Saturday, September 22, 2012

He Said, She Said


Memang betul apa yang Akang cakap tu rupanya, Ahsiok selalu sangat datang ke rumah. Aku selalu terserempak dengan dia waktu dia nak keluar, waktu aku baru balik kerja. Dia buat muka selamba je, aku taklah berapa tegur sangat. Lama kelamaan Mira kenalkanlah aku dengan Ahsiok, dia kata rumah tu disewa atas nama Ahsiok, diaorang cuma kawan-kawan gitu aje, dah lama. Aku anggukkan saja. 

Freddy sebenarnya tahu kisah Mira sama Ahsiok, jadi dia dah rasa macam tersisih. Dia jadi benganglah sebab Mira semakin lama semakin banyak beralasannya. Kejantanan dia pun tercabar, betullah kan? Walau macamana pun, dia tetap bersama Mira kalau ada kesempatan. Aku terus lah tak ada di rumah kalau weekends, malaslah aku di rumah. Nak buat apa di rumah, sure tak boleh nak internet, lebih baik aku jalan-jalan sendirian. Diaorang pun memang suka kalau aku keluar sebab senang diaorang nak buat projek. Mira tu janda, umur dia dah 40an tapi di passport dia tulisnya mid 30s. Biasalah orang Indo, kalau tak yang palsu, yang dibeli, diaorang ramai yang ada 2 passports. Atau yang langsung tak ada passport, yang terjun kapal cruise di Florida. Yang itu langsung tak ada apa-apa.

Mira jadi macam segan-segan gitu sebab dalam satu waktu ada dua balaks, jadi dia cuba nak sembunyikan dari orang ramai. Dari kawan-kawan rapat dia, sebab aku kenal diaorang, aku selalu beli tempeyek dari diaorang. Mira pandai, lakunan dia mengalahkan pelakun bertaraf antarabangsa, dah lama baru aku terperasan. Sebab aku aje yang tahu details pasal dia dengan Freddy, dia dengan Ahsiok, jadi dia buat baik sangat dengan aku. Kalau ada waktu, weekends, dia selit-selitkan juga agenda dia, dia ikut aku ke Starbucks, minum-minum macam orang lain. Starbucks kat hotel lagi. Ikut aku pergi makan kat Penang Restaurant. Suruh aku ajar dia internet, dia nak hubungi boyfriend lama dia , Mat Salleh, di Jakarta. Dia ajak aku pergi shopping malls, pilihkan aku baju,jacket, jeans. Tak tahulah kalau memang perempuan semuanya macam tu, tapi Mira ni selalu boasts dengan sesiapa yang dia kenal, dia kata dia selalu keluar dengan aku pergi hotel, minum-minum, lepak-lepak. Dia kata dia selalu berinternet, ada laptop lagi. Dan dia selalu belikan aku baju, jacket, jeans. 

Tak tahulah samada dia pandai atau memang aku ni b-odoh. Kalau aku sendirian aku tak akan dib-odohkan gitu, tapi dia berjaya b-odohkan aku. Tapi mungkin dia memang gitu jenisnya, sebabl ituah kena ceraikan dari Pak Arab tu dulu agaknya. Memang b-odoh aku. Aku tak sedar dalam waktu dia baik dengan aku, aku punyalah rasa something aje pasal aku tak pernah terniat nak ambil kesempatan dengan dia pun. Sikit pun aku tak ada fikir gitu. Walaupun aku tahu dia tu taraf lonteh murahan gitu. Aku anggap macam kawan biasa aje, kawan serumah. Aku rasa happy jugak kadang-kadang tu sebab dapat keluar sama seseorang, taklah Lone Ranger memanjang.

Benda lain aku boleh terima, tapi bab yang dia kata dia belikan pakaian aku tu yang buat aku berasap sangat tu.Hina sangat ke budak Malaysia sorang ni sampai baju pun dibelikan oleh lonteh? Aku tak nak nanti orang gossip yang bukan-bukan sebab di sini bab-bab gossip tu memanglah hebat. Masing-masing gossip orang itu orang ini untuk menutup kelakuan sendiri yang selalu digossip orang. Itu yang dengar cerita bukan-bukan tu. Macam aku cakap dulu, too many freaks, not enough circuses. Even Cirque de Soleil pun tak boleh handle diaorang.

