Aku dah nak terlena dah bila tiba-tiba Kathy pegang, dia rangkul pinggang aku, dia tarik aku. Terkejut aku dibuatnya. Aku keraskan badan aku, aku buat pura-pura tidur. Peluh jantan rasa dah nak keluar, aku tak tahu apa yang Kathykata tapi no response from me. Bukan ker aku tengah tidur nyenyak? Dalam kepala aku bertubi-tubi persoalan yang timbul. Bermacam-macam akusempat fikir. Berkecamuk kepala aku jadinya, aku tetap keraskan badan aku. Nasib baik benda lain tak keras.Tangan Kathy masih di pinggang aku, bimbang jer aku kalau tangan dia merayap.
Aku fikir, apa aku nak buat ni nih? Dia ajak buat benda tu ker? Entah-entah dia peluk aku tu sebab dia kesian selepas dengar cerita aku tuh. Aku nak terus buat pura-pura tidur ker? Atau... aku kena buat my move? Dia dah banyak kali kasi signal, gaya nyer tuh. Dia tunggu aku jer agaknya tuh. Tapi aku dalam keadaan meniarap nih, mana aku nampak muka dia. Kalau aku tengok muka dia aku mungkin boleh agak samada dia ni nak ajak aku belayar atau sekadar nak melepak di pelabuhan. Aku pernah tengok porn, aku sure as helll boleh tahu macamana muka perempuan stim, kan?
Macamana nih? Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, nak tunggu apa lagi? Alangkah enaknya nanti kalau dapat belayar di lautan sepi, merasai detik-detik manis yang belum pernah aku rasai. Aku sudah belayar di tujuh lautan, aku belum melayari lautan asmara yang terkangkang terdampang luas di depan mata. Pastinya indah, pastinya menggairahkan. Pastinya memberikan aku kepuasan, dan mungkin aku akan menjerit keseronokan.
Tapi..........
Aku tak seharusnya belayar, aku tak seharusnya berdayung dan aku tak seharusnya berada di pelabuhan.Tapi itulah, benda yang dah terlanjur kan? Aku bukannya kuat ugama, kalau aku alim, I wouldn't be there in the first place kan? Aku jadi macam terjebak gitu, aku tak tahu motif sebenarnya Kathy, mungkin dia nak uji aku, mungkin dia tia-tiba horny, mungkin jugak dia tak ada niat apa-apa pun. Biarlah dia akan kata aku weird, biarlah dia akan kata aku pengecut, tak ada telur. Laaa...apasal tadi tak raba? :-)
Biarlah aku rasa aku sebijik macam Jeff Bridges dalam filem Mirror Has Two Faces tuh, apa yang aku nak buktikan? Dengan siapa aku nak buktikan yang aku bukannya begitu? Gay ker aku sebab tak mengamil kesempatan, macam tak ada nafsu pada perempuan?. Lauk sudah di depan mata tapi aku pura-pura
membuta.
Ada nafsu sebenarnya, tapi apa lah yang nak aku buktikan, untuk apa dan dengan siapa aku nak buktikan semuanya tu? Hanya Tuhan, aku dan Kathy. Nak buktikan apa nya? Dan aku bersyukur kerana dalam keadaan begitu, aku berjaya menggunakan akal yang diberi Tuhan. Well, not that difficult actually sebab as I said before , macam "retak menunggu belah" jer, kalau lawa tu... itu entahlah. Tapi kan, kalau tak lawa pun, takkan "ringan-ringan" pun tak nak buat? Jokes aside, tapi nothing happened.
Aku rasa Tuhan masih sayang kat aku, aku ingat mak bapak, keluarga aku. Aku ingat yang aku dulu baik jugak orangnya. Aku ingat yang aku pernah beberapa kali keluar Tabligh kat Malaysia sama UK. Aku ingat aku pernah 3 kali pergi Umrah. Macam-macam lagi benda yang aku ingat, yang baik-baik, bertujuan nak jadi sebagai pendinding.
Dan aku tak tahu pun bila aku tertidur, sedar-sedar Kathy kejutkan aku pagi tuh, pukul 6 lebih. Terus aku raba aku punya anu. Still intact. Akupegang sana pegang sini, aku raba sana raba sini, saja nak pastikan yang tak ada apa-apa berlaku semasa aku tidur. Alhamdulillah, semuanya masih like the day before.
----------------------------
Note:
Ini aku tulis hari ni nih, 20/9/2012, yang kaler nih. Aku tak kisah kalau ada orang yang tak percaya aku, yang kata aku sure nya aku tipu. Nothing happened, tak ada apa-apa terjadi. Lantak lah kalau akan ada yang kata aku nih tak ada kotayy, aku nih bapok, I don't give a shitt pun apa orang nak kata.
They don't know me.
