Saturday, September 22, 2012

Taik Sangkut Di Gelegar


Winter datang lagi, agak harsh dari tahun yang sebelumnya, salji selalu turun, dalam seminggu tu sampai dua kali salji turun agak lebat. Aku sama Mus biasa ajelah, buat hal masing-masing, kadang-kadang aje aku keluar sama dia. Aku biasanya selang-selangkan, minggu ini aku keluar sendiri, minggu depan aku keluar dengan dia. Kalau keluar dengan dia pun setakat ke Chinatown ajelah. Weekdays tak keluar langsung kitaorang, memerap di rumah jer, story-story gitu. Baik orangnya Mus ni, hampir sebaik aku :-)

Ada satu hari tu, kawan dia yang pindah kerja ke Atlanta, Georgia, yang pernah tinggal menyewa di apartment/bilik tu sebelum aku masuk tu, talipun. AhCeng namanya. Dia kata dia nak balik ke Boston, infact dia dah dalam perjalanan ke Boston pun. Naik van kawan dia yang disewa sebab banyak barang yang dibawak. Mus tanyalah di Boston di mana nak dituju? AhCeng kata dia nak ke apartment kitaorang tu pasal waktu dia pindah dulu dia dah bayar habis sebulan sewa, dan sebab dia pindah tengah bulan, dia masih ada lebih kurang dua tiga belas hari gitu, hak untuk tinggal di apartment tu. Kelakar orang Indo ni kan? Mentality diaorang memang gitu. Benda yang tak masuk akal. 

Mus tanya aku, macamana? Aku kata, kesian pulak dia tu tak ada tempat nak di tuju. So aku setujulah AhCeng menumpang barang sehari dua sebelum dia dapat cari apartment baru. Mus ni memang gitu, kalau ada apa-apa hal pasti dia tanya aku dulu. Kalau aku setuju, jalan. Kalau tidak tu, tak. Selalu jugak free-loaders yang melepak kat apartment kitaorang, biasanya kitaorang kasilah sehari dua untuk tinggal di situ. Sebab diaorang ni tak boleh lebih-lebih sangat, beri betis hendak peha. Masing-masing kerja kuli, membanting tulang, diaorang nak senang jer menumpang.

Lagi satu sebabnya, Ferry E yang sewakan apartment tu punyalah berkira, punyalah kedekut (pelit), dia selalu buat spot-check kalau ada orang yang menumpang di situ. Girlfriend (bini orang) dia tu pun lagi teruk, masuk jer bilik kitaorang pagi-pagi. Selalu aku cakap dengan Mus kalau hari Sabtu dengan Ahad, tidur tu sopan sikit , jangan mengangkang ker, jangan garu benda tu ke, sebab Cik Esther kalau datang tu senyap-senyap.

Malam tu AhCeng sama kawan dia tiba, dah pukul 12 lebih, aku dah tidur waktu tu. Sejuk-sejuk gitu pun berpeluh ketiak jugaklah kitaorang mengangkut barang dia dari bawah ke tingkat 3, ke bilik kitaorang. Carpet buruk, stroller bayi, meja kecil antik, semuanya barang-barang yang dipungut di tepi jalan. Yang aku sama Mus bengangnya, kitaorang yang terpaksa angkat benda-benda yang berat-berat, dia, Ahceng, selamba aje, angkat barang-barang kecil. Kitaorang nak cepat sebab nak tidur, besoknya kena bangun pagi-pagi, aku pergi kerja pukul 5 lebih, Mus pukul 4 setengah pagi.

