Sampai nak pancit tayar kereta sebab berat sangat penuh dengan barang. 6 orang pulak tu. Nasib baik ke Cleveland jer, di sana nanti, kitaorang mungkin akan naik bas ikut rombongan saudara Yanti yang charter bas dari Los Angeles tuh.
Entah, aku masa tu tak tahu sangat apa rencana sebenar, apa yang aku dengan Mus tahu, kitaorang akan singgah di Cleveland untuk selama 3 hari, lepas tu ke California ikut diaorang. Di sana nanti, akan tinggal dengan bapak saudara Yanti. Selama mana, tak tahu. For a few months mungkin. Kalau semuanya ok, mungkin terus tinggal di situ.
Yang bosannya masa dalam perjalanan tu, Ita sama Ara asyik nak ke restroom jer, tak sempat apa-apa dah nak berhenti. Lepas tu, selalu sangat nak detour, nak ke sana nak ke sini, nak suruh ambil gambar. Diaorang nak ambil gambar dekat setiap border antara dua states, depan signboard yang ada tulis, Welcome To New Jersey, Welcome To Pennsylvania etc. Banyak States yang kitaorang kena cross, ada dalam 15 States gitu nak menyampai ke California.
Aku lah yang jadi tukang ambil gambar diaorang, pose sana, pose sini, salin baju, pose sambil duduk, pose ramai-ramai. Getik aku dibuatnya. Tapi tak apalah, bebudak lagi, biarlah gambar-gambar tu nanti jadi bukti yang hidup diaorang menarik.
Aku tak bergambar pun, dah tua-tua, malas rasanya bergambar. Dah tak ada fun nya bergambar kat mana-mana pun, no matter how beautiful the place is. Biar otak aku jadi kamera, sudahlah. Lagipun, kalau aku nak tengok rupa aku, wajah aku, badan aku, tengok kat cermin pun dah cukup.
So far I haven't cracked any mirrors yet :-)
Dekat sehari jugak perjalanan kitaorang tuh, Will drive laju gila, tapi tak lah terasa ngeri sangat pasal highway kat US ni besar-besar, tak lah banyak sangat kereta. Aku rasa nak drive jer, dah dua tahun lebih aku tak mendrive, gatal tangan aku dibuatnya. Tapi aku diamkan aje lah bila Will suruh aku bawak, aku takut kalau-kalau kena tahan polis, panjang pulak ceritanya.
Terkejut gila aku bila tengok rumah Jaja, sepupu Yanti yang nak kawin tuh. Besar nak mampos. Ada belasan bilik. Kat kawasan di luar kota Cleveland, kawasan orang kaya raya.
Ini aku cerita sikit pasal Jaja, menurut apa yang Yanti cerita kat aku.
Jaja ni umur lewat 20an, dah jadi warga Amerika. Dulunya masa kat Indo, kerja sebagai orang gaji jer, lepas tu berkenal-kenalan dengan Mat Salleh tua. Tua bangka. Kemudian diaorang kawin. Dia datang Amerika. Entah macamana, laki dia "bunuh diri" (dia "tembak" kepala dia sendiri) sebab Jaja selalu keluar rumah sama lelaki lain. Dapat duit insuran dekat sejuta. Dia kawin dengan Doktor muda, bercerai, dia lari gitu jer sebenarnya. Lepas tu berkenal dengan Mat Salleh muda, yang dia nak kawin tu.
Yanti kata, dulu Jaja ni lain, tapi sekarang ni lain sesangat. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, benda yang boleh dicantikkan, dia buat operations.
Begitu lah adanya.
Nasib baik, Will tu, walaupun orang Amerika, dia agak kampung jugak, dia macam malu-malu gitu. So, aku sama Mus, lepak sama Will aje lah. Yanti dan keluarga saudara mara dia, biasalah kan? Pelik jugak aku memikirnya, kalau keluarga aku lah, kalau ada yang kaya raya gitu, aku sure akan bantu yang agak susah. Ok, mungkin bukan keluarga aku, tapi keluarga orang. Kalau kita kat Malaysia, sure kita akan bantu sedaya mungkin, saudara mara kita yang bertungkus lumus kerja sebagai pendatang haram di Amerika. Bantu lah mana yang patut.
Ini tidak, diaorang buat hal masing-masing. Kalau ditengokkan saudara mara Yanti, pasti orang akan ingat Yanti banyak duit, or at least hidup senang. Ini, Yanti sekeluarga tu, macam makan pagi kais pagi jer. Aku tahu lah, aku dah dua tahun lebih "bersaudara" dengan keluarga tu. Aku tak nak lah cerita lebih-lebih pasal keluarga saudara mara Yanti nih, memang sedari dulu, aku kata yang orang Indo di sini semuanya "mengerikan". Kehidupan diaorang terlalu banyak "cerita ngeri".