Aku memang tak biasalah dengar-dengar cerita isteri orang tinggal sama suami orang, suami orang tinggal sama budak-budak perempuan. Kita memang jarang dengar bena-benda gitu kan? Tak tahu lah korang, tapi aku memang jarang dengar, memang culture shock lah juga mula-mula dulu tu. Kalau orang barat memang aku boleh terima, tapi ini orang seberang. Orang yang dulu aku pandang sebelah mata sebab tak bertamaddun. Diaorang lebih hebat rupanya. Bab-bab itulah kan?

Freddy suruh aku jadi spy dia, Mira pulak baik-baik teramat sebab tak nak aku kasi tahu sama orang perilaku dia. Mungkin dia tahu yang aku ni mulut tempayan kot? Puaslah dia nak menutup mulut tempayan kan? :-) Lama kelamaan Freddy dah tak balik rumah, dia tidur di rumah kawan, macam-macamlah Mira burukkan nama Freddy. Bila aku jumpa Freddy aku ceritalah apa yang Mira cakap tu, aku mana mahu kawan baik aku kena buli, kena kutuk gitu. Dikutuk dek perempuan lagi, walaupun lonteh.Hilanglah kejantanan kitaorang kalau dibuat gitu kan? Freddy pun sama jugaklah, cerita itu ini kat aku, sampai terkeluar "gue ngentot di ranjang lu".

Aku diam jer, buat selamba macamlah tak ada apa-apa sebab aku tak mahu dia tahu yang aku bengang. Masih nak jaga hati orang aku nih, dalam keadaan begitu pun. Banyaklah benda-benda x-rated lain yang dia cakap kat aku yang aku rasa tak payahlah aku tulis kat sini sebab blog ini ada orang baca. Kalau tak ada orang baca, macam masa aku mula tulis dulu, aku will write down every single word apa yang Freddy cakap tu. Sebab funny and educational :-) 

Yang peliknya, aku tak cerita pun kat Mira apa yang Freddy cakap, apa yang Freddy kutuk. Kalau Mira tanya aku, aku katalah yang Freddy tak ada cakap apa-apa tentang dia (Mira).Tak tahulah apa pasal, nak kata bias tak jugak, mungkin sebab Freddy tu kawan aku, lagipun memang aku tak suka dah tinggal se apartment dengan lonteh tu, dan aku rasa memang dia tak bagus so aku nak cuba memenangkan Freddy. Kesian jugak Freddy kan, habis madu sepah dibuang :-) Akhirnya Freddy terus angkut barang dia dari apartment tu, dia balik semula menyewa di rumah Cik Ina. Aku mulanya nak ikut dia sama tapi sebab fikir kalau di rumah Cik Ina aku tak boleh nak berinternet, jadi aku terpaksalah bertahan di apartment Mira. Aku perlukan internet more than anyting else masa tu, aku dah kemaruk belajar pasal that investment thingy aku dah merayap ke mana-mana di alam cyber. Wish I had money to invest "there", kata aku dalam hati. Kalau setakat kerja kilang sampai tua pun masih tak mampu nak buat apa-apa, setakat cukup untuk makan pakai aje. Itupun setakat makan ikan dan baju pakai t-shirt Fruits Of The Loom, 5 dollar 3 helai.

Masa tuh aku dah kerja shift malam kan, siangnya tak dapat tidur sangat, dapat tidur 3 atau 4 jam tu dah kira bagus. Ada ajelah tempat nak pergi, benda nak dibuat. Tiap pagi aku ke library, aku boleh berinternet di rumah (tak ada orang waktu siang sebab semuanya pergi kerja) tapi aku lebih suka ke library, dapat jumpa orang sikit. 

Satu hari tu waktu aku tunggu library buka, aku lepaklah di tembok depan library tu. Ramailah orang lalu lalang di situ, banyak yang aku kenal,orang Indo.Kemudian ada satu awek tanya aku, "Mas, mas orang Indo?" "Iya", aku jawab. "Mas bisa bahasa Inggeris? dia tanya aku. Waktu tu aku tengah baca Wall Street Journal. (Aku dah kata, aku memang kelas punya orang ekekekek) "Bisa, kenapa?", aku tahu sure dia nak mintak tolong translate ker apa sebab ramai orang Indo yang suruh aku translate surat-surat, kebanyakan diaorang ni buat permohonan suaka politik, asylum. 

