Saturday, September 22, 2012

Right Here Waiting (3)


Sabtu, Kamal dikasi off, half-day. Disuruh masuk pukul 5, for dinner. Aku sama Ba'in jer yang kena buat segala kerja, kan ker dua-duanya orang baru? Ada ajelah yang tak kenanya. Dan Kelvin pun boleh spot apa yang tak bersihnya bebenda yang kitaorang bersihkan itu. Bertalu-talu lah kitaorang kena marah. Ba'in semakin diam jadinya, aku ada semangat jugak sebenarnya sebab Kamal tak ada, aku tak berapa suka sebenarnya dia tuh, cakap besar, lagi suka memerintah orang. Dia jeles sebab dua-dua hari aku dapat tips leagi banyak dari dia. 

Bila keadaan macam tu, aku kena dive low, kena keep low profile gitu. Sibuk jugak waktu lunch tu, sampai aku dapat dekat 40 dollars, dalam masa 2 jam jer. Aku banyak perhati tetamu yang datang, aku pun banyak tengok cara Kelvin (kadang-kadang dia eja nama dia Calvin) greet customers, memang lah dia bermuka-muka, memanglah muka dia sentiasa manis, memanglah customers tu b-odoh, dengan senyuman yang dibuat-buat diaorang sanggup datang sampai dua tiga kali seminggu. Memang lurus bendul diaorang tu. Aku respect habis cara Kelvin pancing customers, dan aku jadi bosan jugak akhirnya sebab itu semua hanyalah lakunan. Customers tak tahu apa sebenarnya di balik tabir tuh, another sweat shop sebenarnya.

Entah apa salahnya petang tuh, aku sama Ba'in teruk dimarahi, Ba'in kata, "Udahlah, aku kabur ajalah". "Aku pun sama lah, aku mahu kabur ajalah, mau ka New York ketemu MakCik Jenny, cari kerja restoran. Kalau nggak pun, aku ka Boston, kerja fabrik udahlah", aku kata. Kitaorang siap salam tangan lagi, memang confirmed. "Kapan?", aku tanya dia balik. "Hari Senin, besok pasti nggak ada bis (bas) mau ka New York", Ba'in jawab. "Pasti ada,lah, ngakk apa-apa, nanti malam aku telpon Greyhound", kata aku.

Malam tu, sibuk jugak waktu dinner, memang betul apa yang Kamal kata, weekend ajelah masa nak buat duitnya. Kalau betul-betul ligat tu memang boleh buat duit. Aku cuba sedaya boleh, aku layan orang makan sebaik mungkin, aku clearkan tables secepat boleh supaya ramai yang dapat makan. Kadang-kadang tu seronok jugak "mengutip duit" kat meja-meja tuh, hilang penat, hilang malu. Walaupun masa aku bersihkan meja tu aku taklah terus terkam duit tips, tapi anak mata aku akan singgah di situ dulu, kemudian buatlah pura-pura ambil piring, gelas, pinggan kotor. Duit tips ambil last sekali, ambil macam nak tak nak jer kononnya. Sebab ada orang tengok, kalau tak Kelvin, tetamu yang di sekeliling. Aku kenalah maintain aku punya kecoollan kan? Aku bukannya macam diaorang, kalau nampak duit di meja, terus terkam. Aku bukannya macam diaorang yang kalau ada duit segumpal di meja, duit tu dikira dulu, kemudian senyum, kemudian ditaruk dalam waist apron tuh. Tak tau malu ker? Ada orang tengoklah, kita kenalah jaga kita punya reputasi, kita bukannya desperate for money sangat kan? :-) 

