Dah seminggu aku tak kerja mulahlah terasa bosan pulak, duit yang ada sesikit tu pun dah kurang jadinya. Aku pun dah mula gelabah jugak, what if tak ada kerja nanti? Aku ada phoned a few friends and agents yang aku kenal, semuanya kata tak ada kerja kosong. Kalau ada pun tempatnya jauh, ramai sangat orang Indo atau kerjanya terlalu berat atau terlalu membosankan. Aku ni memilih kerja jugak kadang-kadang tu, kalau di tempat kerja tu tak ada orang yang aku kenal, aku tak nak. Kalau kat tempat kerja tu ramai sangat orang Indo lagilah aku tak nak. Macam-macam perangai, tambah-tambah kalau ramai perempuan, gossip sana gossip sini, jenis yang cari muka, memang berlambak. Tak boleh nak salahkan diaorang, diaorang ni dah tua macamana pun jenis yang sambil menyelam, minum air. Sambil mandi, sambil kencing. Gitu.
Kalau diaorang dapat laki kan dah boleh jadi warganegara, senanglah. Sebab tu lah diaorang manja bukan main dengan orang-orang yang berkepentingan. Walaupun setakat pandai dua tiga perkataan aje. Itu yang selalu buat aku berfikir, manusia ni akan buat apa saja untuk mendapat kesenangan. Diaorang tak fikir ker, kan ker diaorang ada laki bini, anak bini kat Indo sana, tak rasa guilty ker? Tapi itulah, aku memang tak biasa dengan cara macam tu, bagi diaorang, itu memang bukan satu masalah langsung.
Bila nak masuk minggu kedua tak kerja, kepanikan aku makin kuat, aku cakap dengan Mus yang aku terpaksa turun New York pergi jumpa Makcik Jenny untuk cari kerja restoran, terpaksa. Takut jugak aku, mana nak bayar sewa bilik lagi, nak makan lagi. Aku cakap dengan Mus yang aku tak nak pergi lama, setakat dua tiga bulan jer, aku balik semula nanti bila summer.
Tapi gitulah, bila ada plan, ada jer yang kacau daun. Waktu aku tengah pack barang, ada satu orang Indo ni yang kepoh sangat yang dulu aku ajak dia kerja sama dengan kitaorang, datang. "Joe, bersiap kamu untuk kerja, nanti jemputan datang jam setengah 3", dia kata gitu.
"Kerja apa? Aku nggak mahu kerja, aku mahu ke New York besok", aku tak layan jer.
"Eh, aku udah daftarin nama kamu sama ajen tu, nanti kalo kamu nggak kerja, aku bisa dimarahin", dia kata lagi.
"Tapi aku udah mau ka New York lah, gimana sih?", berbelah bagi jugak aku.
"Apaan kamu di New York,kamu ni ke New York melulu",dia tanya lagi.
"Aku mahu cari kerja lah, udah 2 mingu nggak kerja ni", aku jawab lagi.
"Lah, kok ini aku tawarin kerjaan kamu nggak mahu, mahu ke New York, ngapain kerja di tempat lain? Kerja di sini banyak teman. Ayuh, kamu kerja ajalah, aku udah bilang sama ajen tu kamu udah lama nggak kerja, nanti aku dimarahin nya sih", dia kata lagi.
"Oklah, oklah, kamu nih, ada-ada aja", aku mengalah.
Tak jadilah aku ke New York. Aku ambil nombor talipun ajen tu and called her, orang Cina dari mainland China (kalau orang Indo kata, orang Cina daratan atau orang Cina talu), dia kata ada one Indo woman akan jemput aku pagi besoknya pukul 7 pagi gitu.
Besoknya aku dijemput oleh Catherine, naik kereta dia, woi, besarnya kereta, kereta baru lagi. Aku sembang kejap aje aku dah tahu aku boleh baik rapat dengan Catherine pasal dia jenis lawak punya orang, jenis banyak cakap, cakap menyindir, gossip orang.Dia ni sudah dalam proses untuk dapat Green card (dia buat asylum), itu yang boleh beli kereta tuh, suami dia kerja hantar jemput orang pergi kerja jugak.