"Saya perlu ke doktor tapi saya nggak bisa bahasa Inggeris. Bisa mas bantuin?" dia jawab gitu. "Bisa aja sih, kapan? Di mana? Jam berapa?", aku tanya dia balik.

"Besok sih, di klinik di downtown, kalo bisa mas tunggu saya di sini besok jam 9, bisa nggak?", awek tu jawab. "Bisa aja, ok, sampe ketemu besok ya?", aku tulis nombor talipun aku, kasi dia. 

Besoknya aku tunggu awek tu depan library, dia datang berdua, sama satu lelaki. Suami dia. Kata dialah kan? Dia kata diaorang tahu jalan ke klinik tu, so aku ikut ajelah, naik subway, turun betul-betul di tengah kota Boston.Aku tak terfikir pun nak tanya sakit apa, aku ikut aje. Bila aku sampai klinik tu, baru aku perasan yang klinik tu tempat buat pengguguran. And I was freaking mad masa tu. Itulah, buat benda tak difikir langsung, pakai ikut aje, kenapa tak tanya awek tu dulu? Tapi, seperti biasa, aku tak mahu dia rasa uncomfortable kalau tahu aku tak suka, jadi aku selamba ajelah. Tapi aku dalam waktu tu buat plan untuk cari jalan keluar.Dia nak menggugurkan benih yang dikandungnya, aku tak tahu itu hasil projek sama lelaki yang dia bawak tu atau dengan orang lain. Membunuh namanya tu.

Mana nak aku bersubahat membunuh. Tapi nak buat macamana, aku dah di situ dan dia pun dah buat appointment. Waktu tunggu Doktor datang, aku tengok muka dia, nak marah ada, kesian pun ada. Dia muka gelabah aje, macam muka-muka awek lain yang datang, semuanya muka pucat, muka menyesal, muka masalah. Bila Doktor tu datang, aku terangkanlah pada Doktor tu yang aku menemani dia sebab dia tak pandai Inggeris. Doktor tu suruh aku masuk sekalilah dengar penerangan dia. Aku dengan Doktor tu aje lelaki, yang lain semuanya perempuan, aku tengok adalah sepuluh orang, semuanya nak menggugurkan kandungan.Macam-macamlah Doktor tu terangkan, more towards samada nak buat atau tidak abortion tu. Doktor tu kata, jangan buat kalau itu satu paksaan, kalau ada keraguan dalam hati. Dia pandang jer aku. Sure Doktor tu ingat aku ni boyfriend atau husband awek tu agaknya. 

Aku did not really pay attention to what he had to say, I was more pada planning on how to get the hell out of that dumbshit. Bila selesai dengar penerangan Doktor tu dan bila semua dah bersedia untuk buat another appointment, aku masuk bilik Doktor tu. Aku terangkan pada dia yang aku tak kenal awek tu, aku hanya temankan dia, lagipun aku bukan Indonesian, the way we talk tu berbeza. Jadi agak susah aku nak terangkan dengan awek tu sebab ada some words,some terms yang aku tak tahu nak explain in Indonesian. Doktor tu kata, kalau macam tu, tak boleh, sebab diaorang nak yang datang situ tu betul-betul faham apa yang dia terangkan, especially selepas buat abortion tu nanti. Diaorang tak nak nanti di sue kalau something went wrong. 

Aku panggil awek tu masuk bilik Doktor, aku terangkan apa yang Doktor tu kata. Kena cari translator lain, orang yang fasih berbahasa Indonesia. Doktor tu suruh awek tu cari orang lain, kalau tidak dia tak nak buat pengguguran tu. On the way balik, kitaorang bertiga senyap ajelah, aku malas dah nak sembang dengan dia, sebelum aku turun train, dia masukkan duit dalam pocket aku. $50. Aku ambil duit tu dan aku kasi dia balik. Aku kata,"nggak perlu, kita susah-susah jadi kuli membanting tulang cari uang. Aku ngerti". Aku dah tak jumpa awek tu lagi dah selepas tu.