AhCeng macam layan tak layan jer dengan aku, siol, dahlah aku teruk-teruk tolong dia angkat barang, dahlah itu bilik kitaorang, dia lagaknya bukan main lagi. Kejap aje aku tengok barang-barang dia dah disusun, dah diatur di dapur, di cabinet. Semuanya dikeluarkan. Aku tanya Mus, pasal AhCeng tu macam gaya nak lama di tempat kitaorang. Iyalah kan, kalau setakat nak tinggal sehari dua, takkan semua barang nak dikeluarkan, nak disusun rapi. Dia bukannya macam Yoko bapuk tu dulu, semua barang, semua alat make-up perlu disusun,perlu diatur rapi atas meja. AhCeng tu kan datuk orang, umur 50an. Mus kata yang AhCeng ada beritahu dia yang AhCeng masih ada balance 14 hari lagi untuk tinggal di situ sebab dia dulu keluar tengah bulan, so dia ada hak untuk habiskan baki 14 hari tu.

Lah, lembab jugak si Mus ni rupanya. "Aku pun nggak ngertilah Joe, AhCeng tu payah orangnya", kata Mus. Nope, he's not that lembab after all. "Kok dia dulu udah keluar, udah lama sih, pasti kalo dia mau tinggal di sini lagi dia perlu bayar sewa lain", aku tanya Mus. "Aku nggak mau tinggal sama orang seperti AhCeng tu, kalo Ferry E terima dia tinggal sini aku pindah ajalah, aku nggak bekalan betah sih", aku kasi hints sama Mus. 

"Kita lihat ajalah dua tiga hari ni, kalo dia nggak mau pindah, kita kabarin aja sama Ferry E ", kata Mus lagi. Nak gelak jugak aku kadang-kadang nya kalau sama dengan orang Indo ni. Mentality diaorang memang gitu, mentality tahun 60an. Kan AhCeng dulu tu keluar dari apartment tu senyap-senyap, tanpa beritahu Ferry E, dah berapa bulan dah, sure kira burn aje lah kan duit sewa dia tu? Dia tak fikir gitu pun, apa yang dia fikir, dia masih boleh tinggal di situ lagi selama 14 hari lagi. Gitu. As simple as that. Or as b-angang as that. Kalau diikut Options,dia punya contract tu dah expire, worthless. He should have liquidated dia punya position tu dulu, or at least instruct dia punya broker untuk buy another call or buy another put. Atau buat straddle. That way he will not lose the money. Oppsss, sorry, terbawak-bawak fikir bebenda Options pulak aku nih.....:-)

Satu hari. Dua hari. Tiga hari. Empat hari. Tak tahan aku, aku sama Mus asyik pandang memandang jer, getik sangat dengan AhCeng, kitaorang jadi macam menumpang di tempat sendiri pulak jadinya. Carpet buruknya di bentang, pinggan, cawan, gelas plastik (itu ajelah harta kitaorang) dibuang, diganti pinggan baru yang dibeli di Dollar Store, tv kitaorang di taruk dekat dia, malam dengar lagu dangdut kuat-kuat, aku tak boleh guna internet pasal dia asyik menunggu panggilan talipun kerja  Macam-macamlah. Gue nggak betah sih, gue nggak betah! So aku talipun Ferry E. Aku kata AhCeng ada datang, dia nampak gayanya nak tinggal lama di situ, puaslah Ferry E kena bayar bil yang tinggi sebab Ahceng pasang heater 24/7. Seronok jugaklah aku, senang jer aku nak mengheater orang pelit macam Ferry E tu :-)

Kejap aje lepas tu tergedek-gedeklah Ferry E datang. Sama Cik Esther, bini/girlfriend dia tu. Apa lagi, perang mulutlah diaorang , perang dengan AhCeng. Semuanya tak nak mengalah, semuanya nak menang. Last-last aku sama Mus yang kena marah sebab kasi AhCeng tinggal di situ. Pulak, macam tersepit kitaorang jadinya. Mus kata yang AhCeng ada kunci apartment, dia datang nak tidur di situ jadi kitaorang benarkan. Atas dasar perikemanusiaan, sebab dia tak ada tempat lain nak di tuju, lagipun dah malam, dan musim winter pulak tu. Yang dia nak terus tinggal di situ, itu masalah lain. 