Lima orang semuanya, aku sorang jer lelaki. Yang 3 orang lagi tu semuanya kawan-kawan Catherine. Kat tempat kerja yang tak berapa jauh dari tempat kitaorang tu, ada lagi satu group Indonesians yang aku tengok, tua-tua, perempuan semuanya. Ada sorang jer lelaki muda. Ada 2 orang perempuan Indo yang dah memang jadi pekerja tetap kat situ, yang bahasa Inggerisnya cukup bagus.
Diaorang tengok kitaorang yang baru masuk tu biasalah kan, sebelah mata ajelah. Tapi sebab kitaorang disuruh kerja di bahagian lain, tak adalah nampak sangat kelampiran diaorang. Kitaorang pun biasalah, mengutuk jugaklah, "itulah orang Indo, kalo udah lama kerja, kita disuruhin bikinin segala". Kerja yang kitaorang buat memang kerja boring, kerja gantungan kunci, kata diaorang. Buat keychains. Not really buat keychains, cuma masukkan label kat key-chains. Alah, key-chains yang macam-macam bentuk tu,yang ada gambar-gambar kartun tuh, yang bebudak suka tu lah.
Yang lucah-lucah pun ada, yang bodoh-bodoh pun ada, macamm yang satu tuh, wordings dia,"How to make an idiot busy. Turn over. Kat belakangnya pun tulis benda yang sama, How to make an idiot busy? Turn over.
Kadang-kadang tu ralit jugak aku baca benda-benda yang ditulis, banyak idea diaorang nih. Ada jugak kerja masukkan stickers, car stickers, jeans stickers etc, masukkan dalam plastik and then di staplekan. Memanglah nampak enteng, tapi banyak, puluhan boxes kena buat, di suruh buat ikut target. Itu yang pening tu, perlu disiapkan dalam a few jam, kalau tidak, disuruh berhenti, disuruh balik. Jadi tak bercakaplah kitaorang, kerja macam lipas kudunglah memasing. Sambil berdiri pulak tu, rules yang paling lawak sekali, tangan dan siku tak boleh ditaruk di meja, macam orang malas. Memanglah kalau dah letih, atau kalau nak senang, buat kerja sambil siku di meja, tapi lambat jadinya. Supervisor tu tengok dari control tv kat bilik dia. Kitaorang baru, jadi kenalah di awas betul-betul. Tapikan, kalau dah perempuan tu perempuan lah kan? Ada aje cara nak communicate tanpa disedari, diaorang buat lawak, mengutuk tapi tak pandang muka, takut orang perasan. Lagi hebat mengutuk cara tu, sampai aku tak faham yang diaorang mengutuk ker diaorang marah ker pasal masing-masing buat muka serious, mulut jer yang kumat-kamitnya. Aku sakit perut menahan gelak, lagilah aku diusik diaorang.
Kalau diaorang tu bukan bini orang sure aku dah jatuh cinta dah agaknya, then again aku tak suka pulak kalau anak dara usik aku, aku takut nanti tergoda lak kan? Silap-silap kawin ngan orang Indo lak aku nanti. Nak taruk nama apa pulak kalau ada anak nanti? Martopo? Hendarto? Bambang?
"Lu awas, lu hati-hati sama James Supervisor tu, dia tu anih orangnya", kata Catherine.
"Masa? (Betul ker?)", aku tanya dia balik. "Benar, kerna itu nggak ada cowok (lelaki) kerja di sini, semuanya cewek (perempuan), dia pasti senang sama kamu, awas lu, nanti dikerjain pantatt (bontot) lu', diaorang gelakkan aku.
"Nggaklah, kalian bikin cerita aja", aku dah tak sedap hati.
Aku gelak ajelah. Memanglah James dengan assistant dia selalu datang tengok kitaorang kerja, suruh itu suruh ini, dan disebabkan aku lelaki, selalulah aku disuruh buat itu ini, angkat itu ini, ambil apa-apa barang. And aku buat pun cepat, sebab aku tahu apa yang diaorang suruh, aku faham. Kalau orang lain tu payah sikit sebab diaorang tak faham. Dan kalau ada apa-apa yang aku tak faham aku tanya diaorang, bukan langsung aku nak grab attentions. Kerja pun jadi senang kalau semuanya organized.