Aku lepak sama Mus ajelah masa diaorang sibuk ke gereja untuk upacara kahwin tuh. Menjalar limo dua tiga bijik menjemput diaorang.
Dari dalam bilik, aku tengok jer, aku kata dengan Mus, " Anih ya keluarga mereka?"
Kitaorang sembang pasal kawin jugaklah, aku tanya Mus, bila dia nak kawin, soalan-soalan gitu. Dia pun macam aku jugak, "Nggak tahu kapan".
Entah lah, aku pun tak tahu, tak aku fikir pun bebenda gitu tuh, banyak lagi benda lain yang aku harus fikir. Aku harus fikir macamana aku nak meneruskan hidup aku, aku kena fikir macamana aku nak balik Malaysia, boleh ker aku balik dengan keadaan aku yang tak ada apa, kecuali sebuku passport yang akan expire dalam masa terdekat? Sanggup ker aku menjejakkan kaki ke Malaysian Embassy?
Banyaklah persoalannya, banyaklah benda-benda yang aku harus fikir, itu yang buat aku langsung tak fikir bab-bab kawin nih.
Ke Hasting Pernah, Ke Calcutta Pun Pernah
Hanya ke Darwin Yang Aku Belum
Berdating Pernah, Bercinta Pun Pernah
Hanya Kawin Yang Aku Belum
-----------------------------------------------------------------------
Kitaorang tak perasan pun pukul berapa rombongan pergi kawin tu balik, awal pagi dengar ceritanya. Besoknya ada reception lain, keseluruhannya, ada 3 receptions, kat hotel, kat country club, kat rumah pengantin lelaki. Hebat gila. Aku dengar jer cerita Yanti, itu pun dia cerita waktu kitaorang dah berangkat menuju California, waktu dalam bas.
Bapak dengan Mak Jaja (aku kenal pasal dulu pernah datang ke Boston, pernah aku ajak kerja dengan aku kat satu kilang) yang jadi orang yang menghidupkan lilin kat gereja tuh. Yanti tanya, Om Jojo kata, nggak apalah, asalkan anak hidupnya senang. Ish, ngeri aku mendengarnya. Aku surprised jugak dengar sebab Om Jojo dengan bini dia tuh, dah 60an, semua anak dia berjaya, ada yang di Jerman, yang jadi Diplomat di NYC, ada yang kerja bagus di London. Patutnya orang macam diaorang, duduk rumah aje, beribadat. Aku tak pernah tengok dia sembahyang pun, waktu dia datang rumah Yanti, dulu dia memang selalu datang Boston. Kalau dia nak ke Mekah, aku rasa anytime jer, tapi, entahlah.
Aku tidur aje lah dalam perjalanan menaiki tour bus tu tuh, ada dalam 18 orang semuanya. Driver nya orang Spanish, bawaknya pelan betul, selalu berhenti pulak tu tuh. Kat Denver, Colorado baru kitaorang berhenti lama sikit, 2 hari, pasal bas tu ada benda yang tak betul nya. Melepak kat motel aje lah kitaorang, bengang jugak aku pasal Yanti asyik suruh aku gunakan duit aku dulu untuk bayar sewa motel. Aku dah tahu sangat, dia ni jenis mudah lupa, aku pun dah lupa berapa hutang dia kat aku sebenarnya. Ada tiga ribu lebih balance nya, itu belum kira duit yang Ara pinjam.
Selepas hampir seminggu perjalanan, sampailah kitaorang ke California, berhenti dulu di Los Angeles selama 2 hari. Seronok jugak datang semula ke Los Angeles tuh, lebih dua tahun setengah yang lalu, aku tiba di Amerika, aku turun di LAX. Los Angeles- big houses, big cars, big dreams, big egos - sesuai sangatlah dengan aku yang besar ego tu kan?
Merayau sana sini, tidur pun di rumah saudara mara Yanti yang Yanti sendiri pun tak tahu ada di US. Rasa tak puas pulak dibuatnya nak ke sana sini, iyalah, sebut aje ke mana nak pergi, sure driver tu bawak.
Bila semuanya sudah dihantar ke tempat masing-masing, kitaorang dihantar ke El Segundo, lebih kurang 20 km di luar kota Los Angeles. Terkejut jugak aku bila sampai di rumah bapak saudara Yanti, dengar ceritanya, dia seorang yang berjaya dalam perniagaan, tapi aku tengok rumahnya, sedih jugak. Berlubang sana sini, kotor pulak tuh. Di kawasan yang penuh dengan Hispanic.
Aku tanya Yanti, "Gimana ni Tie? Di mana mau tidur? Kok dulu kamu bilang Om kamu orang kaya, masa rumahnya gini sih?".