Sebab semuanya tak nak mengalah, Ferry E talipun tuan rumah (remember, Ferry E sewa apartment tu dan dia sub-let sama orang Indo dan si Bangla sorang nih). Mr Chow yang tinggal di apartment sebelah terus datang, dia tak banyak cakap, cuma dia kata kalau AhCeng tak keluar besoknya, dia akan panggil polis. Jadi hal tu settle lah. Untuk hari tu aje.

Besoknya, AhCeng masih belum keluar, mungkin dia dapat idea baru atau memang jenis dia macam tu, aku tak tahu. Dia pun mulahlah berkasar jugak, berkeras jugak. Semua kisah-kisah lama-lama dikeluarkannya, keburukan-keburukan (kebetulan banyak pulak tu) Ferry E, Cik Esther semuanya dijerit-jerit sama yang tinggal di apartment tu. Nak tergelak betul aku kadang-kadang tu, perangainya mengalahkan budak umur sembilan tahun. Siap dengan jelir-jelir lidah lagi. Ferry E sama Cik Esther dah macam bengang sama aku dengan Mus, itulah, dengan AhCeng diaorang tak dapat handle, kitaoranglah berdua dijadikan sasaran. Orang lain pun sama jugaklah menumpang semangkuk. David sebenarnya pernah bertumbuk dengan AhCeng dulu, pasal AhCeng tuduh dia curi ayam kat dalam fridge. Haryanto suami Sarina pun pernah bertikam lidah dengan AhCeng sebab AhCeng kata Sarina tiap masa mengandung. Sarina bukan mengandung, bahagian bawah perut dia tu agak ke depan dan dia selalu pakai jeans ketat, so bulginglah kan, itu yang orang ingat dia mengandung. Aku tak nafikan, memang betul. Pernah aku kalau jalan sama Sarina, ada orang tanya samada Sarina yan diaorang ingat"wife" aku tu pregnant. Pelik aku, apa pasal Sarina tak pernah terasa bila orang tanya-tanya macam tu, iyalah, at least ubah cara berpakaian. 

David sama Haryanto pun apa lagilah kan, ambil peluang ajelah mengasap-asapkan Ferry E.Malam tu, kat bilik kitaorang, aku, Mus, Ferry E, Cik Esther,David, Haryanto pun bermesyuaratlah. AhCeng selamba jer di dapur, menalipun kawan dia sambil meninggikan suara biar kitaorang dengar perbualan talipun dia tu. Dikutuk habis-habis Ferry E sama Cik Esther. Dicarut-carutnya. Dimaki-makinya. Diaorang,kecuali aku dengan Mus, berpakat nak panggil polis. Aku katalah, jangan libatkan dengan polis, nanti panjang jadi ceritanya, sebab masalah seseratus dua, nanti semua ditangkap. Iyalah kan, semua di situ orang gelap gelita, janganlah nak bermimpi nak pasang neon lights pulak kan? 

David kata, ini Amerika, masalah gitu tak ada kena mengena dengan urusan samada tinggal cara haram atau tidak. Polis tak mahu ambil tahu benda-benda tu semua. Di Amerika, kalau kita kena sentuh sikit aje pun kita dah boleh sue orang. Inikan pulak orang yang menceroboh. Haryanto pun apa lagi, dia kata aku b-odoh pasal tak nak panggil polis. Aku katalah yang kita ni semuanya orang gelap, nanti kalau polis datang pasti diaorang nak mintak ID ker, pasti diaorang tanya itu ini sampai akar umbi. Kalau diaorang tahu yang kita ni gelap, mungkin diaorang akan hubungi Immigrasi. Angkut naik truck satu apartment nanti. Tapi mana diaorang nak percaya cakap aku kan? "Mana mungkin, mana mungkin", itu aje jawapan David sama Haryanto bila aku stresskan pasal masalah orang gelap.

