Saturday, September 22, 2012

Taik Sangkut Di Gelegar (2)


Aku lena aje tidurnya malam tu, Mus pun sama. Walaupun Ferry E,Cik Esther masih bertekak sama AhCeng di luar. Sebab duit seratus dua sampai gitu jadinya. Besoknya masih sama, aku balik kerja diaorang dah ada, bosan sangat mendengar diaorang bertekak, aku ajak Mus ke McDonald. Aku kata yang masalah diaorang tu tak akan berakhir. Mus tanya aku, siapa yang agaknya akan mengalah. Aku kata AhCeng menang nampak gayanya sebab kalau aku jadi Ferry E, aku akan biarkan aje AhCeng duduk situ untuk beberapa harisampai habis waktu mengikut apa yang dia claim tu, bulan depannya baru mula bayar sewa.

Mus tanya aku, macamana kalau polis datang lagi? Itu yang aku cakap dengan dia, aku kata, kita jangan campur urusan diaoranglah, biarlah diaorang nak bertekak sampai mati pun, buat tak tahu aje, asalkan kita dapat tidur di bilik tu sudah. Kalau campur tangan nanti masalah pulak, diaorang ni jenis yang nak menyusahkan orang jer kerjanya. "Tapi, mulai sekarang, kamu ke mana-mana perlu bawak passpor kamu, mana tahu kalo polisi datang lagi, pasti udah jadi perkara gedek (besar) sih. Kita kabur (lari) ajalah", aku cakap sama Mus.

"Kamu jangan sering keluarlah kalo gitu, aku ikut kamu aja. Aku takut sih kalo polisi datang lagi, nanti semua digerbakin (diserbu). Orang Indo ni, kalau udah ramai tu memang gini jadinya", kata Mus. 

"Payah-payah kita pindah ajalah bulan depan, aku nggak punya uang sekarang ni, Yanti udah pinjam uang aku $550, masih belum dijelasin sih. Dia bilang uang tu mau dikembaliin minggu lalu tapi dia nggak telepon", aku kasi Mus suggestion.

"Ayuh pindah ajalah, aku udah bosan sama Ferry E, aku bisa pinjamin kamu uang. Kamu butuh berapa?", kata Mus.

"Nggak perlu sekarang sih, kalo Yanti jelasin utang aku bisa punya uang, lagi, gajian aku minggu depan", aku jawab balik.

Mr Chow ada di apartment bila kitaorang balik dari McDonald. Dia tengah lagi bertikam lidah dengan AhCeng, dalam bahasa Cina. Mr Chow ni orang Vietnam keturunan Cina. Warganegara Amerika. Dia kata dengan aku jangan susah hati, sebab dia nak panggil polis. Lah, itu yang buat aku susah hati, dia nak panggil polis. Dia nak menyenangkan aku dengan menyusahkan aku, what a daft proposal. Aku ambil laptop, aku ambil passport, aku kata sama Mus aku nak ke Kinko's, nak surf the internet. Mus tak nak ikut sebab salji tengah lebat, dia kata dia nak ke rumah kawan dia.

Aku kata aku akan talipun dia bila aku nak balik nanti, boleh balik sama-sama. "Ha-pay (hp=handphon) kamu jangan di off, passpor kamu jangan lupa, barang kamu yang berharga kamu bawak sekalian dong, kita bisa kabur ni kalo gini", macam si bapak menasihat anak pulak aku jadinya. Sedih jer aku tengok Mus, aku dalam keadaan begitu pun nak keluar jalan-jalan. Tapi kan, takkan aku nak ke rumah kawan dia ikut sama-sama sembang benda bukan-bukan. Aku kenalah maintain aku punya life style kan? :-) Lagipun aku ada portfolio yang nak di check di internet, aku bought the right to buy one contract of gold, at-the-money lagi. Tak nak nanti contract tu expire worthless lagi, once bitten twice shy. Nanti kalau twice bitten forever shy lah aku dengan benda-benda Options nih. 

