Saturday, September 22, 2012

Can I Touch You There?


Ada waiter baru dari NYC, orang Indo, Rahmat namanya. Kali pertama aku tengok, rasa nak tergelak jer. Dia pakai topi memanjang, gayanya macam orang dah berumur. Kat rumah, baru aku tahu yang memang dia dah berumur, penuh uban. Lagi satu, badan dia, berbau. Semerbak. Semerbak bau busuk. Pelik aku, takkan tak ada kawan dia yang tegur dia selama ini? Tak sampai hati kot? Mungkin. Aku nak tegur pun tak sampai hati, baru kenal. Kalau dah lama kenal nanti pun lagi tak sanggup nak tegur. Itu yang aku nak tergelak tu, Kelvin macam tangkap muat jer, dah lah Kathy yang macam buat syarat jer, ini pulak Rahmat. Aku sorang jer lah yang berseri nyer kat situ tuh :-) Aku kasi kat Rahmat Drakkar Noir aku tuh, suruh dia pakai, bukanlah aku perli dia, aku kesian kat dia. "Kok ini mahal ni, aku mahu simpan ajalah, mau bawa pulang Indo, di Indo hampir 3 juta rupiah harganya", kata Rahmat. Laaa.... apasal lah aku selalu sangat jumpa orang yang pelik-pelik?

Rahmat ni kan, lawak jugak orangnya, bila dia mengelabah, unik sikit. Kalau dia tanya apa tetamu nak minum, dia akan bongkokkan badan, tangan kiri dia pegang tangan kanan, dan tangan kanan dia dinaikkan, jari dia dibengkokkan. Kecuali jari tengah. So, nampak macam dia memiddle-fingerkan orang. First time aku tengok, rasa nak pengsan aku menahan daripada tergelak, aku tunjukkan kat Kathy, dia biasalah, "Oh my freaking Lord". Sampaikan bilaKelvin terperasan, dimarahnya Rahmat depan-depan customer tuh. 

Waktu minggu pertama Rahmat kerja, aku selalu jugak warn dia , aku kata, "Kamu dengarin aja ngomelan Kelvin tu, jangan dilawanin, dia tu rewel orangnya. Cerewetnya minta ampun. Aku selalu jugak tegur Rahmat sebab dia selalu sangat menalipun in between serving tetamu, bila dia tak bersihkan meja betul-betul, bila dia pakai apron sampai ke dada, kalau misai dia tak dicukur habis-habis. Tapi dia tak percaya, dia kata aku yang cerewet, dia tuduh aku memandai-mandai, aku banyak songeh, aku nak jadi boss, aku itu, aku ini. 

"Kok gini orang Malaysia", pernah dia kata macam tu. Terasa betul hati aku. Niat aku baik, aku tak nak dia susah, tak nak dia kena marah dengan Kelvin. Sebab aku dah tengok dah yang dulunya Hudi kena tegur pasal bebenda gitu tuh. Aku tak adalah dimarahi pasal bebenda gitu, sebab aku tau bawak diri, aku bukan macam diaorang tuh, ada ker depan-depan orang makan, diaorang garu telor, diaorang jawab talipun. Memacamlah. 

Tapi itulah, dia kata aku yang lebih-lebih. (Aku ni kengkadang tu worry pasal orang lain berlebih-lebih pulak, aku nak semua orang yang aku kenal, yang di sekeliling aku, jadi lebih baik, lebih bagus dari aku. Mungkin jugak sebab aku ni "handicapped" in so many ways, jadi aku tak nak orang lain melalui dan merasai kesusahan macam apa yang aku alami, apa yang aku lalui. 


Bila Kelvin marah dia, bila Kelvin treat dia macam budak-budak (dia kan dah dekat 40?), bila Kelvin cukurkan misai Rahmat (yeah, sampai ke situ kecerewetan Kelvin tuh, dia ajar Rahmat macamana cara nak guna shaver tuh, sambil perli lagi, dia kata, kampung sangat Indo sampaikan shaver pun tak ada), dia jadi emosional sangat. Dia kata, dia dah 6 tahun di US, dah banyak tempat dia kerja, tapi tak pernah dia rasa hina sehina apa yang Kelvin buat/kata kat dia. Dalam hati aku kata, "Rasain lu, padan muka lu. Gue nasihat lu, lu marah gue, lu kata gue memandai, lu kata gue mau cari muka, lu kata gue mau kipas p-antat (b-ontot lah!) Juragan. Rasain lu".    Aku kata dalam hati jer, tak adalah aku memulang paku buah keras kat dia, pasal aku pun nak cuba baiki diri aku, cuba nak jadi lebih sabar. Puas dah aku bersabar menasihat dia, dan bila dia terima akibatnya, aku cuba jugak untuk bersabar dari tidak "membalas dendam" dengan mengutuk dia pulak.