Siul jer, aku dapat $125, Kamal dapat lapan puluh lebih (sebab dia kerja separuh hari jer), Ba'in dapat dekat seratus jugak. Hilang rasa letih, terbang rasa marah, too bad aku dah nak berhenti. Pagi Ahad tu diaorang bangun lambat jugak sebab Sundays kitaorang mula kerja pukul 10-30 am, instead of 9-30 am kalau hari-hari biasa. Aku bersiap seperti biasa, aku tengok Ba'in selamba jer, macam tak ada gaya nak pergi kerja. "Sorry Joe, aku mahu kabur hari ni", dia kata, waktu aku sedang iron baju. "Kamu serious?", terkejut jugak aku, kan janjinya nak kabur Monday? "Bener, kamu terusin aja kerja di sini, Kelvin senang sama kamu", jawab Ba'in. "Kok kamu gitu sih, kalo kamu bilang kelmaren, aku bisa kabur sama kamu, tapi kalo sekarang ni, aku nggak bisa sih, Kalo aku mahu kabur, aku kabur pagi-pagi, aku telpon teksi aja", aku jawab. "Nggak apa-apa, kalo Kelvin nggak mahu hantarin aku ka stasion, aku telpon teksi ajalah", sedih aje dia jawab. Kelvin sikit pun tak marah bila dapat tahu Ba'in nak berhenti, dia dah biasa gitu agaknya, dia dah expect antara kitaorang berdua, sure ada yang akan berhenti. Cuma dia silap, mungkin dia ingat aku yang berhenti, memang sepatutunya aku yang berhenti. Bukan Ba'in. Tapi aku hero, mana boleh hero berhenti separuh jalan kan? 

Nak pengsan aku sama Kamal kerja berdua waktu lunch tu, ramai orang yang datang, sama ramai dengan yang balik. Masing-masing datang segerombolan, semuanya berpakaian cantik sebab baru balik dari gereja. Even pastors pun ada datang. Tak kasi tips lagi tu :-) Petang tu Kelvin beritahu aku sama Kamal yang kalau kitaorang nak berhenti, kasi notice terlebih dahulu. Jangan buat macam Ba'in, berhenti tiba-tiba jer. Kamal jeling jer kat aku pasal dia tak ada niat pun nak beritahu Kelvin yang dia nak berhenti next Sunday. Kelvin tanya kalau kitaorang ada kawan yang nak kerja jadi waiter untuk gantikan Ba'in, cepat-cepat aku geleng kepala. 

Kamal kata dia ada kawan di Ohio yang tak kerja, senang jer Kamal pujuk kawan dia tu, dia setuju untuk datang dalam masa sehari dua. Dapatlah seratus lebih jugak hari tu tuh, iyalah, sebab dua orang aje yang kerja.

Kawan Kamal tu tiba 2 hari kemudian, kampung habis orangnya, Hudi nih. Tapi jenis yang berdegar-degar jugak cakapnya. Tak taulah mungkin aku ni jenis yang selalu fikir negatif sangat agaknya, tapi kalau itu sebenarnya, aku rather berfikiran negatif lah. Hudi ni terover kepositifannya, langsung tak reti English, tapi nak jadi waiter. Dia ingat dia bagus jer. Kelvin mulanya nak suruh Hudi ni balik jer tapi aku kata, kasi Hudi tu peluang sebab kita tak tahu apa akan jadi next (baik aku nih kan? ekekek) Aku adalah kiaskan yang Kamal nak berhenti tapi Kelvin lembab sikit nak tangkap maksud aku. Yang aku jadi macam ada semangat nak kerja kat situ tuh, Kelvin, yang dalam kecerewatannya, dia selalu confide dengan aku, dia selalu cerita kat aku masalah dia, dia selalu sembang dengan aku. Mungkin sebab aku sorang jer yang boleh diajak berbincang, yang lain tu, (Kamal dan Hudi ), diaorang kalau Kelvin cerita apa-apa, setakat sengih jer lah. Aku, kalau dia bercerita, aku pun 
turut sama kasi aku punya solutions, aku punya suggestions, aku lupakan yang aku tak suka dia sebenarnya. Kadang-kadang aku hendaklah jugak ada intelligent conversations, sebab aku ni intelligent jugak orangnya.Takkan nak cerita pasal how much we made the day before, and stuff like that, aje.