Tapi itulah Catherine, tiap kali bila dia tengok aku bercakap dengan James, dia selamba jer cakap dalam Bahasa Indo, kuat-kuat, "Awas pantat (bontot) lu Joe". Last-last aku yang gelak. Kadang-kadang kalau James panggil aku, aku buatlah pura-pura dua-dua tangan aku tutup b-ontot aku sambil berjalan tuh. Sajalah nak kasi diaorang gelak, kan ker aku ni lucu and full of life punya orang? Masa tu lah nak grab attentions sikit kan? Kasi orang suka dengan aku kan? Tak, sebenarnya sajaah aku melawak gitu, taklah rasa boring sangat kerja kat situ jadinya.
James pun sebenarnya tak ada apalah, aku tengok dia biasa jer, mungkin sebab sebelum ini tak ada yang dia boleh suruh itu ini, tak ada lelaki yang have no problem communicating dengan dia, itu yang dia selalu suruh aku tuh. Orangnya handsome, kalau pun itu nak dijadikan alasan yang dia banci then memang patutlah sebab biasanya lelaki handsome ni yang jenis ada penyakit gitu. Untung aku bukan handsome, kalau tidak mungkin jugak ada orang yang berfikian cetek macam aku ni yang akan buat tanggapan yang bukan-bukan.
----------------------------------------------
Lama-lama seronok jugak kerja di tempat tu walaupun kitorang cuma berlima sedangkan kumpulan lain ada hampir seramai 20 orang. James dan assistantnya serta 2 perempuan Indo yang bekerja tetap di situ pun baik jugak walaupun diaorang tak berapa suka dengan Catherine yang jadi leader kumpulan kitaorang. Catherine jenis tak kisah kalau diaorang suruh aku instead of suruh dia untuk uruskan apa-apa hal, walaupun dia leader. Catherine selalu kata yang dia ada rasa yang dia akan dipecat sebab dia ni jenis yang suka melawan sikit, kalau orang suruh buat sesuatu, dia buat dak jer.
Itu yang selau kitaorang kutuk orang-orang yang kat situ sebab dengan kitaorang berlima pun diaorang boleh kalah. Catherine tanya kitaorang berempat, kalau salah sorang dari kitaorang dipecat, apa nak buat? Semua setuju yang kalau salah seorang dipecat, semuanya akan ikut berhenti. Jadi itulah kerja aku untuk beberapa minggu berikutnya.
Satu hari tu, Angie, one of the Indo girls kerani tu panggil aku masuk bilik James. "Joe, kamu orang seberang ya?",pasal pulak dia tanya macam tu?
"Iya", aku jawab ringkas.
"Saya udah tahu, cuma mahu kepastian aja, kamu bisa Bahasa Indonesia kan?", dia tanya aku lagi.
"Dikit-dikit aja", aku jawab.
"Gini, James suruh saya bilang sama kamu, dia mahu ambil kamu jadi pegawai tetap di sini, dia tau semua yang di sini nggak punya surat segala, tapi itu bisa diurus dong. Masalahnya, kamu di kumpulan lain, jadi nggak enak kalo kamu langsung ditawarin masuk", panjang lebar dia explain pada aku. "James bilang, kamu keluar dari kumpulan kamu, kemudian kamu masuk kumpulan lagi satu, gitu baru bisa", kata dia.
"Nggak mahu lah saya kalo gitu, nggak enak sama teman-teman, kerna udah kompak (sekepala) gitu sih", aku jawab.
"Tapi kumpulan kamu itu nggak bekalan lama sih, nggak tau sampai kapan kontraknya selesai", dia pancing aku.
"Kamu fikirinlah, nanti bilang sama saya kalo kamu setuju kerna James senang banget sama kamu, dia bilang kamu pinter, lagi kamu udah berapa minggu di sini, udah tau segala",pandai dia jek aku.
"Nantilah saya fikirin", aku jawab balik.
Mulanya aku nak cakp sama Catherine, tapi bila aku fikir balik, takut dia bengang pulak, sure dia komplain kat agent Boss kitaorang. Jadi aku diamkanlah, aku fikir jugak, kalau aku terima offer tu, bererti aku akan bekerja dengan kumpulan yang lagi satu tuh, tak nak lah aku, aku tengok diaorang semuanya jenis tak sekepala dengan aku, lagipun diaorang semua Jawa, bukan macam Catherine dengan kawan-kawan dia tuh, diaorang orang Jakarta, guna Bahasa Indo rasmi.