Pasal aku tahu, dalam keadaan begitu, last thing yang dia nak adalah kutukan dari the only person yang dia boleh harapkan untuk bantu dia. Aku. Tapi, aku seharusnya kutuk dia jugak, sindir dia, sebab orang macam tu memang jenis bodoh sombong. Kalau tak di buat begitu dia tak akan sedar. Dia akan tetap menyalahkan aku yang berniat baik nak tolong dia. 

Aku dapat cuti satu hari tuh pasal dah ada Rahmat sama Kathy. Aku buat aktivities yang sama macam apa yang aku buat waktu aku off dua bulan lebih yang lepas tu. Aku ke Walmart, potong rambut, beli a few VCDs, bebenda lain etc. Makan. Balik rumah kejap. Pergi library, lepak sampai petang di situ. Balik rumah, tidur, makan kat cafe. Tengah main games, aku belek-belek laptop, baru tu lah teringat nak tengok berapa USB ports yang ada, nak cari slot untuk diskette. Tak ada pun slot tu, zaman-zaman ni dah tak pakai diskette dah rupanya. Macamana nih, aku tak pernah ambik tahu pun macamana nak burn CD, apa dia recordable, apa dia writeable CD. Kena belajarlah bebenda gitu tuh, masa tak ada internet lah boleh belajar, kalau ada internet connection, dah tak ada masa pulak nanti. Kat tepi sebelah PCMCIA slot tu aku tengok ada lubang untuk telephone cord. Apa pulak nih? Kan ker kat belakang tu dah ada satu? Curious, aku cuba plug kan phone card tu, aku cuba connect ke internet. Sekali jer, terus dapat connection. Yaaaaa... rupanya memang itulah slot untuk phone cord tu, yang kat belakang tu untuk intranet/LAN (aku baca manual). Patutlah masa aku cuba dulu tuh, ketat jer. Apalah bengap sangat aku nih? Aku menyumpah diri aku sendiri. Selalu sangat ambil things for granted, dah rugi seminggu tak berinternet. Tapi aku tak boleh salahkan diri aku sangat, laptop aku dulu ada satu lubang jer, laptop ni nih ada 2. Aku, kalau bab-bab lubang nih, aku tak berapa reti sangat sebenarnya. 

So, apa lagi? Penasaran lah aku kan? Adalah dapat 3 jam aku on the internet, sampai diaorang balik. Terus aku tidur. Mulai dari hari itu, balik kerja aje, lepas baca paper, aku terus tidur, tak mandi pun. Sebab paginya aku nak bangun awal, waktu orang masih tidur, aku dapatlah surf selama dua tiga jam.

 --------------------------- 

"He's such a bitchh, you know how many niggers I have to fuck to get this much of money?" bengang betul Kathy bila dia dapat tahu yang Kelvin cuma bayar dia $3 per hour kerja di situ, selebihnya duit tips. Dia tanya aku, aku kata, kalau dikira betul-betul, aku dibayar sedollar lebih jer sejam, tapi aku tak rely on gaji, aku harapkan tips aje. Bulan pertama aku dapat $2300, bulan kedua $2700, bulan ketiga $2500. Terkejut Kathy bila aku kata dalam 3 bulan aku kerja tu aku dapat save $6000 lebih (itupun aku beli laptop lagi). Aku katalah yang aku tak ada bills yang perlu dibayar, makan, minum dan rumah semuanya free. On my day off pun aku hanya belanjakan seseratus dollar jer. 

Aku tunjukkan wallet aku, aku keluarkan gumpalan duit dari pockets aku, "Oh my freaking Lord", kata Kathy. Dia tanya aku, macamana boleh buat macam tu tuh, aku katalah yang kebanyakan orang Asia yang kerja restoran memang gitu, nampak jer gaya selamba tak ada duit, tapi sebenarnya selamba ada duit. Dia katalah yang dia berlambak-lambak bills yang kena bayar dan dia terpaksa jadi waitress, kalau tidak kereta akan ditarik, rumah akan dilelong. Bukanlah bererti dia dapat banyak tips sampai boleh bayar tu semua, tapi at least dia dapat meringankan beban boyfriend dia. Dia kata dia akan bawak aku ke rumah dia nanti, one fine day.

Kitaorang mengutuk Kelvin tak henti-henti sebab dia jeles sangat tengok aku selalu gelak-gelak sama Kathy, aku baik sama Kathy. Memang selama ini pun dia selalu marah kalau tengok aku cuba menyundal dengan customer, ada yang ajak tengok wayang, ada yang ajak pergi makan, ada yang ajak jalan-jalan. Aku saja jer menggatal, bukan aku serious, diaorang semuanya orang hitam, kalau Minah Salleh tu, mungkin jugak. Kitaorang kutuk Kelvin tu sebab nak channelkan perasaan marah, perasaan tak puas hati kitaorang.