Aku sama Kamal yang terpaksa ajar Hudi, aku more on how to greet customers, benda-benda yang akan customers tanya etc. Kamal pulak more on macamana nak dapat banyak customers, bersihkan meja cepat-cepat, bebenda gitu. Hudi ni sebijik macam Pak Rori yang waktu aku kerja sebagai dishwasher kat Elizabeth, New Jersey dulu tuh. Sebab dia tak reti English, dia buat lawak, lawak b-odoh, so that orang akan gelak-gelak, so that orang akan suka dengan dia. Tapi dengan Kelvin lain pulak, semakin bodoh dia buat lawak, semakin dikutuk oleh Kelvin, semakin dimarahi Kelvin, sampai aku pun jadi bengang. Sebab bila Kelvin kutuk Hudi, Kelvin akan tepuk bahu aku, dia akan kenyit mata kat aku, kononnya aku on his side. Mungkin itu pun yang Hudi fikir agaknya sebab Hudi kalau dia talipun bini dia, kawan dia, mulalah mengutuk aku. "Anak Malaysia tu..........., anak Malaysia tu......" Aku terasa jugak. Tak ada niat aku nak gelakkan dia. Aku ada cakap dengan Hudi yang kalau Kelvin marah, jangan sampai dia diketawakan, jangan sampai dia dijadikan bahan gelak kat kitchen, jangan dia sama-sama gelak jugak. Dia sepatutnya kena buat muka serious, biar Kelvin tahu yang dia terasa. So that dia tak akan kutuk lagi dah. Memanglah Hudi tak tahu nak jawab, tapi kalau buat muka serious, orang sure tak berani nak lebih-lebih. Aku, kalau Kelvin marah ker, dia complain ker, ada aje lah aku punya jawapan, tak pernah nak kalah nyer lah aku.

Hujan lebat turunnya petang tu, tak ramai orang yang datang makan, lepak ajelah kitaorang. Bila hujan dah reda, Kelvin keluar bersihkan ranting-ranting kayu yang bersepahan, sapu sana sapu sini, kuat jugak angin ribut rupanya, sampaikan signboard JCPenny pun tercabut. Sebab aku tak ada kerja lain, aku pun ambillah apa-apa yang patut, penyapu, trash bag, aku ikut sama-sama membersihkan bahagian depan restoran tu. Hujan masih turun renyai-renyai. Kelvin nampak aku buat kerja tu, dia suruh aku masuk, dia kata biar dia yang bersihkan. Bangangg, aku nak tolong ko lah.

Kelvin tension jugak sebab malam tu tak ramai orang, kitaorang pun frust jugak sebab masing-masing tau yang hari tu nak dapat $50 pun susah.  Macam-macamlah dia mengomel, apa yang kitaorang buat, ada aje cacat celanya. Aku cuba-cuba hafal menu, cuba memorize harga, cuba ingatkan kerja-kerja yang harus aku buat, benda-benda yang harus aku belajar. Tiba-tiba Kelvin panggil aku ke dapur. Pulak, apalah salah aku kali ni. Selalu gitu, ada apa-apa hal, sure dia suruh aku ke dapur, marah aku kat dapur, saja nak kasi orang dapur tahu, nak suruh diaorang gelakkan aku. Amigo yang kerja sebagai Kitchen Helper tu gelak jer kat aku, aku carutkan dia dalam bahasa Spanish. Lagi dia gelak.

Kelvin pegang bahu aku, dia hulur tangan kanan dia nak bersalam dengan aku. Buang tebiat dah dia ni nih, kata aku dalam hati. "Thank You, I know you really want to be my friend. I'll pay you extra $100 a month...blah blah blah", dia kata gitu. "But why?" aku tanya, memang aku tak tahu pun apa pasal. Aku tengok, Amigo tu, Foster, bini Foster, tukang masak orang Cina tu (uncle diaorang) semuanya tengok aku. Tangan Kelvin masih di bahu aku, kitaorang masih bergenggam tangan. Bersalaman. Rupanya, dia nak berterima kasih sebab aku punya inisiatif nak tolong dia bersihkan bahagian luar restoran tadi tuh. Laaa.....kan ker aku tak ada kerja masa tu tuh? Takkan aku nak biarkan dia seorang? Kadangnya dia ni, baiknya tak bertempat. Dia pesan dengan aku supaya tak beritahu Kamal sama Hudi, sempat dia sindir diaorang lagi. Dia kata diaorang tu typical Indonesians, macam waiters yang sebelum ini, kalau tak ada kerja, asyik menalipun jer kerjanya. Aku rasa bangga jugak jadi Malay yang pertama kerja di situ. Sebelum itu pun ada one Chinese Malaysian yang kerja di situ. Tak lama, adalah seminggu.  Aku fikir, percaya jugak Kelvin ni dengan aku nih, dan aku sekarang dah ada bargaining power dah nih. Aku nak mintak something dari Kelvin nih, kalau dia tak nak kasi, aku tak nak ambik lah duit extra yang dia nak kasi tuh. Aku kena beritahu dia nih, aku kena mintak dengan dia.

