Saturday, September 22, 2012

Joe Luncai Dengan Labu-Labu Nya




Is this the real life? 
Is this just fantasy? 
Caught in a landslide 
No escape from reality 
Open your eyes 
Look up to the skies and see 
I’m just a poor boy 
I need no sympathy 
Because I’m easy come, easy go 
A little high, little low 
Anyway the wind blows 
Doesn’t really matter to me 
To me..... 


Aku jadi serba salah jugak bila dah tak kerja, aku tak tahu ke mana nak pergi, apa nak buat. Nak lepak di rumah, di bilik aku, rasa tak seronok sebab Will ada. Aku tak boleh guna phone line sebab alasan dia, dia nak guna phone untuk cari kerja, lagipun senang kalau ada sesiapa call. 

Aku faham. So aku ke internet cafe aje lah, aku ke library. Aku habiskan masa aku gitu aje. Bila dah malam, bila semua orang dah tidur, baru aku balik ke rumah. Waktu itu aje lah aku boleh berinternet. Kadang-kadang aku ke tempat Mus, sembang-sembang sambil makan makanan Indo yang aku beli dari one kedai Indo tak jauh dari apartment kitaorang. Kadang-kadang beli tempeyek, beli lontong sayur, beli bubur pulut hitam. Sayur nangka, sayur daun sinkong. Tak lah sedap rasanya tapi the thought of boleh makan makanan macam kat Malaysia pun dah buat aku jadi kenyang. 

Mus ajak aku balik ke Boston aje, naik bas, kitaorang berdua. Mulanya aku setuju tapi bila difikir yang kitaorang tak ada duit, tak ada legal papers, aku jadi agak keberatan. Aku takut. Aku katalah yang dulu datang ke California sama keluarga Yanti, kalau nak ke East Coast balik, kita kena balik dengan diaorang jugak. Kalau diaorang mahu. Tapi memang gayanya Yanti tak nak sebab dia tengah rak bercinta dengan Peurto Rican tuh. 

Aku ada beritahu Mus yang Will sudah tahu pasal Yanti, Mus puji sesangat aku sebab berani menceritakan bebenda gitu tuh. Dia kata, memang patut pun Will tahu. Macamana pun, aku suspen jugak masa tu. Takut kalau rumahtangga diaorang porak peranda. Tapi aku akan lebih rasa guilty kalau Will marah aku pasal tak beritahu dia cerita sebenar kalau betul-betul benda tu terjadi. 

Ada dekat 2 minggu aku tak kerja, susah di tempat yang tak ada kenal ramai orang. Kalau aku di East Coast, kalau dah 2 minggu tu, aku dah sure turun New York jumpa Makcik Jenny, cari kerja restoran. 

Satu hari tu waktu aku ke laundry, aku ada terbaca iklan yang ditampal kat situ. "I want the worker....." Sah lah itu Cambodian punya ajen kerja, pasal English nya memang gitu. Aku talipun lah nombor yang ada di iklan tu tuh. Ajen tu cari orang untuk bekerja di ladang, kerjanya 12 jam sehari, 6 hari seminggu. Dia suruh aku cari a few other Indonesians sebab tak ada orang Indo yang kerja di situ. Biasanya, setiap tahun, sure ada orang Indo yang kerja. Dia katalah yang kerja tu bermusim, untuk selama tiga atau empat bulan. 

Aku tak fikir panjang lagi dah, terus aku setuju. Kat laundry tu jugak aku cari-cari kalau ada orng Indo, ada aku terjumpa satu orang, yang kebetulan tak kerja jugak. Dia setuju ikut aku. 

So, Monday morning tu, pukul 5 pagi, aku sama Toni, tunggu lah ajen tu datang jemput kitaorang kerja. Dekat sejam jugak perjalanannya ke ladang tu, dalam van tu penuh dengan Cambodians, ada dua orang perempuan Cina. Luas betul kawasan farm tuh, macam-macam yang ditanam. Bunga-bunga, pumpkin, jagung, macam-macam lah. Dan aku tengok ada belasan vans yang membawak pekerja yang kebanyakannya Mexicans. Ajen tu kata ada 600 orang lebih. 

Aku sama Toni ikut aje lah. Rasa terasing sangat kitaorang, yang lain semuanya happy jer sama dengan geng memasing, aku sama Toni duduk tercangak-cangak menengok timbunan jagung kat dalam gudang yang luas macam terminal airport tuh. Aku sama Toni disuruh ikut kumpulan Cambodians yang kerja menyusun bunga. Punggah bunga sebenarnya. Masukkan pasu-pasu bunga ke dalam trailer. 

Tak ada lah berat sangat kerja memunggah pasu-pasu bunga tu, cuma kerjanya agak kotor. Tambahan pulak semalamnya hujan, jalan becak nak mampos.Walaupun membosankan tapi rasa seronok jugak dapat tengok berbagai jenis bunga yang ditanam, bermacam-macam jenis. Lepas lunch, kitaorang disuruh pindah ke bahagian lain, menyusun bunga. Mana-mana bunga yang dah agak layu, dibuang daun-daunnya, dibersihkan mana-mana yang patut. Waktu tu dah panas terik dah, aku, macam bunga-bunga tu jugak, dah layu habis dah. 