Tengahari tu sebelum balik, aku talipun Sarina, tanya samada coast clear ke tidak,dia kata tadi ada polis datang sekejap. Dia pun tak tahu apa-apa sebab dia tak buka pintu bilik dia pun, takat intai kat tingkap aje. Sempatlah jugak aku smash, aku kata, inilah, gara-gara suami kamu suruh aku telepon polisi kemaren. Bila aku sampai di rumah,Mr Chow masih lagi sama AhCeng, aku tak pandang pun AhCeng, dia ada masalah tu, tak sanggup aku tengok muka orang yang ada masalah. Kalau aku boleh tolong tu lainlah pulak. Aku memang tak boleh buat apa-apa masa tu. Aku kesian jugak dengan dia, cuma aku tak setuju yang dia tak nak mengalah.

Itu saja. Tapi sebenarnya dia dah dicornered oleh Mr Chow, dia talipun polis kata AhCeng ugut dia mintak duit. Memang, AhCeng ada kata, kalau dia disuruh keluar, dia nak duit gantirugi. Mulanya Mr Chow "janji" nak kasi seratus, tapi dia mintak $300. Mak oi, sewa sebulan $150 saja, lebih-lebih pulak. Menangguk di air keruh pulak dia dalam keadaan begitu. Tapi Mr Chow pun smart jugak, dia kata AhCeng ugut dia. MrChow kata, polis akan sampai in a few minutes, aku dah rasa tak sedap hati. Tak lama kemudian kitaorang dengar bunyi siren, tak tahulah siren ambulance ker, siren kereta bomba ker, tapi siren tu semakin dekat dengan apartment kitaorang.

"Kabur Mus, ayuh kabur, sekarang! Sekarang. Bawa passpor kamu. Kamu nggak mahu udah, aku kabur sendirian, aku takut", aku jerit sama Mus yang masa tu di bilik air. Aku ambillah benda-benda yang aku rasa perlu, contacts, buku, t-shirt sehelai, aku taruk dalam beg laptop aku. Terus aku lari turun, Mus yang masih terpinga-pinga tu (mungkin dia tak berapa dengar jeritan aku masa dia di bilik air tu tadinya) kata, "Tunggu dong, tunggu aku, bentar".

Dalam dia kelam kabut nak lari tu dia tersalah pijak anak tangga, gedebuk dia jatuh.Nak tergelak pun ada aku masa tu, kan dia tu polis waktu di Indo dulu, penakut jugak dia ni rupanya. Terus kitaorang keluar, kitaorang tengok ada satu ambulance di bahagian hujung deretan apartment tu. Lah, itulah bunyi siren tu tadi rupanya. Buat suspen kitaorang jer. Aku jadi malu sendiri. Sebab tak tahu mana nak pergi, kitaorang lepak ajelah kat corner tu,depan satu kedai runcit orang Kemboja, nak tengok dari jauh bila polis datang nanti. 

Kejap tu ada 3 kereta polis berhenti, kitaorang nampak Mr Chow buka pintu suruh polis tu masuk. Lama jugak kitaorang tunggu tak ada apa pun. Sejuk pulak berdiri di situ, salji lagi, basah, tangan dah menggeletar, telor pun dah kecut, dah termasuk ke dalam, aku ajak Mus ke Chinatown ajalah, nak makan sebab lapar sangat. Kitaorang talipun David yang kebetulan masa tu di rumah Andy S. So berempat kitaorang pergi ke that Malaysian-owned restaurant, Asia Cafe.

Kitaorang tanyalah David sama Andy S kalau diaorang tau di mana lagi nak sewa bilik untuk 2 orang, diaorang kata diaorang nak ikut sama cari bilik sewa.
Lepas makan tu teruslah kitaorang balik, merayau dari satu apartment tanya orang-orang Indo kalau ada bilik ang nak disewa. Adalah quite a few, tapi semuanya kitaorang tak berkenan. Ada yang terpaksa share dengan a few others, ada yang tak ada line talipun, ada yang bagus tapi mahal. Akhirnya kitaorang give up.