Minggu lepas aku tak Sembahyang Jumaat, macamana nih? Aku kena cakap jugak dengan Kelvin nih, yang aku nak ambik a few hours off on Friday, ada satu masjid lebihkurang 30 miles dari situ, aku kena ambil teksi nampak gayanya. Dah masuk minggu kedua aku kerja di situ belum pernah aku mintak apa-apa, kalau ada kesempatan aku akan tanya Kelvin. Aku perlu buat sesuatu untuk kasi dia lebih impress dengan aku, biar aku punya bargaining power tu jadi lebih kuat. 

----------------------------------------
Di rumah, Kamal ada laptop, dia tak ada internet access, dia just main games, dengar lagu, itu aje. Aku adalah kata yang aku pernah ada laptop, aku even ada AOL account, kalau dia nak guna aku punya account, boleh. Tapi dia macam tak percaya dengan aku, nak sentuh laptop tu pun dia tak kasi. "Gue nggak percaya sama lu lah Joe, nanti rusak laptop gue", dia kata gitu. Tak apalah, kata aku dalam hati. Tiap malam dia talipun kawan dia yang di Fort Myers tu, happy jer dia nak ke sana, dia kata, biarlah aku sama Hudi yang jadi kuli Kelvin. Dalam hati aku kata, cepatlah sikit Sunday, tenang sikit aku kalau Kamal tak ada. Dia dah lama kerja waiter, nak tukar angin pulak, nak kerja bidang lain, tak ada kehidupannya kerja waiter nih. Bosan jer aku mendengarnya. Memang kerja di restoran tak ada kehidupannya, kerja 6 hari seminggu, 12 jam sehari. Sesak benak aku dibuatnya.

Hudi pulak, agak serakah (tamak) orangnya, kalau tetamu datang restoran, dia yang lebih-lebih pulak, kalau turn orang lain serve, dia buat tak tahu jer, dia suruh tetamu tu duduk di meja dia. Dia kasi lah alasan, dia kata memang diaorang tu nak duduk di situ. Sekali sekala tak apa, tapi bila dah selalu sangat buat gitu, Kelvin pun perasan. Aku diamkan jer, tapi dalam hati aku berbuku aje. Kalau Kelvin marah, dia buat muka selamba, dia selalu kata yang 
aku selalu dapat tetamu yang bagus-bagus, yang kasi tips bagus. Aku diamkan aje, tapi Kelvin perasan agaknya, dia tanya aku, dia kata kalau aku ada masalah, cerita sama dia. Aku bukanlah jenis suka berdendam (salah ayat aku nih, tajuk blog pun Dendam Perantau, kan?) tapi aku kerja tu ndaklah ada peace of mind nya jugak. Bebenda kecil gitu, kalau selalu sangat, jadi besar jugak akhirnya. Aku cakaplah sama Kelvin yang aku cuba tak nak fikirkan sangat pasal Hudi yang selalu "curi customers" tapi sebenarnya benda-benda gitulah yang kasi aku tak ada mood kerja. Kamal sama Hudi (ialah, diaorang sama-sama Indo) macam nak sekat aku aje, mungkin sebab jealousy, mungkin sebab lain. Kelvin kata, itu memang biasalah, dulu pernah sampai polis datang sebab ada 2 orang waiters yang bertumbuk gara-gara cemburu pasal sorang tu kata kawan dia curi customers. Memang, ada harapan bertumbuk kalau terus-terusan Hudi buat gitu tuh.