"Pokonya kita orang gelap, kita nggak punya surat-surat, bahaya tu, bisa ketauan Immigrasi nanti", aku kata macam tu. "Mana mungkin", kata diaorang. Aku geleng-geleng kepala jer bila David sama Haryanto kata aku sama Mus penakut, sedangkan kitaorang ada hak, itu bilik sewa kitaorang. Mus jadi emosi gitu, terus dia campakkan kad ID Polis dia, dia ni di Surabaya dulu Polis. Itu first time yang pertama aku tengok Mus jadi emosi macam tu.

AhCeng yang di dapur tu pun satu,bila dia dengar ada ura-ura nak panggil polis, lagilah dia api-apikan. Dia cakap sama kawan dia tu (over the phone), dia kata," Mereka mahu panggil polisi, biarin, nanti semuanya dideport."        Yang aku bengangnya,Ferry E sama Cik Esther diam seribu bahasa, tak berbunyi sepatah perkataan pun. Mungkin diaorang serba salah jugak. David sama Haryanto apa lagilah kan, diaorang berdualah yang jadi kepala alang nya. Last-last aku kata, "Terserah, kamu mahu panggil polisi, terserah kamu tapi aku nggak setuju. Aku takut". Bila diaorang setuju untuk panggil polis, semuanya suruh aku talipun sebab diaorang tak tahu English. 

Pulak, pasal apa aku disuruh, kan tadi jagoan sangat? Panggillah sendiri. Aku tak ada pilihan lain, dengan berat hati aku talipun polis, ceritakan yang ada orang yang tinggal di situ tanpa mahu membayar sewa, dan dia tak nak keluar walaupun disuruh secara baik. Tak lama kemudian polis datang, aku ceritakanlah sama polis tu apa-apa yang patut, kemudian aku translate ke Bahasa Indo. Aku tengok muka masing-masing, muka Ferry S, muka Cik Esther, muka David, muka Haryanto, muka AhCeng, muka Mus. Diam semuanya, pucat semuanya, takut jer gayanya masing-masing. Aku pun takut jugak tapi takut campur marah. Rasa-ko,-tadi-nak-sangat-panggil-polis-sekarang-diaorang-dah-ada-sini-jawablah that kind of jeling bila aku pandang muka masing-masing tu.

Dalam hati aku kata, itulah diaorang ni, Ferry E, Cik Esther, David, Haryanto, AhCeng, cakap berdegar-degar tahi sangkut di gelegar. 

------------------Pause:-----------------------

Zaman dolu-dolu, biasalah kan, tandas/jamban/bilik termenung di luar rumah, if they have one. Kadang-kadang tu satu jamban dikongsi beberapa keluarga. Kalau tak pun di semak-semak, di sungai, di mana ajelah yang jauh dari preying eyes sebab dulu pun banyak jugak Peeping Toms. Orang dulu-dulu jenis yang kuat-kuat, yang kerja berat, mentality pahlawan semua kan? Term cakap berdegar-degar tahi sangkut di gelegar ni dicoinkan dari kisah satu mamat ni yang kalau waktu siangnya, kalau ada apa-apa, dia memang cakap besar. Semua dia boleh buat, semua dia berani, semua dia tahu, semua dia dapat laksanakan. Tapi bila waktu malam, bila dia terasa nak berak, dia takut nak ke jamban yang di luar rumah. Gelap, takut hantu ker takut apa-apa ajelah. At last dia berak dan terpaksa *tapau* dan sangkut di gelegar rumah, untuk dibuang besoknya bila dah siang.


Kesimpulannya, Cakap Berdegar-Degar, Tahi Sangkut Di Gelegar ni bermaksud orang yang cakap besar tapi sebenarnya penakut. Sounds familiar aje kan? Ini idiom lama yang tak ramai orang tahu, so kita kenalah buat idiom baru biar senang orang faham. Macamana dengan, Badan Berketul-Ketul, Malam Kencing Dalam Botol. 