Masa memula blog entry ni aku tulis beberapa tahun lepas, ramai jugak "pengikut-pengikut dan pembaca" blog aku yang tak percaya, yang sindir-sindir, buat lawak kat aku.
Dan, aku pun baru perasan yang Kathy buat gitu mungkin sebab pagi tuh aku ada tunjukkan gumpulan duit aku. That could very well be the reason why.
----------------------------
Aku tak bercakap sangat masa Kathy hantar aku balik, mungkin sebab aku masih mengantuk. Berapa jam jer aku tidur, "Think about it Joe, I'll marry you..........."Kathy ulang balik ayat dia tuh. "One day I'll have to go home to where I belong", aku jawab gitu. "No, you are not leaving", kata Kathy.
Punyalah mengantuk, punyalah letih aku hari tu tuh. Ramai sangat orang datang makan, dan ramai jugak yang tak tinggalkan tips. Pasal aku tak layan diaorang betul-betul ker? Tak jugak. Kebetulan hari tu ramai Mexicans yang datang, itu yang tak banyak tips tu. Mexicans, diaorang tak banyak cekadak nak itu nak ini, kasi diaorang salsa (sambal) sepiring seorang, happy sangat dah. Makannya banyak though. Senang dilayan dan boleh diajak melawak diaorang ni, yang pandai English lah. Kebanyakan diaorang tu kerja biasa jer, itu yang payah sangat nak hulur tips tu. Bukan diaorang punya culture kot pasal tips mengetips tu.
Aku perasan yang Kelvin asyik perli aku, kalau aku ligat salah, kalau aku kerja perlahan pun salah. Rahmat kata yang Kelvin selalu gelakkan aku. Behind my back. "Your friend had fun last night ". "He's desperate, he even go for womn like that". Rahmat cerita dengan aku semua tu. Bengang jugak aku, tapi yang paling buat aku terbakarnya, tiap kali aku sama Kelvin, dia senyum, dia sengih. Senyum perli. Sengih perli. Aku boleh faham sangatlah. Aku pun jahat jugak kan orangnya? Itu yang buat aku berbulu sangat tuh. There was nothing happened the night before, tapi diaorang yang beria-ia sangat.
Bukan Kelvin aje, Foster pun sama, amigo tu apa lagi lah. Tiap kali aku ke dapur hantar pinggan mangkuk kotor, dia gelak, dia gerak-gerakkan badan dia buat macam orang tengah kongkek.
-------------------------------------------
Aku tak kasi pun Rahmat guna internet aku, tak pernah pun aku offer kat dia. Pasal dia ni blue jugak. Ada ka pergi library nak surf porn? Memanglah tak boleh. Because of that lah aku tak offer dia guna internet, kalau dia nak surf the web, biarlah dia jalan kaki ke library yang jauhnya setengah jam lebih. Tak pernah dia naik teksi, dia jalan jer. Aku tak sanggup nak jalan kaki sebab kat situ tuh, tak ada pun orang yang jalan kaki, semuanya berkereta. Malu lah, terserlah sangat kebanglaan aku kalau jalan sengsorang di daerah kecil gitu tuh. Kalau aku kasi dia guna laptop aku, sure dia akan surf porn, dia ni gatal jugak. Kalau menalipun perempuan, sembangnya kotor-kotor, iyalah, orang yang berumur, kalau buat lawak atau cerita benda-benda dalam kain, memang menjadi sangat lah kan? Geli betul mendengarnya, ialah, orang yang berpengalaman kan? Based on experience kan?
Out of the blue Rahmat kata dia nak berhenti. Kelvin janji dengan dia nak kasi gaji sama dengan aku. Tapi tak ada pun. Dari apa yang aku faham, Kelvin janji bulan depannya, bukan bulan itu, tapi dia salah faham agaknya, iyalah, English dia very lah the tak keruannya. Bengang jugak aku jadinya sebab dalam ramai-ramai waiters sebelum ini, Rahmatlah yang agak ok dengan aku. Dia pun dah tak banyak songeh sangat, macam mula-mula dulu tuh, tak banyak cakap jugak, asyik dok menalipun, berSMS. Dan tak ada pun nak curi customers.
Kelvin semakin menjadi-jadi pulak menyindir aku. Ada sekali tuh Kelvin tanya aku, "Are you spending the night at Kathy's again?". Dia senyum. Aku jadi bengang sangat, aku berdiri depan dia, masa tu dia tengah kira duit (sambil duduk di kerusi), aku tunjuk telunjuk aku, aku kata, " One more of that bullshit, that's it, I'm gone". Senyap Kelvin jadinya. Terus aku pergi buat kerja lain Lama-lama tu aku rasa kesian pulak sebab tentu Kelvin pelik sebab selama ini kalau dia sindir-sindir, aku senyum jer. Kali ini, aku siap warning dia lagi tuh. Itu sudah lebih.