Pernah satu hari tu, aku kira, berapa tables yang dia dapat, berapa tables yang aku served, berapa tables yang Kamal handled. Hampir 20 tables lebih yang dia "curi". Tapi tips yang dia dapat taklah banyak jugak, tak tahulah kalau dia tipu. Bukannya tak ada customers yang kasi tips $5 kat dia. Malam tu lepas bersihkan semua, bila semua dah balik, Kelvin panggil aku kat kereta dia. Dia tanya aku, apa yang aku tak sukanya kerja di situ. Aku rasa nak tergelak, aku rasa aku nak cakap jer yang aku tak suka perangai dia yang suka sangat membebel, yang cerewet sangat tu. Tak sampai hati aku, tapi aku tahu yang dia tu, kalau baiknya, baik sangat. Kalau masa marah orang tu, pedih sangat sindirannya, sindiran yang buat aku ingat sampai mati. Tapi kalau aku tak cerita apa yang ada dalam hati aku, akan jadi parah aku dibuatnya. I don't mind buat kerja berat-berat, tapi benda-benda yang buat otak aku jadi letih memikirnya tuh, itu aku tak berapa boleh handle. Aku kata sama Kelvin yang kalau boleh jangan babitkan aku kalau dia marahkan Kamal atau Hudi. Sebab Kelvin selalu jugak kata, "Look at him (aku), he's new but he knows what to do, he knows how to handle people, he's smart". Aku kata yang aku rasa macam pressure jer, taklah pulak aku beritahu dia yang aku perform better under pressure :-) 

Kelvin tanya aku jugak, apa yang diborakkan oleh Kamal sama Hudi, sebab dia kata, kebanyakan orang Indo yang lepas-lepas, diaorang ada banyak agenda 
tersendiri. Aku katalah yang aku tak tahu sebab aku tak reti sangat bahasa diaorang tuh. Tapi Kelvin tau yang aku memang faham bahasa diaorang sebab kalau aku sembang sama diaorang, aku guna bahasa Indonesia. Lagilah Kelvin bodek aku, dia tau aku punya weak point. Dia kata dia don't mind dua orang tu blah, tapi kalau aku nak kerja di situ selama aku mahu, dia akan berterima kasih dengan aku. Tapi dia cornered aku pulak lepas tu. Dia tanya, "Are you planning on leaving?". Tergagap jugaklah aku jawab, aku kata, "Well, I don't know, but if I get too emotional, then I'll leave. No goodbye, no nothing. Just like that". 

Kamal dah langsung tak ada mood nak kerja sebab sehari dua lagi dah nak blah, Hudi pulak, asyik menalipun kawan tanya kalau ada kerja lain, dia tak nak kerja di situ dah pasal Kamal dah nak berhenti. Kelvin jadi bengang pasal diaorang macam ada komplot aje. Memang ada pun, Kelvin aje yang tak tahu. Kelvin panggil aku, dia tanya, "Now, tell me, what's going on?" "Kamal's leaving soon", aku jawab.  "Fine, but when? Is he going to give me notice? Is Hudi going too?", dia tanya aku balik. Weiii.....mana boleh aku cerita semua lah Kelvin. Itu aku cakap sikit tu pun dah kira ok dah tuh. "Good, if they want to go, they can go, I never like' them in the first place", gitu pulak dia merajuk nya. Or was it dia nak tunjuk yang dia tak kisah pun kalau orang nak berhenti? Dia thanked me dan janji nak just pretend like dia tak tau apa-apa. Janji aje lah. Petang tu jugak, dia tanya kitaorang bertiga kalau ada sesiapa yang nak berhenti. 

Sorang pun tak mengaku nak berhenti. "But who knows" aku kata gitu, saja nak kasi Kelvin ingat yang dulu aku ada cakap, kalau susah-susah sangat aku berhenti aje, blah gitu aje. Masa Kelvin di dapur, aku kata kat dia yang aku tak nak cerita apa-apalah dengan dia lagi kalau dia jenis yang tak boleh simpan rahsia. Aku cerita tu pun untuk kebaikan dia jugak, tapi kalau dia tak appreciate apa yang aku cakap tu, aku tak nak masuk campur dah. Kelvin kata dia tak kisah langsung kalau diaorang tu nak blah, dia kata dia cuma nak tahu apa yang aku fikir sebab kalau boleh dia tak nak aku blah gitu jer, at least kasi notice. Aku pun terus lah kata yang aku nak mintak a few hours off on Fridays sebab aku nak pergi Sembahyang Jumaat. 2 jam aje, aku boleh ambil teksi. Dia kata Fridays sibuk, what if lebih dari 2 jam?. So after a bit of "ugut",dia setuju kasi aku ambil 2 hours off , alternate Fridays. Good. I was supposed to have a day off (half-day) Sabtu tu tapi sebab next Friday aku nak ke masjid, dan sebab Kamal pun nak berhenti, aku kerja jugaklah. Lagilah Kelvin terima kasih kat aku. Memang aku nak nail him down pun, aku kalau tak dapat lari dari musuh, aku akan buat biar dia jadi baik dengan aku. Senang aku nak jentik telur dia :-) 