Kelvin memang sibuk setiap hari, tak pernah cuti, tak pernah sosialize langsung, tak ada girlfriend, tak pernah cakap pasal perempuan pun. "Joe, do you think he's a virgin?", Kathy tanya aku. "You know what? I think he's gay. Just look at the way he walks". Gelak aje lah kitaorang. "He's weird, he doesn't talk about women, everytime I ask him whether or not he has a girlfriend, he changes the subject", tambah Kathy. Selama aku kerja di situ, semua orang Indo waiters situ kata Kelvin tu banci (gay), Ba'in, Kamal, Hudi, waiters 2 orang dulu tu tuh, Rahmat. Semuanya. Sebab cerewetnya tu lah. Cerewet yang sampai kitaorang tak pernah terfikir. 


Pernah sekali, in between serving orang makan, Rahmat tanya aku, dah berapa dollars duit tips yang aku dapat. Aku kata aku belum kira. Dia masukkan kedua-dua tangan dia ke dalam apron dia, di seluk sambil tangan dia dok mengira notes yang ada dalam apron dia tu. Kelvin ternampak, terus dimarahnya Rahmat. Kelvin ingat Rahmat tengah raba kote. "What a lousy faggot", kata Kathy bila dia dapat tahu cerita tu daripada aku.

Weekend tu biasalah, sibuk, Kathy kerja sampai pukul 9 lebih, aku dengan Rahmat lah yang kena teruskan kerja sampai pukul 11 lebih. Tengah kitaorang bersihkan meja bila restoran dah nak tutup, aku tengok Kathy datang balik, dia jumpa Kelvin, sembang dengan Kelvin. Gelabah jer gayanya. Kelvin kasi dia punya cellphone. Aku jengok-jengok gitu jer lah, aku fikir, apa pasal pulak ni, dah lama habis kerja masih nak lepak situ. Kalau aku, habis kerja aje, terus aku blah. Bila kitaorang dah nak balik, Kelvin panggil aku, dia kata Kathy nak jumpa. Apa pasal pulak ni? 

Rupanya kereta Kathy rosak di tengah jalan, nasib baik ada polis yang hantar dia ke tempat kerja Wayne, boyfriend dia tu. Dia pinjam lah kereta Wayne untuk malam tu, dia kata dia masih dalam keadaan "shocked", iyalah, dia sorang-sorang di tengah highway, kiri kanan hutan, selama setengah jam sebelum polis tu datang. Dia kata dia hendakkan someone yang dia boleh buat teman bercakap untuk malam tu pasal dia masih lagi gementar, Wayne kerja dan dia pun masih takut and terkejut. Dia nak aku temankan dia. 

Aku jadi serba salah jugak. Aku letih, lagipun esoknya Sunday, sibuk waktu lunch, dan waktu tu pun dah lewat, dah 12 lebih. Tapi aku boleh faham yang dia memang perlukan someone yang dia boleh ajak bersembang, dan aku rasa seronok jugak sebab dia ada trust in me. Aku tanya Kelvin, dia kata, urusan-urusan di luar restoran , itu bukan urusan dia, terserah dengan aku. Tapi dia ada tarik aku masuk ke dalam restoran tu balik, dia kata, jangan. Kalau terjadi apa-apa dengan aku, dia tak nak bertanggung jawab, dia kata, jangan sekali-kali percaya dengan Americans . Diaorang nampak aje gayanya baik, tapi dia kata, "anything can happen". Ada betulnya jugak cakap Kelvin tu tapi aku rasa aku dah kenal dia, orang yang kurang baik ni, selalunya berfikiran buruk jer kerjanya. Aku tak adalah fikir yang bukan-bukan, aku fikir baik aje sebab aku orang baik. Kathy perlukan someone yang boleh dibuat kawan bercakap, sebab dia masih "shocked" dengan kejadian malam tu. Understandable.

Kira ok jugak,aku dapat pergi dan tidur di rumah dia, bosan jugak tiap hari kalau routine yang sama aje kan? Kathy pun kata yang dia akan hantar aku before 6 in the morning, sempatlah aku Sembahyang Subuh. To Kelvin's surprise, aku setuju ikut Kathy, biasalah, Kelvin sempat sindir aku lagi, dia sindir-sindir Kathy jugak. Sambil ketawa Kathy kata sama Kelvin, "Don't worry, I'll take care of him". Lagilah bengangnya Kelvin.

Dalam kereta, sembang-sembanglah kejap, aku macam rasa tak comfortable aje. Kathy signalkan dengan mata dia , suruh aku tengok apa yang ada dalam handbag dia yang. "I have this for protection", kata dia. "Oh shittt!", kata aku bila aku tengok apa yang kat dalam handbag dia tu tuh.