Tapi nak buat macamana, terpaksalah aku teruskan jugak. Toni, waktu dari pagi lagi dah kata yang besoknya dia dah tak nak datang kerja situ lagi dah. Banyaklah alasan dia, kerjanya berat, kotor, tak ada orang Indo, panas. Macam-macam. 

Waktu balik tu, itu yang buat sedih jer aku, bila aku fikir. Kitaorang disuruh naik ikut lori yang memunggah bunga-bunga tuh, berebutlah memasing panjat sana panjat sini, bergayut sana bergayut sini. Hina sangat aku rasa. Macamana pun, aku perhati sebijik-sebijik muka diaorang yang dalam lori tu, Mexicans, Cambodians, Vietnamese. Diaorang pun susah macam aku jugak, tapi tak ada gaya pun yang diaorang tak suka atau malu buat bebenda gitu tuh, diaorang selamba jer, macam biasa jer. Aku jer yang walaupun senyap, tapi fikiran jauh melayang ke sana sini. 

Hari besoknya, aku seorang aje lah yang tunggu ajen tu datang untuk menjemput aku kerja, Toni dah berhenti. Tak pulak disuruh kerja memunggah bunga, instead aku disuruh kerja dengan sekumpulan Cambodians, kerja di ladang labu. Kerja memetik labu. Macam-macam bentuk labu yang ada, dari yang sekecil-kecil labu macam buah cocoa, sampailah yang besar dan berat, sebesar perut orang mengandung. 

Panas teramatlah pasal langsung tak ada tempat berteduh. Nasib baik aku bawak dua helai baju kerja, satu tu aku gunakan untuk tutup kepala. Tangan dan lengan aku biarkan aje lah kena panas yang terik sangat tu tuh. Another kerja yang membosankan, terbongkok-bongkok memetik labu yang berduri, masukkan ke dalam tong, bila tong tu dah penuh, susun banyak-banyak supaya senang untuk dipunggahkan ke dalam lori. 

Aku taklah rasa terasing sangat pasal orang-orang Cambodians tu kebanyakannya muka macam orang Melayu, lagipun diaorang ingat aku Indonesian, jadi diaorang baik jugak dengan aku. Suruh aku kerja perlahan-lahan, tanya itu, tanya ini. Aku taklah rasa bosan sangat sebenarnya sebab hari tu tuh aku bawak music box yang kecik, sebab aku tutup kepala aku, tak ada yang perasan yang sepanjang waktu aku dengar radio jer. Patutlah ralit sangat kerja. 

Bila dah petang barulah disuruh memunggah labu-labu tu ke dalam trak, itu yang beratnya tuh, labu yang kecil-kecil lah yang paling seksa untuk diangkat sebab banyak, bila ditaruk dalam kotk, akan jadi berat. Labu yang besar, selamba jer, taruk satu jer dalam kotak, dah penuh. Tak berat sangat. Labu-labu tu sebenarnya untuk diguna masa Halloween akhir bulan sepuluh tuh. 

Hari besoknya, hari ketiga, hujan turun renyai-renyai. Aku ingat, sure disuruh kerja di bahagian dalam gudang, kerja packing ker, kerja sorting ker, apa-apalah kerja yang patut. Instead, aku disuruh ikut sekumpulan Mexicans, kerja di ladang jagung. Kerja memetik jagung.Aku tak boleh imagine macamana jagung dipetik sebenarnya waktu memula aku sampai kat ladang yang letaknya agak jauh dari the main ladang tuh, yang nak sampai ke situ pun terpaksa naik lori selama setengah jam. Luas teramatlah kawasannya. Aku tengok, ada satu mesin yang aku rasa macam pernah tengok kat dalam buka geograhpy masa aku sekolah dulu. Mesin yang ada conveyor, mesin yang panjang tuh. Aku mulanya agak, jagung dipetik guna mesin, tapi rupanya salah tanggapan aku. Jagung tu dipetik oleh manusia! 

Setiap orang disuruh beratur, di suruh petik mengikut barisan jagung, di kiri kanan. Jagung yang dah dipetik, dimasukkan ke dalam bucket, pokok jagung tu kemudian dipatah-patahkan. Bila dah penuh bucket, usung dan lambakkan ke conveyor mesin tu yang dibawa perlahan-lahan dari belakang. Oooo...gitu rupanya. 

Rasa seronok jugak mula-mula tu, seronok ntah apa nya lah. Cuma aku rasa, itu aje peluang aku, itu aje pengalaman aku yang aku rasa orang lain susah nak jumpa. Kerja memetik jagung. Dan aku akan ingat sampai bila-bila pengalaman aku tu tuh. Bukan senang nak dapat peluang kerja petik jagung. Tapi lama-lama bosan jugak, miang kena daun jagung tuh, lagipun kerjanya kena cepat, kalau tidak mesin tu macam nak sondol aku jer. Itu yang aku tak petik semua jagung tuh, mana yang elok jer aku petik, yang lelainnya aku buat macam tak nampak jer. 