Tengahari tu, Kelvin marah sama Kamal, pasal apa aku tak tahu, sebab aku kalau tak ada orang datang makan, aku buat bebenda lain, saja biar masa cepat sikit berlalu, diaorang lepak-lepak, menalipun, hisap rokok.Kamal jadi bengang sangat, dia kata dia nak berhenti hari Isnin, jadi esoknya dia punya last day. Kelvin kata, "Don't wait until Monday, you go tomorrow morning". Siul jer. Malam tu memasing langsung tak ada mood nak layan orang yang datang, Kelvin bengang jadinya, membebel tak henti-henti. Aku tanya Kelvin, macamana besok sebab aku sama Hudi jer yang kerja. Dia kata dia akan suruh adik dia tolong, macam last Sunday. Aku sama Hudi serve aje, yang bahagian angkat dan tukar makanan kat buffet table tu bini Foster yang uruskan. Pasal minuman, bapak dia yang handle, hal-hal lain, mak dia buat. Dia suruh aku tengok-tengokkan meja Hudi sebab banyak customers komplen yang diaorang tak dapat apa yang diaorang mintak. Mintak benda lain, lain pulak dikasi.

Kamal tak ada beg untuk kemas barang dia, waktu dia datang dulu, dia bawak a few plastic bags aje, so dia mintak beg aku, dia kata aku boleh beli yang baru. Memanglah, tapi what if aku terpksa blah secara mengejut? Aku kena fikir bebenda gitu tuh. Hidup dalam keadaan yang penuh dengan uncertainties, kena sentiasa bersedia.

Restoran tu memang restoran keluarga, semuanya turun padang kengkadang tu. Kelvin, adik dia, Foster, bini Foster, adik perempun Kelvin Lynn, laki Lynn, mak bapak Kelvin. Semuanya. Diaorang ni tak cerewet sangat, kecuali Foster. Tapi diaorang ni, jenis tak ada adab sopan, macam yang aku kata dulu, memang cara diaorang agaknya, kasar. Ditambah dengan English diaorang yang very limited tuh. "Too much the water", kata emak Kelvin, waktu aku bancuh tea. "Open the light", kata bapak Kelvin masa aku vacuum lantai dalam gelap. Tapi, in general, ok lah keluarga tu, bapak Kelvin memang ada di situ setiap hari,kalau siangnya asyik dok depan computer, dia ni "tengok" share markets. Sebijik macam ah soh ah so dengan ah pek ah pek yang tengok share markets kat Malaysia tu. Tengok jer screen, macam tengok lumba kuda. Selalu jugak aku rasa nak kata, don't just sit watch the screen, do something, do some research. There must be reasons apa pasal harga shares turun naik turun naik. Tapi, siapalah aku, kan? Di tempat kitaorang serve minuman, ada tv yang sentiasa dipasang, Business channel. Aku selalu jengok-jengok, walaupun tak ada masa, tapi aku dapat ikut "pergerakan" Dow Jones, Nasdaq, dan yang lain-lainnya. Tak adalah aku frust sangat, one because I have no money, kedua,sebab aku pernah baca buku, ramai Traders kat Wall Street tu yang pernah mengalami apa yang aku rasai. Hati memberontak untuk buat bebenda gitu tapi keadaan tak mengizinkan, tak ada duit, tak ada resources. Jadi, aku tak rasa bengang sangat lah, aku masih dalam phase yang aku can just tengok aje lah. Sampai bila aku akan just tengok aje, aku tak tahu.