--------------------------------------

Bagus jugak polis Amerika ni, tak macam polis di Malaysia.Atau memang kebetulan polis tu polis yang bagus. Anyway, lepas aku terangkan dengan diaorang, diaorang katalah yang diaorang dan kitaorang jugak, tak ada hak untuk halau AhCeng. Ferry E tak ada pun surat kontrak sewa rumah, legal papers nak duduk di Amerika pun tak ada, inikan pulak surat sewa menyewa. Polis tu macam layan tak layan ajelah bila David sama Haryanto kata macam-macam benda yang bukan-bukan,kata AhCeng jahat orangnya, diaorang takut tinggal di apartment tu. Macam-macam lagilah, aku yang jadi tukang translate pun macam b-odoh, diaorang marah kata aku tak translate habis. Memanglah, aku tak translate habis-habis, benda-benda yang tak masuk akal. Aku tak nak polis tu ingat aku bermentality macam diaorang tu jugak kalau aku tanya benda yang bukan-bukan. Polis tu suruh kitaorang settlekan masalah tu sama-sama sendiri aje, kalau ada apa-apa hal lain baru talipun polis. "Kok gini ya polisi Amerika", David merungut. Kok gini apa pulak? Memang macam tu, kok gini orang Indo. Memang polis tak boleh buat apa-apa, tak ada bukti, tak ada kes pun sebenarnya di mata polis tu. Kok gini! 

Bila dah settle semuanya, aku tengok Haryanto, David, Ferry E, Cik Esther,semuanya macam orang tak puas hati. Memanglah, AhCeng masih boleh tinggal di situ,sure ada halnya nanti. Sebelum polis tu blah, dia mintak nak tengok ID pasal diaorang kena buat lapuran, masing-masing semua suruh aku kasi apa-apa ID pasal aku yang jadi jurucakap, lagipun itu bilik aku. Berderau darah aku, mana aku ada ID yang ada photo. Takkan aku nak kasi passport aku. Gila! Aku kata sama polis tu aku nak naik ke bilik aku (diaorang semua di tingkat 1). Aku signal suruh David sama Mus sama ikut naik. Kat bilik, aku marah sama David.Aku kata, itulah, kan dah polis mintak ID, mana aku ada ID? Mus pun sama marah, dia kata diaorang ni semuanya nak menyusahkan orang aje. David aku tengok jadi serba salah, dia keluarkan wallet dia, dia suruh aku guna ID palsu dia. Polis tu pasti tak perasan sebab gelap jugak kat bawah tu. Aku kata aku tak nak lah sebab bahaya, nanti lagi panjang cerita. Hilang kes nak suruh AhCeng keluar, kita semua ditangkap.

Dalam panik, dalam marah tu, aku ambil kad library aku, aku turun bawah, aku kasi polis tu, aku kata wallet aku kat dalam beg jadi aku tak ada ID yangada photo, ID yang aku boleh tunjuk hanyalah kad library tu. "That's ok, I just need to know your name", kata polis tu. Ya Ampun, leganya aku. Itulah, kalau dah orang gelap tu, fikirannya jadi bukan-bukan.

Malam tu, berkokoklah AhCeng, dia ingat dia menang. Lagilah di cakap besar, lagilah dikutuk-kutuknya orang lain. Aku dengan Mus aje yang tak dikutuk. Aku layan jugaklah dengar dia cerita, hebat jugak gayanya si AhCeng tu, dia tunjukkan aku Visa card Bank Of America dia, and a few other gold cards. Dia dapat di mana cards semua tu? Dia kata waktu di Indo dulu dia kawan baik dengan menteri-menteri, ada kenalan menteri yang di New York yang tolong dia dapatkan cards tu. Jealous jer aku tengok cards dia tu, dulu akupun banyak cards, masa di Malaysia dulu. Sekarang ni, ada kad library jer. Even kad pengenalan, Lesen Memandu, semuanya hilang dulu tu. Tak apalah, tak ada cards bagus jugak, tak ada masalah.