Hujan turun semakin lebat, semua orang dah menjerit-jerit tanya mana Supervisor, mana Supervisor, sebab takkan nak kerja dalam keadaan hujan yang turun mencurah-curah tuh. Bila dah dekat lunch hour baru disuruh berhenti, orang-orang Mexicans tu semuanya lepak dalam van aje, tapi aku, sebab dah basah habis semuanya, aku lepak di luar aje lah, lepak bawah pokok. 

Sambil makan tuh, sambil duduk mencangkung, sambil air hujan menitis-nitis, aku mengelamun aje lah. Sedih nya jangan ceritalah. Aku macam tanya diri aku, mengapa sampai begini jadinya aku? Aku tak ada jawapan. Mengapa hina sangat aku buat diri aku jadinya? Aku tak ada jawapan. Mengapa aku biarkan aku menyiksa diri sendiri? Aku tak ada jawapan. Tapi aku ta puas hati, takkan tak ada jawapannya persoalan-persoalan gitu tuh? Atau aku sengaja tak nak cari jawapannya, sebab jawapannya amat perit, aku tak sanggup fikir? 

Aku fikir balik, aku tak menyiksa diri aku, aku tak menghina diri aku, aku terpaksa buat bebenda gitu sebenarnya. Bukan untuk selama-lamanya lah, hanya untuk sementara. Tak apa lah aku rasa hina sangat, itu ego aku aje. Tak apalah aku rasa macam aku menyiksa diri aku aje. Itu pengalaman, itu pengajaran, tak akan aku dapat pengalaman dan pengajaran macam tu di tempat-tempat lain. 

Cuma yang buat aku betul-betul sedih, bila aku fikir yang kalau ada orang yang aku kenal, yang tahu keadaan aku macam tuh, pasti diaorang akan menangis tengok aku. Sedangkan aku yang memangnya degil, yang kononnya kuat mental, pun mengalir air mata bila fikir keadaan diri aku yang jadi hina sangat macam tu tuh. 

Tapi tak apalah, tak ada siapa yang tahu, hanya aku yang tahu. Dan aku nak buat tak tahu aje lah yang aku tahu. Bagus jugak aku ni nih, dalam keadaan macam tu, aku tahu bila aku harus buat-buat tak tahu. 

On and on the rain will fall
Like tears from a star, like tears from a star
On and on the rain will say
How fragile we are, how fragile we are
How fragile we are, how fragile we are

[Fragile - Sting]

Bila hujan dah reda, baru kitaorang teruskan balik kerja memetik jagung tuh, punyalah siksa sebab pokok-pokok jagung tu basah. Aku, macamana pun, macam ada semangat baru, aku fikir, daripada aku lamenting nasib hidup aku, lebih baik aku buat-buat happy, lebih baik aku tak fikir sangat, lebih baik aku enjoy apa yang ada. Bukannya aku satu orang begitu idupnya. 

Mungkin Mexicans yang kerja sama aku tu hidup diaorang jauh lebih susah dari aku. Diaorang selamba jer, diaorang happy jer. Itu yang buat aku ada semangat sikit tuh. Aku terus tak fikir dah bebenda remeh, bebenda yang bermain di kepala aku. Aku terus aje buat kerja, aku cuba cari idea untuk menghappykan diri aku. Aku akhirnya jadi tekun, jadi ralit kerja. 

Dalam hati aku kata, tak apalah, nanti kalau ada orang tanya, field apa aku punya pekerjaan? Aku bolehlah innocently jawab, corn field. Tak ker kelas? Hari-hari seterusnya aku disuruh either kerja punggah bunga atau kerja memetik labu. Dua-duanya aku dah tak kisah, petik labu pun petik labu lah. Punggah bunga pun, punggah bunga lah. Payah amat.Akhir minggu tu, dapat gaji. Lega aku sebab masa tu aku dah tak ada duit dah sebenarnya. Bayar sewa, beli itu ini, tu yang buat tak ada duit tuh. Mus pun bayar hutang sikit-sikit, sebab dia pun macam aku jugak, takat kais pagi makan pagi jugak. Tapi tak apa, sebab kitaorang dua-duanya kerja.
----------------------------------
Sepanjang aku bercampuran dengan South Americans nih kan, sebenarnya aku boleh diterima jugak. Sebab aku pun ada muka-muka Spanish, kulit sawo matang, hidung mancung, rambut hitam. dan aku pandai sesikit Spanish. Lawak diaorang aku boleh faham, dan aku pun dah berani mencarut in Spanish. 

Words like pendejo, puta madre, cabrón, dah tak jadi hal dah walaupun semuanya offensive. Itu yang kalau dalam van pergi balik kerja, kalau masa tengah kerja sesambil menyusun bunga, memunggah labu, aku ikut jugak diaorang menyanyi. This his one particular song yang aku suka sangat, sampaikan aku hafal liriknya, ikut sama-sama diaorang menyanyi. Sampai pejam-pejam mata menghayati irama dan senikata lagu tuh, one of Mexican's all time popular songs kalau tak salah aku.