Aku talipun Sarina, dia kata tadinya ada polis datang tapi dia tak tahu cerita selanjutnya pasal dia sembunyi kat bilik dia, pura-pura tak ada orang. Tapi dia ada kata yang agak riuh rendah jugak suara AhCeng sama Mr Chow tadi. Bila aku tengok di sekeliling dah tak ada kereta polis, aku baliklah ke apartment. Tapi aku tengok di luar tu banyak barang-barang berlonggok, sampai penuh di sekeliling tangga, di pathway lagi. Tapi sebab salji turun jadi tak berapa kelihatan kalau dari jauh. Kemudian aku tengok betul-betul. Aku kata dengan Mus, "Eh, ini barang-barang AhCeng ni, lihat carpetnya tu". Pindah ker AhCeng ni?, aku kata dalam hati. Tapi takkan b-odoh sangat lambakkan barang di tengah jalan, kan ke snow masih turun? Mana pulak dia pergi? 

Aku dengan Mus tunggu jugaklah kalau-kalau AhCeng ada datang, barang harta karun dia kat bilik kitaorang dah tak ada. Sebab apartment tu ada 15 orang yang menyewa, jadi memang selalulah kawan-kawan datang, kawan kitaorang, kawan yang lain-lainnya. Selalulah loceng apartment berbunyi kalau hari-hari weekends. Bengang jugak kitaorang pasal masing-masing tengah suspen jer, jadi phobia gitu kalau loceng apartment berbunyi. Mana tau kalau-kalau polis lagi yang datang. Atau FBI, sebab apartment tu memang selama ini disewa orang Indo, ramai jugak yang apply asylum. Dan ramai yang ditolak permohonan diaorang, jadi diaorang pindah. Ada jugak yang asylum dalam proses tapi diaorang pindah, Immigrasi hantar surat kalau 3 kali tak dibalas, diaorang akan datang buat pemeriksaan. Pernah satu apartment semuanya orang Indo dibawak masuk lokap pasal benda gitu. 

Dah agak petang AhCeng talipun, dia mintak tolong. Dia kata dia dah dapat apartment baru, dia dihalau oleh Mr Chow dan polis pun kasi amaran dengan dia yang dia tidak dibenarkan berada ,kalau tak salah aku 30 yards daripada apartment kitaorang tu. Kalau ada sesiapa yang nampak dia berlegar-legar di kawasan apartment kitaorang, dia boleh ditangkap. Itu kata polis. Aku tanyalah dia, kenapa barang-barang dia dibiarkan di luar? Kesian pulak aku, sebenarnya dia tak tahu pun yang barang dia dihumban keluar, apa yang dia tahu, Mr Chow kata barang dia akan di taruk di tingkat 1, nanti akan dihantar. Tak ada peri kemanusiaan langsung diaorang ni.

Ferry E sebenarnya yang buat kerja-kerja tu pasal malamnya dia datang lagi, dia buang benda-benda lain yang AhCeng pungut tepi jalan. (Pungut barang tepi jalan tu satu lagi hobi segolongan orang Indo di sini sebenarnya) AhCeng mintak aku tolong ambilkan barang-barang dia, tolong hantar ke apartment dia yang baru. Sebab kitaorang kasihan sangat, aku dengan Mus pun usunglah barang-barang AhCeng tu, bawak ke alamat yang dia kasi, tak jauh, 4 blok dari apartment kitaorang. Dahlah banyak, berat lagi, salji masih turun, jalan licin. Tapi sebab sejuk-sejuk gitu, tak ada ramai orang keluar, jadi taklah berapa malu sangat kitaorang mengusung benda-benda buruk harta karun AhCeng tu.ng kecil-kecil aku kata aku boleh angkat sendiri, aku suruh dia balik aje. 

Tak tahu lah lakonan ker apa, tapi waktu AhCeng ceritakan yang dia kena suruh keluar dari apartment kitaorang tu, dia menangis-nangis. Buruk betul kalau orang tua menangis. Dia katalah, ada ribuan orang Indo di Boston, tapi tak ada pun yang nak bantu dia (kecuali Mus), ini pulak ada orang Malaysia yang sanggup susah payah tolong. Dia peluk aku, aku tak lah rasa sedih sangat sebab memang mulanya aku pun tak suka perangai dia tu, aku tolong pun sebab kesian dah tak ada orang lain yang nak tolong dia. Tak adalah aku rasa sedih sangat pun sebenarnya.