daun ubi kayu tuh. Sebab dua itu ajelah masakan yang aku oleh makan, yang murah, yang banyak, yang aku boleh makan sampai tiga empat kali, setiap kali aku beli. Nak beli setiap hari, parahlah aku. 

-------------------------------------------------

Tak sampai seminggu kerja, Yanti cerita dengan aku yang dia dah bercinta dengan one Manager tempat dia kerja. Bukan bercinta sangat, tapi Manager tu syok dengan dia. Kata dia lah. Dia ceritalah yang Manager tu ajak dia kawin. Manager tu orang Puerto Rico, kaya, ada rumah beberapa bijik, nak kasi Yanti satu, kalau diaorang jadi kawin. "Gila", kata aku dalam hati. 

Aku mula-mula dengar aje lah tapi bila setiap hari dia cerita, bosan jugak aku dibuatnya. Aku kasilah dia nasihat, pandangan, pendapatan aku. Yang rasional tuh. Aku selit-selit lah nasihat yang aku rasa dia boleh terima. Aku ceritakan balik kisah masa mula dia datang Amerika dulu, sebagai seorang janda yang lari dari suami, bawak anak 2 orang. Macamana dia terpaksa buat 2 kerja, macamana cerita dia bertemu aku di Boston, macamana dia bertemu Will, diaorang kawin. 

Dah hampir 3 tahun, takkan dia nak lepaskan begitu saja, dia belum pun dapat Green Card, tak lama lagi masanya dia akan jadi warganegara Amerika. Apa salahnya tunggu? Patutnya dia kesian sama Will yang walaupun malas, tapi sabar orangnya. "That's the price you have to pay untuk dapatkan citizenship, bukannya gampangg begitu", aku kata. Kalau dia boleh tunggu selama hampir 3 tahun, kenapa tak boleh diteruskan sehingga dapat citizenship? 

Dia kata memang nekad dia nak tinggalkan Will. Bosan dan marah dengar cerita dia, aku blah. Tapi sempatlah aku kata," Kamu udah sekali jadi janda, kalo gini lah keadaan kamu, aku pasti kamu nggak bekalan selamat. Pasti kamu akan jadi janda lagi". Marah dia kat aku. Tapi aku tahu, orang yang tengah bercinta memang payah untuk dinasihat. Tambah-tambah orang bermata duitan. 

Macamana pun, dua tiga hari lepas tu, ok balik. Aku mula-mulanya rasa macam tak nak ambik tahu pasal krisis rumahtangga diaorang, tapi bila aku fikir yang apa Yanti buat tu memang tak baik, itu yang aku rasa aku perlu ambik tahu jugak sesikit. Tambah-tambah dia percaya dengan aku, dia selalu cerita kisah dia, kisah keluarga dia, semuanya, kat aku. Even kisah yang Will selalu ngentot dia lewat pantat (bontot) pun dia cerita kat aku. Mungkin bagi dia, seperti jugak dengan orang-orang Indo lain-lain, kisah dia nak kawin lain dan tinggalkan suami tu macam biasa aje, tapi tidak bagi aku. Aku tak biasa dengar cerita gitu-gitu tuh. 

Bila aku tengok keadaan Yanti yang semakin ligat, dan keadaan rumah yang semakin tonggang-langgang tak terjaga, aku tahu yang aku harus berbuat sesuatu.Aku bengang sama Yanti sebab Ita dan Will langsung tak dikasi duit untuk belanja. Fridge kosong memanjang. Dan kalau aku beli barang-barang makanan, tak sempat aku makan, besoknya dah habis.

Satu hari tu waktu Will nak pinjam $5 dari aku untuk beli makanan, aku sound lah kat dia. Aku kata, hati-hati dengan Yanti sebab she's only interested in getting legal papers. Citizenship. Just be careful. Will kata dia perasan dan dia tahu yang sejak kebelakangan tu, Yanti dah banyak berubah. Dia kata dia dah boleh agak yang Yanti dah ada boyfriend baru sebab setiap kali pergi kerja, Yanti akan bermake-up, berwangi-wangian dulu. Pakaian pun, walaupun murah, tapi matching gitu. Sedangkan dia kerja kilang cendawan yang kotor sesangat. Kalau dulunya, pergi kerja pun pakai jeans koyak rabak, tapi sejak bercinta dengan Manager, nak pergi kerja mengalahkan ratu lagi.

Lepas pada tu, aku rasa guilty sangat. Tak tahu apa pasal, tapi aku rasa macam aku menyibuk-nyibuk dalam hal rumah tangga orang. Itu yang aku rasa tak sedap jer tuh. Tapi, diaorang dua-duanya kawan aku, diaorang dah jadi macam saudara aku. Takkan aku nak senyap kan aje? Walau macamana pun, aku tengok aje lah perkembangan keluarga Yanti tu tuh, aku perhatikan aje lagat Yanti. Aku jadi geram, aku jadi marah. 

Dan kebetulan pulak masa tu aku dah tak kerja pasal kilang tempat kitaorang kerja dulu tuh nak buat renovation. Habis ranap terus lah aku.